01 August 2009

Vaksin H1N1 Dah Ada..!

Bismillahirrahmanirrahim..

"Salam. Latest news from KoN: Cuti till ahad dpn, dah diconfirmkan rector uia himself. So jumpe korg sume kat clas ari isnin depan yea! Take care! Fwd pls.."

Inilah latest message yang diterima aku tengahari semalam..
Terkejut pun ada, kecewa pun ada, seronok pun ada.. Terkejut sebab macam serius je virus selesema, batuk dan demam yang menjangkiti majoriti daripada kitaorang (students nursing first year).
Kecewa sebab nanti mesti banyak kelas yang kene ganti.

Seronok sebab boleh cuti lama..

Salah seorang daripada mangsa jangkitan virus demam tu adalah aku. Tapi, nasib baik sehari je demam. Namun, bermula kelmarin, aku dijangkiti p
ula virus selesama dan batuk sikit-sikit. Sekarang ni selesema je..



Namun begitu, alhamdulillah, setakat yang diketahui, belum ada lagi budak kelasku yang dijangkiti virus H1N1. Moga kita semua sentiasa berada di bawah naungan dan perlindungan Allah SWT daripada segala macam penyakit yang kian parah merebak mutakhir ini..

Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini, vaksin kepada virus H1N1 dan malah segala macam jenis penyakit sebenarnya sudah ada sejak awal lagi. Kita sering lupa bahawa Rasulullah SAW telah bersabda bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Kita juga sering mendengar ungkapan "Doa itu senjata orang mukmin". Begitu juga dalam al-Quran, Allah telah menyatakan bahawa Dia akan memakbulkan permintaan orang yang berdoa.



وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungghuhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah, 2:
186)


Ya, mungkin secara zahirnya, vaksin untuk virus H1N1
masih belum diperolehi. Ubat untuk H1N1 masih belum ditemui. Namun, kita perlu ingat bahawa Allah lah kunci penawar kepada segala macam penyakit. Maka, tidak ragu lagi bahawa vaksin dan penawar terbaik buat virus ini buat masa ini merupakan DOA orang mukmin itu sendiri.



Justeru, saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat pembaca sekalian untuk membaca doa Rasulullah di bawah sebagai pencegah kepada segala penyakit, bahaya dan kejahatan. Bacalah sebanyak 3x, setiap pagi dan petang. Ajarkan lah kepada ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang lain. Yakinlah dengan pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT.


بِسْمِ اللهِ الَّذِى لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهو السَّمِيْعُ الْعَلِيمُ

"Dengan nama ALLAH yang tidak dapat mendatangkan mudarat dengan namaNYA oleh sesuatu yang ada di bumi dan di langit. Dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
"


أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ

"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALlah yang sempurna daripada kejahatan/keburukan makhluk."


Say YES to DU'A..!


~MEMBURU CINTA HAQIQI~

4 comments:

  1. Salam..Sol, mu ni kena H1N1 ke tak?...bimbang aku nak balik umah..tak pasal2 plak berjangkit kat iffah, baby lagi ni...hehe

    ReplyDelete
  2. ek elleh..
    apelah mu ni..
    tanye dgn nada yg takde rse kasih syg langsung..
    kotlah risau kalu aku kne h1n1 ke..
    ish2..fail2..!!

    hmm..mne ada bdak kls aku kne h1n1.. kitorang dikuarantin sbb virus len... sbb cpt sgt merebak..
    yg penting bukan h1n1..
    okkey!
    don't worry, be happy..!(^_^)

    ~MEMBURU CINTA HAQIQI~

    ReplyDelete
  3. Salam. Vaksin, untuk pengetahuan vakisn dibuat oleh orang yahudi(Sumber Janin yang digugurkan). So, sumber ini mmg dah tak halal da. Bagi mengatasi masalah H1N1, kuatkan pergantungan pada Allah dan amalkan produk HPA yang halal lagi suci(Madu Asli-amalkan pagi & petang bersama air suam, Teh herba pegaga - minum setiap lepas makan seperti chines teh, Roselle - amalkan 4 kapsul sehari) InsyaAlla imuniti akan meningkat dengan izin Allah. Kalau tak mampu ambil tiga jenis, Madus Asli & teh herba pun dah cukup da...Wallahua'alam...

    ReplyDelete
  4. Erm..
    Yeke?
    Tak pernah dengar plak pasal tu..
    Berdasarkan apa yang saya blaja n cek dlm intrnet....

    Vaksin (dari kata vaccinia, penyebab infeksi cacar sapi yang ketika diberikan kepada manusia, akan menimbulkan pengaruh kekebalan terhadap cacar), adalah bahan antigenik yang digunakan untuk menghasilkan kekebalan aktif terhadap suatu penyakit sehingga dapat mencegah atau mengurangi pengaruh infeksi oleh organisme alami atau "liar".

    Vaksin dapat berupa galur virus atau bakteri yang telah dilemahkan sehingga tidak menimbulkan penyakit. Vaksin dapat juga berupa organisma mati atau hasil-hasil pemurniannya (protein, peptida, partikel serupa virus, dsb.). Vaksin akan mempersiapkan sistem kekebalan manusia atau haiwan untuk bertahan terhadap serangan patogen tertentu, terutama bakteri, virus, atau toksin.

    Vaksin juga bisa membantu sistem kekebalan untuk melawan sel-sel degeneratif (kanser).

    Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Vaksin

    ~MEMBURU CINTA HAQIQI~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...