03 August 2009

Love Others, Then You'll be Loved by Allah...=)


Bismillah wal hamdulillah...

Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian tentang sebuah kisah yang menceritakan seorang sahabat yang ikhlas mengasihi sahabatnya yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah S
AW telah bersabda: Seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di dalam sebuah kampung. Allah SWT memerintahkan malaikat supaya menunggunya di jalanan. Apabila lelaki itu sampai kepada malaikat itu, dia ditanya,

"Kamu hendak ke mana?"

Lelaki itu menjawab, "Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini."

Malaikat bertanya lagi, "Adakah antara kamu dengannya berupa nikmat yang mengeratkan perhubungan kamu?"

Dia menjawab, "Tidak! Aku hanya kasihkan dia kerana Allah semata-semata."

Malaikat itu berkata lagi, "Sesungguhnya aku adalah utusan Allah SWT kepada kamu, untuk memberitahu kamu bahawa Allah SWT sangat kasihkan kamu sebagaimana kamu kasihkan saudaramu."


Subhanallah..


Setelah membaca kisah ini, aku terkesima, betul-betul menusuk ke dalam kalbu.. Betapa besarnya ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang mengasihi dan mencintai saudara serta sahabatnya yang lain, semata-mata kerana Allah.



Bayangkanlah seandainya Allah menghantar malaikat kepada setiap daripada kita, mengatakan bahawa Dia amat mengasihi dan mencintai kita.. Ya Allah, betapa b
ahagianya saat itu.. Pasti tiada lagi sengketa sesama manusia dan umat Islam. Sebab apa? Kerana setiap daripada kita sudah tahu nilai kasih akan seorang saudara..kerana setiap daripada kita sudah tahu nilai cinta akan seorang sahabat. Cinta yang hanya semata-mata kerana Allah..



Ingatlah sahabat-sahabat semua...

Doa seorang sahabat yang ikhlas kerana Allah pasti mendatangkan ganjaran pahala yang besar. Persahabatan yang diikat atas dasar kebendaan mahupun keduniaan tidak akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Persahabatan sebegini lazimnya tidak akan kekal dan bertahan lama. Sesungguhnya, dunia atau benda akan binasa
juga akhirnya. Maka, apabila benda yang menjadi tali untuk mengikat dua orang yang bersahabat itu hilang, persahabatan yang terjalin akan hilang ataupun terputus begitu sahaja. Justeru, Allah SWT menghendaki setiap hamba-Nya supaya mengikat tali persahabatan dengan tali Allah. Hasilnya, persahabatan itu akan kekal walaupun sesudah mati sebagaimana kekalnya Allah SWT.



Buat sahabat-sahabat dan teman-teman yang mengenali diri ini, ketahuilah sesungguhnya diri ini amat mengasihimu kerana Allah SWT.. Uhibbukum fillah, insyaAllah...



Kasihilah sahabatmu, nescaya Allah akan mengasihimu
Cintailah saudaramu, nescaya Allah akan mencintaimu
Sayangilah ibubapamu, nescaya Allah akan menyayangimu
Burulah cinta haqiqi, cinta yang kekal abadi

^^ Ukhuwwah Fillah, Ukhuwwah Fil Jannah ^^


~MEMBURU CINTA HAQIQI~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...