31 March 2011

Exam Oh Exam..!

Assalamu'alaikum wbt..

Tertiarap sorang-sorang atas katil ditemani nota-nota dan buku-buku yang berlonggokan. Dendangan lagu daripada laptop memecah kesunyian, menghilangkan kebosanan dan keletihan menelaah pelajaran. Sesekali, sore throat yang masih belum hilang menyebabkan batuk yang tidak menyenangkan. Tak lupa jugak mainan 'Magic Snake' yang menguji kekreatifan di samping menghilangkan tekanan.. Macam ni lah suasananya setiap kali tiba musim exam..^_^

Entri kali ni pendek je. Tak boleh panjang-panjang. Nak sambung study pulak jap lagi..=)

Just nak bagitau yang saya sedang dalam fatrah final exam untuk sem ke-2 tahun ke-2, Degree in Nursing, IIUM. Bermula semalam (30/3/11) hinggalah 12/4/11..

Jadi, nak mintak ahli keluarga tercinta (Ayah, Mak, Kakak + A.Long, Abang, K.Mut + A.Lang, Syabab, Ansor, Syakirah, Khalil, Sobirah, Muharrar, Iman), saudara-mara dan sahabat-sahabat tersayang untuk doakan saya, semoga najah dalam exam ni..=)

Ok, tu je.. All the best jugak kepada anda semua! Semoga dipermudahkan..^_^

List lagu-lagu nasyid yang memecah kesunyian..

Magic Snake!

Ni lah suasana study saya..

Exam oh exam..

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

08 March 2011

Sayang Ayah..!


Assalamu'alaikum wbt..

Jam dah menunjukkan pukul 11.44 malam. Hari ni posting shif petang, baru je habis pukul 9 tadi. Dalam pukul 10 tadi baru sampai rumah sebab pergi beli-beli barang dapur dulu. Esok shif pagi pulak, mula pukul 7 pagi sampai 2 petang. Letih, letih..tapi update blog dulu lah..=)

Erm..entri kali ni, saya nak bagitau yang saya saaaayang ayah saya...!^_^

Hari Ahad yang lepas, saya kena hantar satu assignment ni, tapi tak siap lagi..hujung minggu tu tak sempat nak siapkan..antara sebab yang saya boleh jadikan alasan sebab saya hadiri Baitul Muslim Course anjuran Mahallah Representative Committee (MRC)..huhu.. 2 hari berturut-turut, Sabtu n Ahad..mula pukul 8 pagi hinggalah 5 petang.. So, petang n Ahad malam tu terpaksalah bersengkang mata siapkan assignment untuk dihantar pada 8 pagi esoknya (Isnin)..

Jam 9 malam, saya masih berada di mahallah..hantar adik pergi PoliSAS jap naik motor.. Then, sambung buat assignment.. Pukul 11.15 malam baru saya balik rumah naik mtor sorang-sorang.. Lalu ikut laluan bandar, sebab banyak sket kenderaan, lebih selamat.. Sampai rumah nak dekat pukul 12 dah.. Alhamdulillah, selamat sampai..

Masa sampai rumah ni, mak n ayah dah tidur, keletihan baru balik dari medang perjuangan..=) Sebenarnya, saya dah lama tak jumpa ayah, dah 2 atau 3 minggu kot.. Rindulah jugak..^_^ Bila balik rumah je, ayah tak dak..biasalah, nak pejuangkan Islam ni bukan senang..perlu korbankan masa dan tenaga..

Ni lah ayah saya..identiti dirahsiakan..huhu..
(p/s: Jangan marah ye, yah..^_^)

Ok, sampai je rumah, saya terus on laptop untuk siapkan assignment..duduk kat meja kat ruang tamu.. Sesekali, tersengguk n terlelap jugak dibuatnya.. Asam masin menjadi ubat untuk hilangkan mengantuk..sampailah pagi.. Non-stop..

Biasanya, setiap hari, mak n ayah akan bangun awal pagi untuk qiamullail (bila lah nak dapat jadi macam mak ngan ayah ni)..^_^ Seperti yang dijangkakan, ayah bangun dalam pukul 5.15 pagi.. Keluar je dari bilik (bilik mak ayah bersebelahan je dengan ruang tamu), ayah pandang saya, saya pun pandang ayah..ayah senyum sampil lambai kat saya..huhu.. Saya sengih jelah..=)

Then, ayah pergi kat saya, ayah tengok saya tengah siapkan kerja.. Rasanya, ayah boleh agak kot saya tak tidur lagi malam tu.. Ayah pun usap-usap kepala saya, picit-picit bahu saya, tengkok saya, belakang saya..best! Tapi rasa macam ayah picit tulang je..huhu.. Ayah pun cakap kat saya, "papan..!" sambil tersengih menampakkan barisan gigi ayah..=) Ni memang gelaran untuk saya sejak kecik lagi. PAPAN. huhu.. Alhamdulillah, hilang kejap rasa lenguh.. Pastu, ayah pun beredar balik masuk bilik..

Ayah memang seorang yang penyayang n memahami.. Masa zaman saya sekolah pun macam tu jugak..lebih-lebih lagi masa musim exam.. Saya biasanya akan bersengkang mata malam exam sampai pukul 4, 5 pagi untuk habiskan study.. Dan macam biasa, bila ayah bangun untuk qiamullail, ayah akan pergi kat saya, jenguk saya study jap.. Kadang-kadang tu, ayah siap amikkan air lagi..^_^

Ha, kepada bapa-bapa dan suami-suami yang berada di luar sana, contohilah apa yang baik daripada ayah saya ni ye..=)

Ok lah, tu je yang saya nak cerita pada entri kali ni..saje nak buat para pembaca jealous sebab saya dianugerahkan Allah seorang AYAH yang sangat BEST..^_^

P/s: EMAK pun BEST jugak, kita cerita di lain entri pulak lah ye..^_^

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

03 March 2011

Posting Oh Posting.. (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim..

Kini saya berada di ruang tamu rumah sewa UIA, no. 20, Taman Seberang Permai 2, ditinggalkan keseorangan oleh 2 orang housemates saya. Hanya desiran angin kipas dan suara cengkerik yang setia menemani. Sesekali terdengar bunyi cicak yang tidak menyenangkan. Yang lain masih berada di hospital. Syif petang. Puas sudah merayu supaya tidak ditinggalkan, namun segalanya hanya tinggal kekecewaan (bermadah pujangga lah pulak) huhu..

Erm..kita tinggalkan dulu kisah sedih di atas.. Sekarang nak sambung kongsi pengalaman posting di HoSHAS untuk sem ni..

Hari ni merupakan hari ke-4 saya posting di wad paediatrik (Melor 1). Hmm..rasanya hari ni lagi kurang kerja berbanding semalam. Tapi hari ni dapat satu pengalaman baru.. Tadi staff nurse mintak tolong saya hantarkan sorang pesakit kanak-kanak ni pergi unit fisioterapi (UP). Umurnya baru 2 tahun setengah. Perempuan. Menariknya, berat budak ni dah mencecah 32kg dah dengan umurnya yang masih sangat kecil. Muda. Dah sampai tahap obesiti dah. Sofea namanya. Secomel tuannya.

Saya ingat nak bawak Sofea naik wheelchair, kesian pulak dia nak jalan jauh. Tapi dia menangis je, tak nak naik wheelchair..dia nak jalan kaki je..nak pergi kedai katanya..huhu.. Terpaksalah saya dan ibunya pun jalan slow ikut kelajuan Sofea jugak..=) Sepanjang perjalanan dia menangis dan merengek. Sampai je kat UP, dia tak nak masuk pulak..nak jumpa ayah dia lah..nak pergi taman lah.. Team physiotherapist tu pun bawak lah dia pergi main kat taman sebelah UP tu. Bagi main bola. Trampolin (tak pasti ejaan betul ke tak), yang main lompat-lompat tu, tapi dia tak nak main pun. Sofea main lah bola je diselangi jalan-jalan dan tak kurang jugak nangis-nangis..=) Yang banyak mainnya saya tengok pelajar-pelajar fisioterapi tahun akhir kat situ..terbalik code lah pulak.. Saya just jadi pemerhati je..=)

Bila dah habis exercise je, kena timbang berat Sofea. Belum sempat nak timbang berat Sofea, dia dah keluar dah. Terpaksalah bawak penimbang yang sekali dengan pengukur tinggi tu kat Sofea di luar..huhu.. Macam-macam.. Bila dah selesai semua, kami pun pulang lah ke wad balik sebagaimana pergi tadi. faham-faham jelah ye..=)

Thanks to Sofea, saya dapat menjejakkan kaki ke UP HoSHAS buat pertama kalinya..^_^

Erm.. Sementara tunggu saat-saat akhir habis syif, saya, Ang n Nurul main-main dengan Aqram, Syafiq n Humairah. Amik gambar dengan diorang. Manja betul Aqram. Masa nak balik dah, saya secara tak sengaja, sakitkan tangan Aqram kat bahagian bekas tempat branulla dia. Apa lagi, meraung-raung lah dia dibuatnya, tambah pulak dengan suara dia yang memang dah nyaring tu. Pujuk punya pujuk, reda dah Aqram..siap nak ikut kami balik rumah lagi..huhu..

Ok lah.. Untuk entri kali ni, setakat tu je dulu. Moral of the stories, jagalah pemakanan adik-adik kita, anak-anak kita..jangan sampai jadi obese..banyak complication nya nanti..okkey?

Ok, jumpa lagi di entri seterusnya.. Daa..^_^

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

02 March 2011

Posting Oh Posting.. (Part 1)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt..

Ditempatkan di rumah UIA di temerloh bersama 9 classmates nursing yang lain, hari ni merupakan hari ketiga kami posting di HoSHAS, Temerloh. Berada di wad paediatrik, tak sunyi dengan tangisan dan keletah kanak-kanak. Kami 7 orang semuanya ditempatkan di wad paediatrik Melor 1, aras 8, HoSHAS.

Erm.. Posting di wad kanak-kanak ni, seronok pun ada, tak seronok pun ada..

Tak seronok sebab kami tak amik lagi subjek paediatrik, tahun 3 nanti baru belajar. Nak buat macam mana, menumpang di tempat orang, terpaksalah ikut pembahagian yang dah ditetapkan oleh tuan rumah walaupun kami tak belajar lagi. Kesannya, banyak benda yang kami tak tahu tentang penjagaan kanak-kanak n tak banyak prosedur yang boleh kami buat.. Sem lepas pun jadi macam ni jugak.. Ujian.. =( Tapi alhamdulillah, dapat CI (clinical instructor) dan pensyarah yang sangat memahami, setia mendengar luahan hati kitorang.. Sr. Meriati, Sr. Hong, Sr. Nani..dll.. ^_^

Yang tak seronok ni, banyak lagi sebenarnya, tapi kita cerita sket je lah kat sini..tak
best nak ungkit benda-benda yang tak seronok ni.. Kan??


Tapi ada jugak seronoknya bila posting di wad kanak-kanak ni. Dapat main dengan budak-budak, terhibur dengan keletah diorang yang macam-macam..

Aqram (5 tahun) dengan rambut pacaknya, didiagnosakan menghidap penyakit
renal impairment, tapi sangat aktif terutamanya bila berganding dengan teman baik wadnya, Ajit Kumar (10 tahun) yang menghidap penyakit PTB (pulmonary tuberculosis). Ada sekali tu, diorang ma
cam gaduh main-main je pun.. Aqram geram sampai cakap kat Ajit "Mak awak putih!"..sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya..huhu..

(Gambar hiasan)

Selain tu, ada jugak patient yang dah fobia dah duduk kat wad. Baru je nurse datang bawak paket darah untuk transfuse darah, terus air mata membasahi pipi dan baju..huhu..padahal tak sakit pun..

Ada patient tu pulak, umur dia 6 tahun kalau tak silap, dapat burn injury sebab terjatuh kat dalam sup panas..habis melecur bahagian punggung, peha hingga betis kanan dia. Kami kena buat dressing (cuci luka) kat dia pagi tu.. Apa lagi, meraung-raung lah dia dibuatnya.. Kesian sangat.. Tapi yang kelakarnya, sampai terkentut budak tu dibuatnya.. Bukan sekali tapi 2 kali..huhu..

Apa yang seronoknya lagi, dapat belajar parenting..^_^ Macam mana nak prevent anak daripada injury, nak pujuk anak tak nak bagi nangis, menahan sedih melihat anak-anak menerima rawatan yang menyakitkan dan tingginya kesabaran seorang ibu menjaga anaknya tak kira waktu.. Kalau macam ni, tak yah amik subjek parenting macam kawan-kawan nursing lain pun takpe..belajar dalan wad kanak-kanak je pun dah ok..huhu..=)

Pagi tadi terima new case, baby baru umur 2 bulan, disyaki PTB. Dia lah juara pesakit termuda dalam wad ni..=) Muka macam baby girl, tapi boy rupanya. Comel sangat. Pagi tadi dia BO (bowel open/ berak) bocor atas mak dia masa susukan dia. Mak dia sabar je. Moga dia bakal jadi pejuang Allah, pembela agama sehebat namanya. Muhammad Hizbullah..

(Gambar hiasan)

Ha, sebelum terlupa, credits to my wardmates yang sangat supportive dan satu kepala (yeke?)..huhu.. Nurul, Raihan, Ili, Naim, Ela dan Mc Ang.. ^_^

Hmm.. Banyak lagi sebenarnya yang nak dikongsikan pengalaman pahit dan manis dalam wad Melor 1 ni, tapi kang boring pulak nak baca berjela-jela.. Kita sambung di lain entri pulak lah ye..

Buat sahabat-sahabat nursing lain, setiap daripada kita pasti ada pengalaman pahit yang kita kena tempuh sepanjang posting ni, tapi ambillah dan pandanglah ia di sudut yang positif. HAPPY POSTING semua..! ^_^


~MEMBURU CINTA HAQIQI~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...