17 December 2010

Tudung Labuh vs Seat Belt

Assalamu'alaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hmm..tengah duduk-duduk kat Rufaydah Kiosk ni, sementara tunggu bas pukul 4.30 petang, sambil dengar lagu-lagu nasyid di laptop, online jap.. Cek emel, cek facebook, update blog, sambil-sambil ber'massage' untuk 'settle'kan persediaan untuk program pertama DnT NurSS, terjumpa satu artikel menarik..

So, entri kali ni, saya nak kongsi dengan semua pembaca satu artikel tentang analogi pemakaian tudung labuh dengan pemakaian tali pinggang keledar..^_^

VS

Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi se
orang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur." Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya

" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.

dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

by Hanim Napiah


~MEMBURU CINTA HAQIQI~

Promotion for 'Kem Remaja Unggul 2010' (KRISTAL '10)

Assalamu'alaikum wbt..

Untuk entri kali ni, saya nak buat promotion sket untuk program Kem Remaja Unggul 2010.

Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang (PERMAI) akan menganjurkan Kem Remaja Unggul 2010 (KRISTAL’10), bertemakan “Steps to Brighter Future/Langkah Menuju Masa Depan Yang Lebih Cerah“.

Program ini merupakan program motivasi yang diadakan khusus untuk para pelajar lepasan SPM/STAM/STPM. Secara keseluruhan fokus program ini kepada memperkenalkan peserta kepada dunia kampus dan sebagai persediaan mereka sebelum melangkah ke gerbang universiti. Program ini juga bertujuan membantu peserta mengenal pasti dan memilih kursus dan universiti yang sesuai dengan kehendak mereka. Hasil daripada program ini, kami berharap agar para peserta dapat membuat persediaan yang lebih rapi dan membuat pilihan yang tepat dalam memilih kursus mereka di universiti nanti.

Berikut adalah maklumat terkini program:

Tarikh: 31 Dis 2010- 2 Jan 2011

Tempat: Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh, Pahang

Sasaran: Pelajar lepasan SMA/SPM/STAM/STPM/ASASI

Had Penyertaan: 120 orang sahaja

Yuran: RM 30 bagi 30 Penyertaan Awal dan RM 50 bagi selebihnya

* Penyertaan masih lagi terbuka kepada semua adik-adik lepasan SPM/ STPM/ STAM/ Matrikulasi.. Cepat sebelum penyertaan penuh!

Kami juga masih membuka ruang kepada mana-mana badan NGO dan perseorangan yang berminat untuk menyumbang untuk program ini. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Muhammad Qayyum bin Halele di:

q_fathone@yahoo.com.my

010-5765334 (Celcom)

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

02 December 2010

New Update!


Assalamualaikum wbt..
Salam sayang buat semua pembaca..

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk update blog di kesibukan posting ni..

Erm..ada yang sedang memasak di dapur..ada yang asyik menonton movie di laptop..ada yang rajin menyidai kain di jemuran..ada yang tekun membelek helaian-helaian akhbar..dan tak kurang juga yang hanya melabuhkan badan di atas katil.. Sebahagian daripada kami juga ada yang masih sibuk berkhidmat untuk pesakit-pesakit di hospital sambil ternanti-nanti tamatnya syif petang pada jam 9 malam.. Inilah kehidupan kami sebagai student nurse uia..^_^

Alhamdulillah, hanya tinggal satu hari sahaja lagi untuk saya tamatkan posting bagi sem ni di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.. Sepanjang posting selama 4 minggu di HoSHAS, banyak pengalaman dapat ditimba..tak kurang juga skill yang da
pat di'improve'kan..=)

InsyaAllah, malam esok, akan bertolak pulang ke kuantan pada jam 10 malam dengan bas uia.. Keesokan paginya, terus bertolak ke Selangor atas urusan yang sangat pen
ting..=)

Ha, saya dah dapat anak saudara baru..anak saudara yang ke-4 merangkap anak saudara lelaki pertama..namanya Izzul Islam..boleh baca pasal Izzu yang comel ni dalam blog ibu dan abah dia.. Tahniah, Kak Mut n Abg Lang..!^_^

Izzul Islam bin Mohammad Imran

Sayangnya Iffah kat adik dia...=)

Izzu nangis sebab Achik pakaikan topi comel kat dia..huhu..

Semalam (011210) merupakan hari lahir adik saya yang bongsu, Nurul Iman.. Dah ada dah hadiah untuk dia, tapi tak bagi lagi.. Tunggu ye Iman.. Nanti Kak Sol balik esok, Kak Sol bagi.. Happy Birtday! Sayang Iman..^_^

Ni lah Nurul Iman..tahun depan masuk darjah 1..ayu nya..^_^

Okkey, tu jelah setakat ni..tuan punya broadband ni dah bagi signal dah tu..

Barakallahu lakum..!

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

12 November 2010

Menarik! (008008)

Assalamu'alaikum wbt..

Ermm..tadi tengok-tengok blog jap.. Menarik plak nombor visitors ni..^_^


Barakallahu lakum.. May Allah bless all of you forever and ever...=)

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

09 November 2010

25 Random Things about Me

Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah..semalam merupakan hari terakhir saya menduduki peperiksaan akhir semester (macam pelik je bunyinya bila sebut dalam BM..huhu..).. Harap-harap dapatlah lulus dengan cemerlang dalam semua subjek.. Untuk entri kali ni, saya nak respon tagging daripada kakak saya (Kak Mut).. Selamat berkongsi cerita..=)

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

1. Nama penuh saya Nurussolehah binti Yusof. Saya suka sangat dengan nama yang ayah bagi kat saya ni..sebab dia sedap..^_^ Selalu orang tanya, kenapa 'Nurus'? Untuk pengetahuan semua, nama saya 'Nurussolehah' instead of 'Nurul Solehah' sebab huruf 'sod' kan huruf alif lam syamsiyah, so kena letak tanda sabdu kat atas huruf 'sod' tu.. Faham tak? Kalau tak faham, pergi bukak balik buku tajwid yang belajar masa sek rendah dulu..=)

2. Ada banyak panggilan yang kawan-kawan panggil saya. Solehah, Soleh, Nurus, Sol, Adeq.. Apa lagi yek? Ha, kalau anak sedara, panggil saya Achik (nampak muda sket, kalau panggil Mak Chik, macam tua sangat plak..) ^_^

3. Saya anak ke-4 daripada 11 orang adik-beradik. 5 lelaki dan 6 perempuan.

4. Tarikh saya dikeluarkan daripada rahim mak ialah 21 Februari 1989..

5. Lahir kat Pekan, Pahang.. Menetap di Kuantan, Pahang sampai sekarang..

6. Orang selalu cakap saya dengan kakak yang kat atas saya tu (Kak Mut) macam kembar. Siap ada yang tertukar lagi. Diorang cakap sebab muka kami ada iras (walaupun warna kulit lain..huhu..) dan suara kami pun agak sama.. Ingat lagi masa Kak Mut kawin dulu, sebesalah saya dibuatnya nak sambut tetamu kat pintu, takut diorang tersalah pengantin..huhu.. Tapi kakak saya yang sulung still tak boleh terima bila orang cakap kami macam kembar, sebab dia rasa kami tak sama pun..

7. Tokoh hidup saya ialah ayah (Yusof Embong) n mak (Faridah Kamaruddin) saya. Saya sangat sangat sangat kagum dengan mereka, dari segi akhlaq mereka, ibadah mereka, kegigihan mereka dalam perjuangan Islam dsb.. Boleh rujuk entri saya sebelum ni yang saya dedikasikan khas untuk mereka berdua.. Sayang mak ngan ayah..!^_^

8. Sekarang ni saya masih lagi belajar di UIAM Kuantan, amik Degree in Nursing. Tahun ke-2. Banyak betul cabaran bergelar student DEGREE nursing ni, terutamanya bila posting kat hospital. Ada pernah sekali tu, staff nurse cakap kat saya, "awak kan student degree, buat ni pun tak reti?" Aduh, boleh senyum je masa tu walaupun dah bergenang dah air mata sebenarnya..=)

9. Saya merupakan seorang yang sangat sensitif dan mudah terasa. Kadang-kadang gurauan daripada kawan-kawan pun boleh buat saya menitiskan air mata..walaupun sebenarnya saya tak berkecil hati sangat pun, tapi air mata tu je yang keluar sendiri.. (Boleh ke camtu??)

10. Saya suka sangat minum air sejuk n makan ais krim (walaupun dah tau tak baik untuk kesihatan)..

11. Saya ada 3 setengah orang anak sedara. Tiga-tiga pompuan. Yang setengah lagi tu tak tau lagi..hehe..

12. Ni senarai nama 11 orang adik-beradik saya. Semua nama sedap-sedap..=) Nurul Mukminah, Habibullah, Nurul Mutmainnah, Nurussolehah (Me), Syababullah, Ansorullah, Nurussyakirah, Khalilullah, Nurussobirah, Saifullah Muharrar, Nurul Iman.

13. Kami adik-beradik, bila berkumpul ramai-ramai, suka bercerita balik kisah-kisah kami adik-beradik masa kecik-kecik dulu..walaupun kisah yang sama je kadang-kadang kitorang cerita..tapi tetap best! Contohnya, kisah emak merajuk dengan kitorang, pastu kitorang intai mak dari dalam bilik air, sebab bilik air tu bersambung dengan bilik mak..haha.. Sori ye mak..ampun ampun..

14. Ni nama Facebok saya: Nurussolehah نورالصالحة

15.Masa kecik-kecik dulu, mak yang ajar membaca, mengaji, solat dsb..tak masuk tadika or pasti pun..mak lah guru pertama saya.. Time kasih, mak! Sayang mak..

16. Masa darjah 1, saya sekolah kat Sek Ren Islam al-Irsyad, dekat je dengan umah.. Darjar 2-6 tukar sek, SK Batu 3, dekat jugak dengan umah.. Adik-beradik saya sume stat blaja kat sek agama dulu, then baru pindah sek keb biasa.. Ayah cakap, kena hantar blaja kat sek agama dulu, supaya dapat basic agama n terikat dgn agama..

17. Sekolah menangah kat SMA al-Ihsan, 10km rasanya dari umah.. Form 1-5.. Sume adik-beradik saya sekolah men kat sini, walaupun ada je antara kami yang dapat tawaran masuk sek berasrama penuh.. Reason dia sama macam kat atas, agama tetap didahulukan..=) Ayah cakap, ayah nak sume masuk sek menengah agama..lepas habis form 5, nak blaja kat mana pun, ikut lah, ayah tak kisah..

18. Saya stat pakai handset masa masuk Darul Quran (DQ)..sebab mak ayah tak benarkan pakai handset selagi tak masuk institut pengajian tinggi.. Ingat lagi masa hari dapat tau diterima masuk DQ, terus tepon ayah mintak nak beli handset..esoknya, terus g kedai dgn ayah beli handset.. Ayah belikan handset, tapi saya yang bayar..=)

19. Ha, masa kecik-kecik dulu, agak syadid jugak lah mak ayah kitorang tarbiyah kitorang.. Contohnya, mak nak cucuh mancis api kat rambut sebab nak kuar kat beranda rumah tanpa pakai tudung (baru 6 tahun masa ni)..pastu, ada yang kene koyak buku rasanya sebab tak buat keje sekolah (ni bukan saya).. Tapi makin lama dah makin tak syadid dah.. Ingat lagi, masa adik-adik sek rendah dulu..kitorang siap tolong buatkan keje sekolah diorang lagi pagi-pagi sebelum g sekolah..kene tulis gune tangan kiri nak suh tulisan nampak buruk macam tulisan diorang..haha..

20. Saya pemboikot setia produk Nestle..saya takkan beli.. Tapi kalu orang bagi, saya terima lah..contohnya air Milo...

21. Saya baru je g PC fair kat Kuantan Prade ahad lepas..beli cooler, mouse n wayar USB..tapi ditaqdirkan wayar USB tu malfunction..redha...

22. Saya seorang yang pembersih..saya tak suka bilik saya serabut dan saya akan pastikan bilik saya dalam keadaan kemas terutamnya sebelum tinggalkan bilik (ni bilik kat asrama).. Kat luar bilik, saya akan pastikan kasut dan selipar saya sentiasa tersusun..

23. Saya tak suka membaca. Saya lebih suka dengar orang cerita. Maksud saya, saya lebih selesa tambah ilmu melalui pendengaran daripada pembacaan. Contoh, ceramah, usrah, dsb..

24. Orang yang tag saya ni ialah Kak Mut..

25. Ni orang-orang yang saya nak tag..6 orang je..malas nak tag ramai-ramai..=)

- Abang
- Izat
- Kakak
- Kak Mut (sebab syarat kat atas tadi kata kene tag balik rg yg tag kita)
- Alang
- Mek Ang

Fuh..akhirnya habis jugak 25 items.. Ingatkan sekejap je tadi boleh siap.. Lama jugak rupanya.. K lah.. Semoga dengan sedikit perkongsian ni, dapat merapatkan lagi ukhuwwah antara kita..^_^

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

30 October 2010

Contoh Surat untuk Diberikan kepada Mak Ayah bagi Mereka yang ingin Kahwin Awal...=)


Assalamu'alaikum wbt..

Sekarang jam menunjukkan pukul 5.49 pagi. 3 jam lagi aku bakal menduduki peperiksaan akhir semester untuk subjek Bahasa Melayu Komunikasi. Ada dua lagi bab yang masih belum distudy Amboi, relaks nya..). Huhu..dah masuk U pun, kena ambik lagi BM rupanya..=)

Sebelum study bab seterusnya, saje je nak cek bukumuka (facebook) jap..terjumpa sepucuk surat (mentang-mentang lah tengah study BM, siap guna penjdoh bilangan lagi..) yang menarik kat dalam bukumuka.. Terdetik dalam hati untuk kongsi dengan teman-teman semua.. Ha, cepat, sape yang rasa nak kahwin awal tu, bolehlah copy surat ni n edit mana yang patut..then, print, pergi pejabat pos, seterusnya kirim lah kat mak ayah yang tercinta.. Kalau nak canggih sikit, email je pun lagi senang.. Selamat mencuba! ^_^


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.


Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…"
(Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu.

Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ajib akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.


Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.

Puteramu,
Ajib


Alamak, dah pukul 6.30.. Solehah, cepat habiskan lagi 2 bab tu...!

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

28 October 2010

Betul Ke Allah Akan Tolong..???

Assalamualaikum wbt...
Salam Islam 4 all..=)

Ermm..sudah terlalu lama tak
update blog ni.. 1. Sebab ketandusan idea nak kongsi tentang apa. 2. Nafsu malas menguasai diri.. Kali ni, kupaksa jugak diri untuk berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat semua.. Semoga kita semua beroleh manfaat daripadanya..

Betul ke Allah akan tolong kita??? Kadang-kala persoalan ini akan timbul dalam fikiran kita bilamana ada yang mengatakan... "Sesungguhnya, apabila kita berada dalam perjuangan Islam, apabila kita
komited dalam melakukan kerja-kerja dakwah, pasti Allah akan mempermudahkan bagi kita urusan kita..." Tapi betul ke???


Ya, teman-teman..! pernyataan itu memang sangat benar.. Firman Allah dalam surah Muhammad, ayat 7, maksudnya..

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, Allah akan membantumu dan menetapkan pendirianmu.."

Diri ini bertambah yakin dengan kenyataan ini apabila menyaksikan sendiri bagaimana Allah telah permudahkan hidup seorang yang amat komited dengan perjuangan Islam, walau sering diuji dengan duri-duri rintangan di sepanjang jalan perjuangannya.. Walaupun beliau pernah dihantar jauh mengajar di seberang Laut China Selatan, walaupun beliau pernah diburu polis, walaupun beliau perlu menghentikan profesion sebagai seorang guru demi perjuangannya untuk melihat Islam kembali tertegak di bumi Malaysia tercinta khususnya, namun di sebalik semua kesusahan itu, hidup beliau sering dipermudahkan oleh Allah... Ada sahaja sumber-sumber bantuan yang dikirim Allah..baik dari segi tempat tinggal, kenderaan, m
ahupun sumber pendapatan...segalanya terasa mudah baginya..

Walaupun diri ini tidaklah begitu komited dengan kerja-kerja Islam, namun sering tuga terasa pertolongan Allah itu ada, terutamanya dalam bidang akademik..terasa dipermudahkan...


Oleh itu, teman-teman semua, jom sama-sama kita berjuang untuk Islam, jom sama-sama kita lakukan dakwah.. Mungkin kita boleh mula dengan diri kita dahulu, mungkin juga kawan di sebelah kita, dan mungkin juga kita boleh mula dengan adik kita dulu...

Apa yang penting, yakinlah bahawa, JANJI Allah itu sesuatu yang PASTI...^_^

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

03 September 2010

Batal Puasa ke Tak Ni...??? (Part 2)

Assalamu'alaikum semua..

Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang..ngantuk pulak rasa mata ni.. Half hour to go for practical lab in Jalan Hospital Campus..sekarang masih berada di rumah.. Sementara tunggu adik balik daripada solat Jumaat sebab dia guna motor, update blog lah jap..=)

Sambungan entri lepas....

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa

Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama. Namun, ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.

9) Wanita tamat haid

Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.

Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)

Dalilnya adalah :-

من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له

Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?

Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.

Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh

Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)

Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.

Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak

Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.

13 ) Mandi

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

Diambil dan diedit dripada..

http://www.zaharuddin.net/

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

30 August 2010

Batal Puasa ke Tak Ni...??? (Part 1)

Assalamu'alaikum...

Erm..batal ke tak puasa ni? Boleh korek hidung ke tak yek? Kalau lelah, boleh guna inhaler tak??? Persoalan-persoalan ni sering timbul di benak fikiran kita namun seringkali tidak ketemu jawapannya.. Jadi, bersempena 20 Ramadhan ni, saya nak kongsi tentang perkara-perkara yang sering menjadi keraguan kita ini.. Agar puasa kita lebih berkualiti.. :)

Dipetik dan diedit daripada Zaharuddin.net... Sangat menarik! ^_^

1) Darah keluar dari tubuh: samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya: Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majoriti mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala. Contohnya, memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya: Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh.

Hukumnya: Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah.

Hukumnya: Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal.

Hukumnya: Terdapat dua jenis: samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Hukumnya: Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama' Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith: "Sempurnakan wudhu, basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat.

Hukumnya: Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

Zaharuddin Abd Rahman

13 Sept 2007

01 Ramadhan 1428 H

http://www.zaharuddin.net/

OK lah.. Untuk kali ni, setakat ni dulu lah ye..moga tak pening-pening dah fikir lepas ni..

"Batal ke tak puasa aku ni?"

Selamat memburu lailatul qadar buat semua sahabat-sahabat..! ^_^

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...