30 August 2010

Batal Puasa ke Tak Ni...??? (Part 1)

Assalamu'alaikum...

Erm..batal ke tak puasa ni? Boleh korek hidung ke tak yek? Kalau lelah, boleh guna inhaler tak??? Persoalan-persoalan ni sering timbul di benak fikiran kita namun seringkali tidak ketemu jawapannya.. Jadi, bersempena 20 Ramadhan ni, saya nak kongsi tentang perkara-perkara yang sering menjadi keraguan kita ini.. Agar puasa kita lebih berkualiti.. :)

Dipetik dan diedit daripada Zaharuddin.net... Sangat menarik! ^_^

1) Darah keluar dari tubuh: samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya: Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majoriti mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala. Contohnya, memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya: Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh.

Hukumnya: Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah.

Hukumnya: Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal.

Hukumnya: Terdapat dua jenis: samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Hukumnya: Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama' Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith: "Sempurnakan wudhu, basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat.

Hukumnya: Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

Zaharuddin Abd Rahman

13 Sept 2007

01 Ramadhan 1428 H

http://www.zaharuddin.net/

OK lah.. Untuk kali ni, setakat ni dulu lah ye..moga tak pening-pening dah fikir lepas ni..

"Batal ke tak puasa aku ni?"

Selamat memburu lailatul qadar buat semua sahabat-sahabat..! ^_^

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

14 August 2010

RAMADHAN.......

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua sahabat pembaca yang dikasihi sekalian...^_^

Hmm..sudah begitu lama diri ini tidak meng'update' blog yang sudah bersawang dan berhabuk ni.. Hati kata: "Nak update blog..!" Tapi otak kata: "Malasnya nak update...." Akhirnya, otak menghantar
impulse ke bahagian anggota lain mengarahkan supaya tidak melakukan tindakan untuk meng'update' blog... Namun, pada hari ini, hati telah berjaya mempengaruhi otak... YES! Blog updated...=)

Ha, bersempana bulan Ramadhan yang penuh barakah ni, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman berpuasa masa kecik-kecik dulu dengan anda semua. Dalam keluarga, kami telah dididik oleh mak dan ayah untuk mula berpuasa seawal usia 5 atau 6 tahun lagi. Di peringkat awal, metodologi yang digunakan ialah bangun sahur lambat dan hanya perlu puasa setengah hari je. So, mudah je lah kan untuk seorang budak kecil berpuasa. Apabila sudah nampak serasi, tempoh berpuasa pada setiap hari ditingkatkan sedikit demi sedikit sehinggalah kami mampu untuk puasa penuh sehari. Natijahnya, seawal usia darjah 1 atau 2, kebanyakan
kami sudah berjaya puasa 1 bulan penuh..! Credits to mak and ayah...

Inilah wajah bersih kedua emak dan ayah saya yang sangat-sangat berjasa dalam mendidik saya mengenal Islam

Tapi yang lucunya, masa kita kecik tu, tak tau plak kena sahur sebelum subuh, puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari, bukak puasa lepas Maghrib dsb... Just ikut je mak cakap.. Bila dah besar dan tengok adik-adik plak yang melalui fasa tersebut (sahur lambat dan bukak puasa awal), rasa nak tergelak je..kelakar sebab puasa tak cukup syarat rupanya...=)

Ha, ni Nurul Iman, adik bongsu saya. Baru berusia 6 tahun. Setakat yang saya balik rumah masa Ramadhan ke-2 hari tu, mak tak ajar lagi dia puasa. Coming soon kot...=)

Hebat kan metodologi dakwah dan tarbiyah yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya kepada kita.. Step by step. Don't rush! If not, your mad'u (sasaran dakwah) will run from you. Your mad'u will refuse to follow you. Isn't it..??? Same goes to solah and other islamic teachings.. This method can also be applied when doing dakwah fardhiyyah.. Nice right??

Ha, satu lagi,
part yang paling best skali bila dah habis puasa ni, mesti dapat duit raya yang baaaaanyak daripada ayah...seronok sangat..! Ni juga konsep yang diajar dalam Islam.. Bila buat kebaikan, kita akan dibalas dengan kebaikan jugak.. Bila beribadah, kita akan diberikan pahala oleh Allah.. Bukan menjadikan ganjaran sebagai sasaran tetapi jadikan ganjaran sebagai motivasi untuk kita beribadah dan tingkatkan lagi kualiti dan kuantitinya.

Erm..setakat ni je kot perkongsian kita kali ni. Seandainya anada merasakan metod ini sesuai, bolehlah di'apply' untuk mendidik adik-adik, anak-anak dan mungkin bakal anak-anak anda nanti.. Selamat mencuba..!

Ni malam raya tahun 2009..last day puasa.. Bahagianya dapat bukak puasa berjemaah bersama famili...^_^

RAMADHAN KARIEM..!

~ MEMBURU CINTA HAQIQI ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...