Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, bermulanya pada hari esok, kita semua akan sekali lagi mendaftarkan diri ke Mustasyfa Ramadhan (insyaAllah).. Jika ramai yang suka menggunakan istilah 'Madrasah Ramadhan', saya lebih suka menggunakan istilah 'Mustasyfa Ramadhan' kerana bagi saya, ianya lebih realistik.. *Mustasyfa = hospital
Apabila tiba sahaja bulan Ramadhan, pasti setiap daripada kita akan meletakkan azam untuk merawat dan mentarbiyah diri, ke arah mencapai matlamat Insan Kamil..
Justeru, suka untuk saya merumuskan satu formula 'Rawatan Diri', hasil adaptasi daripada formula Nursing Process, sebagaimana yang saya belajar di kuliyah..
1. Assessment (Pentaksiran)
Perkara pertama yang perlu kita buat ialah mentaksir atau muhasabah balik diri kita. Apa yang tak kena dengan diri kita? Periksa balik diri kita.. Apakah kelebihan yang perlu kita improvekan dan kekurangan yang perlu kita ubah?
2. Diagnosis (Pengenalpastian penyakit)
Kemudian, kita kenal pasti apakah 'penyakit' dan masalah sebenar diri kita? Apa yang kita nak ubah tentang diri kita? Apakah 'penyakit-penyakit' diri yang perlu kita rawat? Adakah kita telah dijangkiti penyakit hati yang serius? Dengki, riya', dendam dsb.. Adakah kita sudah jauh sangat dari rahmat Allah SWT???
3. Planning (Perancangan)
Seterusnya, hendaklah kita merancang apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di dalam Mustasyfa Ramadhan ini. Senaraikan outcomes (hasil-hasil) yang kita ingin capai serta interventions (campur tangan/ pencelahan) yang perlu dilakukan demi merawat 'penyakit-penyakit' yang telah kita kenal pasti di atas tadi. Perlu diingat, rawatan-rawatan yang kita ingin apply ke atas diri kita, perlulah berdasarkan hasil-hasil atau target yang kita inginkan.
4. Implementation (Pelaksanaan)
Setelah itu, segala perancangan yang telah kita senaraikan tadi wajiblah direalisasikan, agar segalanya tidaklah hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam' atau kata orang, 'cakap tak serupa bikin'.. Jangan biarkan segala perancangan kita tadi hanya sekadar tertulis kemas di atas kertas, tanpa sebarang tindakan. Kuatkan diri untuk mencapai matlamat-matlamat di atas serta banyakkan berdoa kepada Allah. Letakkanlah pergantungan yang kuat kepada-Nya, moga-moga penyakit-penyakit kita tadi berjaya dirawat dan disembuhkan dengan jayanya..
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
(as-Soff, 61:2-3)
5. Evaluation (Penilaian)
Akhir sekali, setelah tamat setiap rawatan yang telah kita senaraikan within tempoh yang telah kita tetapkan, penilaian perlulah dibuat. Adakah rawatan yang kita telah apply tadi berjaya menyembuhkan penyakit kita? Atau kita telah gagal dan masih sengsara menanggung penyakit yang sama? Adakah kita perlu apply rawatan lain yang lebih effevtive (berkesan)??? Segala-galanya bergantung kepada penilaian anda atau sahabat-sahabat sekeliling..
Sahabat-sahabat semua,
Seandainya rawatan-rawatan yang telah kita apply di sepanjang Mustasyfa Ramadhan ini tidak berjaya menyembuhkan penyakit-penyakit kita, ini bermakna kita perlu meneruskan rawatan tersebut atau merumuskan rawatan yang baru.. Teruskanlah merawat penyakit-penyakit kita, hatta setelah keluar dari Mustasyfa Ramadhan.. Seandainya rawatan-rawatan tersebut berjaya, alhamdulillah.. Tetapi perlu diingat, hendaklah kita sentiasa berwaspada agar tidak dijangkiti penyakit yang sama atau penyakit-penyakit bahaya lain terutamanya penyakit berjangkit..
Selamat mencuba!
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Merawat Diri di sepanjang Ramadhan ini..
Ucapan RAMADHAN KARIEM ini, teristimewa saya tujukan buat Mak dan Ayah yang dicintai, adik-beradik yang disayangi, sahabat-sahabat yang dikasihi serta seluruh pembaca-pembaca yang dihargai sekalian...!
~MEMBURU CINTA HAQIQI~
Salam..cik adik, saya nak cadangkan tambahan dari doktor u planning yg bagus dalam rawatan penyakit2 hati ni..bole la ye..
ReplyDelete1) Jumpa doktor lah - maknanya gi cari ustaz yg mursyid or shbt2 yg alim..sbg pembimbing kite..baru tak tersilap mendiagnosis (menilai) masalah kite..
2) Amik ubat terutamanya antimicrobial dengan istiqomah - maknanya pkra2 yg sucikan hati and akhlaq kite tu kena buat istiqamah..kalu tak, nanti setan senang lalaikan kite..
Lagi...em, tadak idea dah..he~
Thanks kak mut atas tambahan yang bagus tu..
ReplyDeletecadangan mu tu blh msukkan dlm snarai 'interventions'...^_^
~MEMBURU CINTA HAQIQI~
wah..bakal doktor dan nurse muslimah yang islamic..teruskan..selamat menyambut ramadhan buat achik ngan mak lang..
ReplyDeleteTenkiu2...=)
ReplyDeleteSlamat memasuki Mustasyfa Ramadhan jugak buat Syifa', Kakak n Abg Long...^_^
~MEMBURU CINTA HAQIQI~