30 April 2009

Coretan Anak Ayah...


Ketika berjauhan masih kurasa hangat kasihmu ayah
Betapa kurindukan redup wajahmu hadir menemaniku
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamirkan
Bagaikan tiada keresahan

Sedang asyik aku membaca buku, bacaanku terhenti seketika.. Lagu nasyid berjudul "Ayah" dendangan kumpulan Ae-man berkumandang dari corong speaker handset ku.. Fikiranku melayang, teringatkan ayah yang kini berada di rumah. Sejuk hati ini mengenangkan redup wajah ayah yang tenang sekali bersama senyuman yang terukir di bibir.

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Sayu di jiwaku bercampur terharu mengenangkan segala jasa dan pengorbanan ayah dalam membesarkan, menyara, mendidik dan mentarbiyah
kami adik-beradik. Aku masih ingat lagi, emak pernah menceritakan kisah kesusahan hidup yang mereka lalui di awal alam rumahtangga mereka. Ketika itu, emak menjadi pensyarah di IKM dan ayah telah pun mendapat ijazah Usuluddin di UKM dan sedang mengambil diploma pendidikan di UIAM. Demi menyara kami adik-beradik dan menanggung perbelanjaan pendidikan ayah, ayah terpaksa menjual barang dari rumah ke rumah di kawasan perumahan yang mereka diami. Aku tahu bukan senang nak beranikan diri, menghilang rasa malu untuk mengetuk pintu rumah jiran, menjaja dari rumah ke rumah kerana aku pernah merasai perasaan ini.

Teringat ketika ayah datang ke sekolah untuk ambil kepu
tusan peperiksaan akhir ketika aku di tingkatan 3 (kalau tak silap). Ketika ini ayah sudah meletakkan jawatan sebagai guru demi perjuangan Islam. Ayah datang menaiki van dengan bungkusan keropok yang penuh di belakang. Gembira sungguh di hati menyambut kedatangan ayah di sekolah. Dari tingkat atas, kelihatan ayah membuka bonet van supaya orang ramai (ibubapa) boleh membeli keropok jualan ayahku. Setelah selesai mengambil keputusanku, ayah berkata kepadaku: "Solehah, tolong jaga jap kopok ni, kalau orang nak beli amik bayaran..ayah nak g amik keputusan adik pulak ni.." "Okey, ayah!" Dalam hatiku, sebenarnya aku berasa malu kerana terpaksa menjual di sekolah sendiri. Namun, jauh di sudut hatiku, aku gembira kerana dapat menolong ayah dan barulah aku sedar betapa besarnya pengorbanan ayah, bersusah payah untuk menyara kami adik-beradik. Aku bangga mempunyai ayah seorang pejuang! Terima kasih, ayah!

Emak juga ada menceritakan, di awal perkahwinan mereka (masa ada 2, 3 orang anak), mereka terpaksa kerat ayam untuk dimasak kepada potongan-potongan kecil untuk berjimat. Emak menyambung lagi: "Kenapa kami buat macam ni? Semuanya untuk anak-anak.." Aku sudah tidak dapat menahan lagi, air mataku gugur bercucuran ke pipi.. Besar sungguh pengorbanan mereka... "Ya Allah, Engkau balaslah pengorbanan mereka ini dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat. amien.."

Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku erti kekuatan

Aku merupakan seorang yang mudah terasa hati. Teringat masa ayah dan mak balik dari menunaikan haji. Aku dan abang pergi jemput mak da
n ayah di KLIA. Kami sampai di rumah dalam jam 4pagi. Pagi tu, lama aku tunggu ayah bangun dari tidur untuk bukak ramai-ramai dengan ahli keluarga lain barang-barang yang mereka bawa dari Makkah. Tunggu punya tunggu, disebabkan mengantuk sangat sebab tidur sikit je malam tu, aku surrender.. Jam sudah menunjukkan pukul 11pagi dan aku mengambil keputusan untuk lelapkan mata sekejap sementara tunggu ayah bangun dari tidur.

Bila aku bangun sahaja dari tidur, jam sudah menun
jukkan pukul 2.30 petang. Aku keluar dari bilik dan amat-amat terkejut bila aku tengok semua barang-barang dan hadiah yang dibawa dari Makkah telah pun dibuka oleh mereka ramai-ramai semasa aku tidur tadi. Hatiku tak dapat lagi menahan hiba di hati, lantas aku menangis dan berkurung dalam bilik je sepanjang hari, tanpa makan dan minum.betul-betul terasa dengan ayah..

Ramai yang datang pujuk aku, tapi aku still menangis dan tak dapat menahan kesedihan di hati.. Petang tu, ayah datang pujuk aku untuk makan semua.. Baru lah aku berhenti menangis dan makan petang sama-sama dengan ayah.. (Malu jugak m
ata bengkak, sebab abg long pun ada sekali kat meja makan..) (^_^)

Hmm..ada s
ekali tu, ayah datang menjemputku di terminal bas, ketika pulang untuk melawat Kak Mut yang baru sahaja melahirkan anak pertamanya di Kuantan. Aku gembira sekali melihat wajah ayah bersama senyumannya yang menampakkan dua baris giginya sambil merangkul tangannya di bahuku.. Terasa kasih-sayang seorang ayah yang mengalir ke dalam diriku.


Ayahku merupakan salah seorang tokoh besar dalam hidupku. Beliau merupakan sumber rujukanku tatkala aku berhadapan dengan masalah-masalah dan persoalan-persoalan agama terutamanya. Beliau juga merupakan sumber inspirasiku dalam menelusuri bahtera kehidupan sebagai seorang pejuang agama Allah.. Aku begitu kagum sekali dengan personaliti dan pengorbanan ayah sebagai seorang ahli gerakan Islam atau ahli Jemaah Islam. Tokoh pilihan ayah pula ialah as-Syahid Imam Hasan al-Banna.

Ayah telah bergerak aktif dalam kerja-kerja Islam sejak di k
ampus lagi ketika belajar di UKM dalam bidang Usuluddin. Kemudian, ayah melanjutkan pelajaran di UIAM untuk mengambil Diploma Pendidikan. Ayah telah memulakan kerjayanya sebagai seorang pendidik apabila menjadi pensyarah sementara di salah sebuah universiti tempatan. Setelah mendapat Diploma Pendidikan, ayah telah diterima menjadi guru di beberapa buah sekolah menengah untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Islam. Setakat yang aku ingat, ayah pernah mengajar di SMK Ahmad di Pekan, SMK Ampuan Afzan di Alor Akar, SMK Tanah Putih di Kuantan dan terakhir di SMK Kota Marudu di Sabah. Beliau merupakan seorang guru yang komited dengan tugasnya dan pernah mendapat anugerah 'Guru Paling Popular' di sekolah. Ayah juga sering ditugaskan untuk menjadi guru disiplin di sekolah. Walaupun bekerja dengan kerajaan, ayah tetap tidak gentar untuk terus aktif berjuang bagi mencapai matlamat menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia khususnya.

Pelbagai dugaan dan ancaman telah diterima oleh ayah sepanjang beliau melayari bahtera perjuangan menegakkan Islam ini. Beliau pernah dikejar oleh anggota polis dan bahkan beliau pernah ditukarkan kerja ke kawasan yang boleh dikatakan jauh dari bandar di Kota Marudu, Sabah pada tahun 2002. Beliau ditugaskan untuk berkhidmat sebagai guru di SMK Kota Marudu. Semua ini merupakan muslihat jahat kerajaan bagi memastikan ayah lemah dan berhenti terus dari gerak kerja Islam.


Aku masih ingat sewaktu menghantar ayah di Lapangan Terbang di Kuantan. Begitu ramai sekali sahabat-sahabat seperjuangan yang datang untuk menghantar ayah, seolah-olah ada demonstrasi pula di situ. Kami adik-beradik dan mak semua sudah berlinangan air mata. Sebelum ayah berangkat menaiki kapal terbang, kami beramai-ramai membaca doa wehdah dan doa selamat diketuai oleh seorang pemuda. Kemudian mereka bersalam-salaman dan akhirnya tibalah masa kami adik-baradik dan mak bersalam-salaman dengan ayah. Tak dapat digambarkan betapa sedihnya perasaan aku ketika itu, aku hanya mampu tunduk menangisi perpisahan dengan ayah. Tiba masanya, ayah terus berjalan menuju ke tempat ruangan menunggu bagi penumpang. Belum sempat ayah check in, ayah terus berpatah balik menuju ke arah adikku yang bongsu ketika itu lalu mendukungnya sambil mengalirkan air mata hiba..lagi menambahkan kesedihanku. Aku hanya mampu berdoa semoga ayah diberikan kekuatan oleh Allah menghadapi ujian yang pedih ini.

Namun, semua itu tidak mematahkan semangat ayah untuk terus berjuang.. Pemindahannya ke Sabah, walau diliha
t sebagai 'menjatuhkan' oleh pihak musuh dan orang luar, telah diambil oleh ayah sebagai peluang untuk terus mengembangkan lagi sayap perjuangannya di Sabah, persis yang berlaku dalam perjanjian Hudaibiyah. Ayah aktif memberi ceramah di surau-surau dan sekolah-sekolah di sana.

Pada tahun 200
4, ayah telah mendapat arahan daripada pimpinan atasan organisasi untuk bertanding dalam pilihanraya dan ini sekaligus bermakna ayah perlu meletakkan jawatan sebagai seorang guru. Satu keputusan dan pertimbangan yang amat besar yang perlu dibuat oleh ayah, saya kira. Sekiranya ayah bersetuju, dari mana ayah nak dapatkan duit bagi menyara kami adik-beradik seramai 11orang dan emak? Pasti pelbagai persoalan bermain di fikiran ayah ketika itu. Namun, soal rezeki, ayah lebih banyak berserah kepada Allah dan yakin dengan pertolongan-Nya, kerana sudah terbukti murahnya rezeki orang yang memperjuangkan Islam, sebagaimana firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

(Muhammad, 7)

Pada akhirnya, ayah bersetuju dan bertanding dalam PRU-11. Aku sungguh kagum dengan ayah kerana berani menanggung risiko membuat satu keputusan yang besar dalam hidupnya. Semuanya pasti demi Islam didorong rasa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Subhanallah.


Benarlah firman Allah di dalam al-Quran, maksudnya:

"Sekiranya (apa yang engkau serukan kepada mereka wahai Muhammad) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan satu perjalanan yang tidak berapa jauh, nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka..."

(
at-Taubah: 42)

Sehingga kini, ayah sering berkunjung ke Sabah secara berkala bagi menjayakan misi dakwahnya dalam memastikan Islam kembali tertegak di bumi Allah ini, terutamanya di Malaysia.

Aku kagum sekali dengan personaliti ayah yang merupakan seorang yang begitu berdisiplin dan menepati masa. Ayah merupakan seorang yang sangat sibuk dengan kerja-kerja Islam termasuk berdakwah ke seluruh Malaysia. Biasanya, jadualnya untuk sebulan akan datang sudah penuh dengan jemputan ceramah, program, mesyuarat dan sebagainya.

Namun, di samping kesibukannya dengan kerja-kerja Islam, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Kami tidak pernah merasa kekurangan kasih-sayang. Pasti ada masa yang diperuntukkan untuk bersama keluarga: solat bersama, makan bersama, berkelah di pantai, melawat saudara di kampung. Kami juga akan berkumpul sekali-sekala untuk sesi jamuan dan muhasabah bersama keluarga. Semuanya indah sekali.

Ayah juga amat menitiberatkan tentang soal tarbiyah. Ayah merupakan seorang yang tegas. Sejak kecil, kami semua dididik sendiri oleh emak di rumah tanpa memasuki pasti ataupun tadika. Kemudian, di peringkat rendah, ayah akan menghantar kami ke sekolah agama swasta yang berdekatan dengan rumah bagi memastikan kami mendapat asas agama terlebih dahulu walaupun cuma untuk setahun. Kemudian, kami akan dipindahkan ke sekolah rendah biasa kerana yuran persekolahan yang mahal di sekolah swasta. Di peringkat menengah, ayah juga akan menghantar kami ke sekolah agama daripada tingkatan satu sehinggalah tingkatan 5. Walaupun kami mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, ayah tidak akan membenarkan kami ke sana dan perlu meneruskan belajar di sekolah menengah agama. Kemudian, barulah kami diberi kebebasan untuk memilih untuk sambung belajar di universiti dan dalam bidang apa pun yang menjadi pilihan kami, asalkan tidak bercanggah dengan syariat.


Di rumah, ayah amat-amat menggalakkan kami solat berjemaah. Bagi adik-beradik lelaki, mereka wajib solat berjemaah di surau. Kalau tidak, ada lah habuannya nanti..=) Setakat pemerhatian aku, ayah tidak pernah meninggalkan solat fardu secara berjemaah. Sekiranya ayah tak sempat solat berjemaah di surau kerana masih berada dalam perjalanan, ayah akan telefon ke rumah meminta kami tunggu untuk solat berjemaah bersama ayah.

Selain itu, ayah amat menjaga ibadah sunatnya. Ayah sentiasa istiqamah bangun qiamullail, solat sunat tahajjud, solat sunat dhuha as well as solat sunat rawatib. Ayah juga amat-amat menggalakkan dan sentiasa mengingatkan kami supaya setiasa mempraktikkan sadaqah sebagaimana yang ayah praktikkan dan amalan ini amat-amat disukai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Inilah antara kunci untuk murah rezeki. Cakap pasal rezeki ni, teringat pulak yang ayah juga amat-amat pantang terhadap pembaziran terutamanya dari segi makanan. Kalau ada sahaja makanan yang bersisa, siaplah tuan punya makanan tu..haha..

In addition, ayah juga merupakan seorang yang sangat menjaga dan menepati masa. Sekiranya beliau dijemput untuk bagi ceramah pada pukul 9 malam, pasti beliau akan bertolak lebih awal, dan kadang-kadang, sekiranya ada lebihan masa sebelum ceramah, beliau akan berhenti sekejap di tepi jalan untuk membaca al-Quran. Sekiranya ke bandar dengan ayah, jadual perjalanan mestilah disusun dengan rapi.. Tempat yang ingin disinggah mestilah mengikut urutan jalan yang kami lalui dan tak boleh singgah lama-lama.. Sebab tu lah, kami adik-beradik lebih suka keluar ke bandar dengan abang..huhu..

Terpancar kebanggaan dalam senyummu melihatku berjaya
Bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Sebagai seorang anak, antara cara terbaik untuk kita balas budi mak ayah adalah dengan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT...gembira rasanya di hati tatkala melihat kegembiraan dan senyuman yang terpancar di wajah ayah dan emak ketika melihat kejayaanku dalam akademik. Ketika aku mengalami kemerosotan akademik, mak dan ayah tidak marah, sebaliknya memberi semangat kepadaku untuk terus maju ke hadapan. "Kami lebih mengharapkan anak-anak agar bersifat dengan sifat yang mulia, walaupun tak cemerlang dalam akademik." Inilah ungkapan sering keluar dari mulut mereka.

Aku masih ingat ketika di sekolah menengah. Apabila tiba musim peperiksaan, aku biasanya akan tidur lambat sehingga mencecah pukul 5pagi. Ayah biasanya akan bangun Qiamullail. Sekiranya ayah melihat ak
u masih lagi studi, ayah akan pergi menjenguk-jenguk aku untuk beri semangat dan kadang-kadang mengambil air untukku. Thanks, ayah! Terharu kita..(^_^)

Jika difikirkan, sebenarnya terlalu banyak kenangat manis dan pahit bersama ayah untuk dicoretkan dalam laman maya ini..kisah suka dan duka hidupku sebagai anak ayah.. Namun, biarlah ianya kekal tersemat di hati ini..

Buat ayah, kita mintak maaf banyak-banyak andai sering menyakitkan hati ayah.. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan ayah terhadap kita.. Terima kasih juga atas tarbiyah Islam yang telah ayah berikan kepada kita.. Doakan semoga kita kekal istiqamah di atas jalan-Nya.. Uhibbuka ya abi, hubban jamma..! {]=)

Tak dapatku bayangkan hidupku ayah tanpa engkau di sisi
Semua kasih-sayang yang kau curahkan tersemat di hati

"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya terlalu besar jasa dan pengorbanan ayahku terhadapku. Tidak mampu diri ini untuk membalasnya. Maka Kau bahagiakanlah dia di dunia dan di Akhirat. Ringankan bebanan tanggungannya. Berilah ketenangan jiwa kepadanya selama-lamanya bersama cinta-Mu ya Rabbi.."

I love my father very much!(^_^)

"My Father, My Inspiration"

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

21 April 2009

Aku Menagih Cinta-Mu Ya Allah


Bisikan Malam

Bila ku didatangi malam

Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu

Pimpinlah daku
Dengan hidayah Mu

Tuhanku...

Di ma
lam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan


Alhamdulillah..setelah meneliti dan menghayati beberapa lagu nasyid beserta liriknya, akhirnya lagu nasyid yang berjudul Bisikan Malam dendangan kumpulan UNIC ini menjadi pilihan hati untuk dijadikan nasyid latar untuk blog ini..
Sayu dan insaf rasanya hati ini mengh
ayati serta meneliti senikatanya...sungguh menyentuh hati..

Sesungguhnya kita hanya insan lemah yang sentiasa alpa dan leka dengan kenikmatan dunia yang sementara.. Hanya ALLAH sahajalah yang menjadi sum
ber kekuatan buat kita..


Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa-Mu
Diriku ini penuh dengan dosa dan noda

Jangan Kau biarku melayari bahtera perjuangan ini sendirian

Kerana aku tidak mampu tanpa kekuatan daripada-Mu
Maka, ampunilah segala dosaku ya Allah
Terangi jalan hidupku dengan cahaya kasih-Mu
Suburkanlah jiwaku dengan keimanan
Pimpi
nlah daku dengan hidayah-Mu
Hanya pada-Mu Tuhan

Ku sandarkan harapan....

"Alangkah bahagia hidup ini, dengan cinta haqiqi,
daripada Rabbul 'Izzati, Allah yang Maha Mengasihi"

Subhanallah Walhamdulillah Wa lailahaillallah Wallahuakbar...

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

16 April 2009

Analogi Peraturan Jalan Raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Hmm..sudah seminggu jari-jemari ini tidak menari-nari di keyboard laptop untuk mempublishkan post baru.. Ideanya sudah tersimpan lama, namun nafsu malas memujuk-mujuk supaya tidak menterjemahkannya ke bentuk tulisan di ruangan maya ini..

Alhamdulillah.. Pada pagi yang penuh barakah ini, imanku berjaya melawan nafsu malas bagi berkongsi sedikit peringatan dan ilmu dengan sahabat-sahabat pembaca sekalian.. Harapan penulis, moga sedikit perkongsian ini dapat sama-sama kita manfaatkannya..insyaAllah..

Pada minggu lepas, penulis telah menghadiri kursus K
urikulum Pendidikan Pemandu (KPP) selama 5 jam dan ujian undang-undang berkomputer. 5 jam...tempoh yang agak panjang dan meletihkan minda pada hemat penulis. Semua ini merupakan prosedur awal untuk mendapatkan lesen memandu.


Pada hari-hari berikutnya, sebagai persediaan untuk menduduki ujian undang-undang, penulis membelek-belek buku Panduan Pembelajaran KPP dan buku latiahan dari muka ke muka. Fuhh...buku setebal 157 dan 112 muka itu cuba penulis baca dan hadamkan sampai habis bagi memastikan lulus dalam ujian.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah terdapat begitu banyak sekali peraturan-peraturan jalanraya yang perlu dipatuhi. Begitu banyak sekali tanda-tanda isyarat lalulintas yang perlu dihafal dan difahami. Ditambah pula dengan konsep pemanduan berhe
mat serta kesalahan-kesalahan memandu yang perlu diingat.

Sidang pembaca yang dikasihi fillah sekalian,

Sesungguhnya, begitulah analogi yang boleh dibuat terhadap peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah Allah gariskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Semuanya adalah sebagai panduan dan rujukan buat diimplimentasikan oleh kita dalam kehidupan seharian.

Sewaktu memandu di jalan raya, terdapat pelbagai tanda lalulintas yang perlu dipatuhi dan diikuti. Antaranya, lampu isyarat, kadar kelajuan, peraturan jarak, peraturan melintas dsb.. Kadang-kadang perlu lajukan kenderaan, kadang-kadang perlu perlahankan kenderaan, kadang-kadang perlu berhenti dan kadang-kadang perlu brek emergency.. Mengapakah semua peraturan-peraturan ini perlu? Ya, tak lain dan tak bukan, ianya bukanlah untuk menyekat dan merumitkan perjalanan kita, akan tetapi untuk melancarkan lagi perjalanan kita menuju ke destinasi yang dihajati.

Hakikatnya, begitulah juga dalam kehidupan kita..

To make it clear, suka untuk penulis menghuraikan satu contoh..


Sebagai contohnya, berkenaan larangan bercouple atau bercinta sebelum berkahwin. Larangan mempunyai boyfriend dan girlfriend, pakwe dan makwe atau dalam bahasa lembutnya, 'buayafriend' dan 'gilafriend' tanpa ikatan perkahwinan yang sah... Sudah terang lagi bersuluh, Allah telah menyatakan di dalam surah al-Isra', ayat 32:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Tidakkah bercouple itu membawa dan menjurus kepa
da zina? Ya, sudah pasti ia membawa kepada zina! Mula-mula senyum, kemudian bertegur sapa, kemudian salam-salam, kemudian berjumpa, kemudian berpegangan tangan dan bersentuh-sentuhan, kemudian..????????????


Ya, mungkin ada di kalangan kita yang menyatakan bahawa perhubungan mereka masih lagi under control tanpa melanggar batas-batas syarak. Sejauh mana anda pasti bahawasanya hubungan percintaaan yang anda jalinkan sekarang ni masih lagi allign dengan syariat...? Sudah pasti apabila seseorang itu bercinta, mindanya sering teringat kepada pasangannya, bermessage-message menjadi rutin harian, tidak cukup dengan message, berhubung melalui telefon, yahoo! messenger dsb..yang mana semua ini membawa kepada penyakit-penyakit hati yang menyebabkan kita tidak khusyuk dalam melakukan ibadat kepada Allah SWT.

Kalaupun masih ada hubungan percintaan (sebelum kahwin) yang dikatakan masih allign dengan syariat, sejauh mana anda mampu bertahan melawan pujuk rayu syaitan dan godaan hawa nafsu yang sering mengajak kepada kemaksiatan..? Sedangkan Nabi Allah Adam AS pun tewas dengan pujuk rayu syaitan, inikan pula kita, hamba biasa yang sering lemah tak tidak berdaya tanpa kekuatan daripada Allah Rabbul 'Alamin..

Tidak dinafikan, sememangnya rasa ingin menyintai dan dicintai ini merupakan fitrah yang Allah anugerahkan kepada setiap hamba-Nya. Namun, tidak seharusnya kita lupa bahawa Allah juga mengurniakan kita dengan nikmat aqal yang mana fungsinya ialah untuk mengawal nafsu dan fitrah kita tadi. Allah juga ada menyediakan jalan untuk kita menikmati fitrah ingin menyintai dan dicintai ini, iaitu melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Yakinlah dengan janji Allah, dalam surah an-Nuur, ayat 26:


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."



Maka, ingin saya tekankan di sini bahawa larangan Allah SWT terhadap perbuatan bercouple ini, bukanlah untuk menyekat fitrah kita, menyekat keinginan kita, bahkan untuk memberikan kita kehidupan yang lebih lancar dan bermakna, agar sentiasa tenang dalam cinta-Nya. Subhanallah...indah sungguh penyusunan Allah..

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian..
Begitu jugalah dengan suruhan-suruhan dan peraturan-peraturan Allah yang lain yang menyuruh kita menutup aurat, mejaga pandangan, menghormati ibubapa, menjalankan dakwah, meninggalkan rasuah, melaksanakan undang-unda
ng Islam dan sebagainya. Suka untuk saya highlightkan di sini bahawa semua peraturan-peraturan yang telah Allah gariskan ini bukanlah untuk menyusahkan dan mengongkong kita bahkan bagi memudahkan lagi kita melayari bahtera kehidupan yang penuh pancaroba di dunia ini bagi memperoleh kebahagiaan yang kekal abadi di Akhirat kelak..amien..

Akhir kata, Rebutlah Cinta Ilahi sebelum Merebut Cinta Manusiawi...

Wallahua'lam

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

06 April 2009

Mabuk CINTA


"Tidak ada yang lebih sengsara di dunia ini dari PEMABUK CINTA. Meskipun ia merasakan manisnya cinta, ia selalu menangis setiap saat ia takut berpisah, selalu rindu dan takut kehilangan kekasihnya. Jangan biarkan CINTA BUTA berkobar di dalam dada. MABUK CINTA lebih dahsyat dari penyakit gila. Waktu tidak akan membuat sedar orang yang mabuk cinta. Tetapi, waktu dapat menyadarkan orang yang sakit gila. Cinta tanpa bimbingan cahaya Ilahi hanya akan menjadi virus keimanan dan sumber kesyirikan. MABUK CINTA akan membawa pelakunya menjadikan kekasihnya di atas segala-galanya."

...CINTA BUTA karya Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd...

Fikir dan Zikir..

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

05 April 2009

Ada Apa Dengan MASA


Bismillahirrahmanirrahim..

Hamdan wa syukran lillah..
Alhamdulillah, bisa lagi aku menghirup udara segar, menikmati kurniaan Allah SWT.. Ngomong2 soal nikmat, teringat pula sama lagu 'Ingatlah Allah' dendangan Sakha dalam sinetron 'Mutiara Hati'.. Banyak bangat pengajaran yang bisa kita ambil daripada senikatanya..


Di waktu kaya ingatlah pada Allah

Di waktu miskin ingatlah pada Allah

Di waktu sehat ingatlah pada Allah

Di waktu sakit ingatlah pada Allah

Kerjakan per
intahNya jauhi laranganNya
Itulah orang yang ingat Allah

Ingatlah wahai manusia

Semua kan kembali pada Allah

Ingatlah wahai manusia
Hidup matimu di tangan Allah


Astaghfirullah..
Dalam sedar mahupun tidak, sudah banyak nikmat Allah yang telah kita sia-siakan.. Antaranya ialah nikmat lapang sebelum sempit (sebagaimana yang terdapat dalam hadis Rasulullah SAW).. Ya, nikmat yang perlu kita rebut sebelum ia hilang yang pada akhirnya akan meninggalkan 1001 penyesalan dalam diri..


Lalu, apakah tindakan yang perlu dibuat? Tepat sekali! Masa lapang tersebut haruslah diisi dengan apa sahaja yang PERLU diisi di dalamnya. Apakah yang PERLU diisi di dalamnya? Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh individu masing-masing...


Caranya, mudah sahaja..! Anda hanya perlu dapatkan sehelai kertas kecil dan sebatang pen, kemudian catatkan segala perkara-perkara or kerja-kerja yang perlu anda selesaikan..dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.. Pastikan mengikut aulawiyat.. Then, tampalkan di tempat yang anda sering lihat (cth: softboard meja study)..


Seterusnya, apa lagi, anda hanya perlu men'transform'kan perkara-perkara tersebut daripada tulisan menjadi realiti.. Setelah itu, potong perkara-perkara yang telah dilaksanakan menggunakan pensel or pen.. Ahh..hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa nikmatnya melihat perkara-perkara dan kerja-kerja tersebut telah banyak yang dipotong.. Hal ini menandakan bebanan anda sudah berkurangan..dan anda bakal menjalani kehidupan seharian anda dengan lebih tenang dan lancar..(^_^)

Memetik firman Allah SWT, mafhumnya:

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
(al-'Asr, 1-3)

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."
(ar-Ra'd, 11)

Selamat mencuba!

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

02 April 2009

What's Wrong With April Fool's Day???



Bismillahirrahmanirrahim...
Salam ceria buat semua pembaca..=)

April Fool's? Macam biasa dengar je..
Yang tipu-tipu orang tu ye?
Main-mainkan orang tu?
Apa Sejarah Disebalik April Fool?

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, jom kita kongsi bersama...
Ikutilah kisah sedih di sebalik April Fool's Day, sebagai renungan dan pengajaran bersama..

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah daripada kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke Barat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh
diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapu
n tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.



Lantas mereka telah merancang satu strategi. Penduduk-penduduk muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim da
n membunuh kesemuanya termasuk lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.



Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Lebih mendukacitakan apabila keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malah juga di serata dunia.

Paling menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Sejauhmana kebenaran kisah ini, wallahua'lam..
Namun, ambillah pengajaran daripadanya dan jalan terbaik, jauhkanlah diri daripada menyambut dan meraikan
April Fool's Day ni.. Sebarkan kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan lain..

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat buat kita, hamba-hambaNya yang tidak pernah lekang dek dosa dan noda.

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

Hidup Bloggers untuk Islam..{]=)

Bismillahirrahmanirrahim...

Hmm...malam yang panjang aku habiskan menghadap laptop..
Menjengah ke blog-blog adik-beradik dan sahabat-sahabat seperjuangan..
Ternyata majoriti daripada mereka sudah mempunyai blog sendiri..
TAHNIAH!

Ayuh kita perluaskan lagi medan dakwah maya..
Istiqamah menyatakan yang haq..
Menentang kebatilan..
Menyahut seruan jihad Islam..
Menyambung dakwah Rasulullah..
Memburu cinta haqiqi..
Menuju syurga abadi..{]=)

~MEMBURU CINTA HAQIQI~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...