Assalamualaikum wbt..
Hmm..sudah seminggu jari-jemari ini tidak menari-nari di keyboard laptop untuk mempublishkan post baru.. Ideanya sudah tersimpan lama, namun nafsu malas memujuk-mujuk supaya tidak menterjemahkannya ke bentuk tulisan di ruangan maya ini..
Alhamdulillah.. Pada pagi yang penuh barakah ini, imanku berjaya melawan nafsu malas bagi berkongsi sedikit peringatan dan ilmu dengan sahabat-sahabat pembaca sekalian.. Harapan penulis, moga sedikit perkongsian ini dapat sama-sama kita manfaatkannya..insyaAllah..
Pada minggu lepas, penulis telah menghadiri kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) selama 5 jam dan ujian undang-undang berkomputer. 5 jam...tempoh yang agak panjang dan meletihkan minda pada hemat penulis. Semua ini merupakan prosedur awal untuk mendapatkan lesen memandu.
Pada hari-hari berikutnya, sebagai persediaan untuk menduduki ujian undang-undang, penulis membelek-belek buku Panduan Pembelajaran KPP dan buku latiahan dari muka ke muka. Fuhh...buku setebal 157 dan 112 muka itu cuba penulis baca dan hadamkan sampai habis bagi memastikan lulus dalam ujian.
Apa yang menarik perhatian penulis ialah terdapat begitu banyak sekali peraturan-peraturan jalanraya yang perlu dipatuhi. Begitu banyak sekali tanda-tanda isyarat lalulintas yang perlu dihafal dan difahami. Ditambah pula dengan konsep pemanduan berhemat serta kesalahan-kesalahan memandu yang perlu diingat.
Sidang pembaca yang dikasihi fillah sekalian,
Sesungguhnya, begitulah analogi yang boleh dibuat terhadap peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah Allah gariskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Semuanya adalah sebagai panduan dan rujukan buat diimplimentasikan oleh kita dalam kehidupan seharian.
Sewaktu memandu di jalan raya, terdapat pelbagai tanda lalulintas yang perlu dipatuhi dan diikuti. Antaranya, lampu isyarat, kadar kelajuan, peraturan jarak, peraturan melintas dsb.. Kadang-kadang perlu lajukan kenderaan, kadang-kadang perlu perlahankan kenderaan, kadang-kadang perlu berhenti dan kadang-kadang perlu brek emergency.. Mengapakah semua peraturan-peraturan ini perlu? Ya, tak lain dan tak bukan, ianya bukanlah untuk menyekat dan merumitkan perjalanan kita, akan tetapi untuk melancarkan lagi perjalanan kita menuju ke destinasi yang dihajati.
Hakikatnya, begitulah juga dalam kehidupan kita..
To make it clear, suka untuk penulis menghuraikan satu contoh..
Sebagai contohnya, berkenaan larangan bercouple atau bercinta sebelum berkahwin. Larangan mempunyai boyfriend dan girlfriend, pakwe dan makwe atau dalam bahasa lembutnya, 'buayafriend' dan 'gilafriend' tanpa ikatan perkahwinan yang sah... Sudah terang lagi bersuluh, Allah telah menyatakan di dalam surah al-Isra', ayat 32:
Tidakkah bercouple itu membawa dan menjurus kepada zina? Ya, sudah pasti ia membawa kepada zina! Mula-mula senyum, kemudian bertegur sapa, kemudian salam-salam, kemudian berjumpa, kemudian berpegangan tangan dan bersentuh-sentuhan, kemudian..????????????
Ya, mungkin ada di kalangan kita yang menyatakan bahawa perhubungan mereka masih lagi under control tanpa melanggar batas-batas syarak. Sejauh mana anda pasti bahawasanya hubungan percintaaan yang anda jalinkan sekarang ni masih lagi allign dengan syariat...? Sudah pasti apabila seseorang itu bercinta, mindanya sering teringat kepada pasangannya, bermessage-message menjadi rutin harian, tidak cukup dengan message, berhubung melalui telefon, yahoo! messenger dsb..yang mana semua ini membawa kepada penyakit-penyakit hati yang menyebabkan kita tidak khusyuk dalam melakukan ibadat kepada Allah SWT.
Kalaupun masih ada hubungan percintaan (sebelum kahwin) yang dikatakan masih allign dengan syariat, sejauh mana anda mampu bertahan melawan pujuk rayu syaitan dan godaan hawa nafsu yang sering mengajak kepada kemaksiatan..? Sedangkan Nabi Allah Adam AS pun tewas dengan pujuk rayu syaitan, inikan pula kita, hamba biasa yang sering lemah tak tidak berdaya tanpa kekuatan daripada Allah Rabbul 'Alamin..
Tidak dinafikan, sememangnya rasa ingin menyintai dan dicintai ini merupakan fitrah yang Allah anugerahkan kepada setiap hamba-Nya. Namun, tidak seharusnya kita lupa bahawa Allah juga mengurniakan kita dengan nikmat aqal yang mana fungsinya ialah untuk mengawal nafsu dan fitrah kita tadi. Allah juga ada menyediakan jalan untuk kita menikmati fitrah ingin menyintai dan dicintai ini, iaitu melalui ikatan perkahwinan yang sah.
Yakinlah dengan janji Allah, dalam surah an-Nuur, ayat 26:
Maka, ingin saya tekankan di sini bahawa larangan Allah SWT terhadap perbuatan bercouple ini, bukanlah untuk menyekat fitrah kita, menyekat keinginan kita, bahkan untuk memberikan kita kehidupan yang lebih lancar dan bermakna, agar sentiasa tenang dalam cinta-Nya. Subhanallah...indah sungguh penyusunan Allah..
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian..
Begitu jugalah dengan suruhan-suruhan dan peraturan-peraturan Allah yang lain yang menyuruh kita menutup aurat, mejaga pandangan, menghormati ibubapa, menjalankan dakwah, meninggalkan rasuah, melaksanakan undang-undang Islam dan sebagainya. Suka untuk saya highlightkan di sini bahawa semua peraturan-peraturan yang telah Allah gariskan ini bukanlah untuk menyusahkan dan mengongkong kita bahkan bagi memudahkan lagi kita melayari bahtera kehidupan yang penuh pancaroba di dunia ini bagi memperoleh kebahagiaan yang kekal abadi di Akhirat kelak..amien..
Akhir kata, Rebutlah Cinta Ilahi sebelum Merebut Cinta Manusiawi...
Wallahua'lam
~MEMBURU CINTA HAQIQI~
Salam ziajar n juang..
ReplyDeleteanalogi hebat..mudah difahami..
terbaik stakat ni..
teruskan menulis utk Islam..
best2..menarik..lepas ni wat n3 pasal pnyakit ht lak... boley?..hehe...
ReplyDeletememang sedikit terpalit pada SOCIETY kita...teruskan berjuang wahai serikandi hrakah
ReplyDeleteto rijaluddin:
ReplyDeletebetul 2..ble terfikir ttg ni, membuak jugak darah dibuatnya..itulah antara sebab yg menyebabkan ana terpanggil utk tulis psl ni..
~MEMBURU CINTA HAQIQI~