02 April 2009
What's Wrong With April Fool's Day???
Bismillahirrahmanirrahim...
Salam ceria buat semua pembaca..=)
April Fool's? Macam biasa dengar je..
Yang tipu-tipu orang tu ye?
Main-mainkan orang tu?
Apa Sejarah Disebalik April Fool?
Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, jom kita kongsi bersama...
Ikutilah kisah sedih di sebalik April Fool's Day, sebagai renungan dan pengajaran bersama..
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah daripada kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke Barat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh
diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Lantas mereka telah merancang satu strategi. Penduduk-penduduk muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya termasuk lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Lebih mendukacitakan apabila keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malah juga di serata dunia.
Paling menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Sejauhmana kebenaran kisah ini, wallahua'lam..
Namun, ambillah pengajaran daripadanya dan jalan terbaik, jauhkanlah diri daripada menyambut dan meraikan April Fool's Day ni.. Sebarkan kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan lain..
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat buat kita, hamba-hambaNya yang tidak pernah lekang dek dosa dan noda.
~MEMBURU CINTA HAQIQI~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment