Betapa kurindukan redup wajahmu hadir menemaniku
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamirkan
Bagaikan tiada keresahan
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Sayu di jiwaku bercampur terharu mengenangkan segala jasa dan pengorbanan ayah dalam membesarkan, menyara, mendidik dan mentarbiyah kami adik-beradik. Aku masih ingat lagi, emak pernah menceritakan kisah kesusahan hidup yang mereka lalui di awal alam rumahtangga mereka. Ketika itu, emak menjadi pensyarah di IKM dan ayah telah pun mendapat ijazah Usuluddin di UKM dan sedang mengambil diploma pendidikan di UIAM. Demi menyara kami adik-beradik dan menanggung perbelanjaan pendidikan ayah, ayah terpaksa menjual barang dari rumah ke rumah di kawasan perumahan yang mereka diami. Aku tahu bukan senang nak beranikan diri, menghilang rasa malu untuk mengetuk pintu rumah jiran, menjaja dari rumah ke rumah kerana aku pernah merasai perasaan ini.
Teringat ketika ayah datang ke sekolah untuk ambil keputusan peperiksaan akhir ketika aku di tingkatan 3 (kalau tak silap). Ketika ini ayah sudah meletakkan jawatan sebagai guru demi perjuangan Islam. Ayah datang menaiki van dengan bungkusan keropok yang penuh di belakang. Gembira sungguh di hati menyambut kedatangan ayah di sekolah. Dari tingkat atas, kelihatan ayah membuka bonet van supaya orang ramai (ibubapa) boleh membeli keropok jualan ayahku. Setelah selesai mengambil keputusanku, ayah berkata kepadaku: "Solehah, tolong jaga jap kopok ni, kalau orang nak beli amik bayaran..ayah nak g amik keputusan adik pulak ni.." "Okey, ayah!" Dalam hatiku, sebenarnya aku berasa malu kerana terpaksa menjual di sekolah sendiri. Namun, jauh di sudut hatiku, aku gembira kerana dapat menolong ayah dan barulah aku sedar betapa besarnya pengorbanan ayah, bersusah payah untuk menyara kami adik-beradik. Aku bangga mempunyai ayah seorang pejuang! Terima kasih, ayah!
Emak juga ada menceritakan, di awal perkahwinan mereka (masa ada 2, 3 orang anak), mereka terpaksa kerat ayam untuk dimasak kepada potongan-potongan kecil untuk berjimat. Emak menyambung lagi: "Kenapa kami buat macam ni? Semuanya untuk anak-anak.." Aku sudah tidak dapat menahan lagi, air mataku gugur bercucuran ke pipi.. Besar sungguh pengorbanan mereka... "Ya Allah, Engkau balaslah pengorbanan mereka ini dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat. amien.."
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku erti kekuatan
Aku merupakan seorang yang mudah terasa hati. Teringat masa ayah dan mak balik dari menunaikan haji. Aku dan abang pergi jemput mak dan ayah di KLIA. Kami sampai di rumah dalam jam 4pagi. Pagi tu, lama aku tunggu ayah bangun dari tidur untuk bukak ramai-ramai dengan ahli keluarga lain barang-barang yang mereka bawa dari Makkah. Tunggu punya tunggu, disebabkan mengantuk sangat sebab tidur sikit je malam tu, aku surrender.. Jam sudah menunjukkan pukul 11pagi dan aku mengambil keputusan untuk lelapkan mata sekejap sementara tunggu ayah bangun dari tidur.
Bila aku bangun sahaja dari tidur, jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Aku keluar dari bilik dan amat-amat terkejut bila aku tengok semua barang-barang dan hadiah yang dibawa dari Makkah telah pun dibuka oleh mereka ramai-ramai semasa aku tidur tadi. Hatiku tak dapat lagi menahan hiba di hati, lantas aku menangis dan berkurung dalam bilik je sepanjang hari, tanpa makan dan minum.betul-betul terasa dengan ayah..
Ramai yang datang pujuk aku, tapi aku still menangis dan tak dapat menahan kesedihan di hati.. Petang tu, ayah datang pujuk aku untuk makan semua.. Baru lah aku berhenti menangis dan makan petang sama-sama dengan ayah.. (Malu jugak mata bengkak, sebab abg long pun ada sekali kat meja makan..) (^_^)
Hmm..ada sekali tu, ayah datang menjemputku di terminal bas, ketika pulang untuk melawat Kak Mut yang baru sahaja melahirkan anak pertamanya di Kuantan. Aku gembira sekali melihat wajah ayah bersama senyumannya yang menampakkan dua baris giginya sambil merangkul tangannya di bahuku.. Terasa kasih-sayang seorang ayah yang mengalir ke dalam diriku.
Ayahku merupakan salah seorang tokoh besar dalam hidupku. Beliau merupakan sumber rujukanku tatkala aku berhadapan dengan masalah-masalah dan persoalan-persoalan agama terutamanya. Beliau juga merupakan sumber inspirasiku dalam menelusuri bahtera kehidupan sebagai seorang pejuang agama Allah.. Aku begitu kagum sekali dengan personaliti dan pengorbanan ayah sebagai seorang ahli gerakan Islam atau ahli Jemaah Islam. Tokoh pilihan ayah pula ialah as-Syahid Imam Hasan al-Banna.
Ayah telah bergerak aktif dalam kerja-kerja Islam sejak di kampus lagi ketika belajar di UKM dalam bidang Usuluddin. Kemudian, ayah melanjutkan pelajaran di UIAM untuk mengambil Diploma Pendidikan. Ayah telah memulakan kerjayanya sebagai seorang pendidik apabila menjadi pensyarah sementara di salah sebuah universiti tempatan. Setelah mendapat Diploma Pendidikan, ayah telah diterima menjadi guru di beberapa buah sekolah menengah untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Islam. Setakat yang aku ingat, ayah pernah mengajar di SMK Ahmad di Pekan, SMK Ampuan Afzan di Alor Akar, SMK Tanah Putih di Kuantan dan terakhir di SMK Kota Marudu di Sabah. Beliau merupakan seorang guru yang komited dengan tugasnya dan pernah mendapat anugerah 'Guru Paling Popular' di sekolah. Ayah juga sering ditugaskan untuk menjadi guru disiplin di sekolah. Walaupun bekerja dengan kerajaan, ayah tetap tidak gentar untuk terus aktif berjuang bagi mencapai matlamat menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia khususnya.
Pelbagai dugaan dan ancaman telah diterima oleh ayah sepanjang beliau melayari bahtera perjuangan menegakkan Islam ini. Beliau pernah dikejar oleh anggota polis dan bahkan beliau pernah ditukarkan kerja ke kawasan yang boleh dikatakan jauh dari bandar di Kota Marudu, Sabah pada tahun 2002. Beliau ditugaskan untuk berkhidmat sebagai guru di SMK Kota Marudu. Semua ini merupakan muslihat jahat kerajaan bagi memastikan ayah lemah dan berhenti terus dari gerak kerja Islam.
Aku masih ingat sewaktu menghantar ayah di Lapangan Terbang di Kuantan. Begitu ramai sekali sahabat-sahabat seperjuangan yang datang untuk menghantar ayah, seolah-olah ada demonstrasi pula di situ. Kami adik-beradik dan mak semua sudah berlinangan air mata. Sebelum ayah berangkat menaiki kapal terbang, kami beramai-ramai membaca doa wehdah dan doa selamat diketuai oleh seorang pemuda. Kemudian mereka bersalam-salaman dan akhirnya tibalah masa kami adik-baradik dan mak bersalam-salaman dengan ayah. Tak dapat digambarkan betapa sedihnya perasaan aku ketika itu, aku hanya mampu tunduk menangisi perpisahan dengan ayah. Tiba masanya, ayah terus berjalan menuju ke tempat ruangan menunggu bagi penumpang. Belum sempat ayah check in, ayah terus berpatah balik menuju ke arah adikku yang bongsu ketika itu lalu mendukungnya sambil mengalirkan air mata hiba..lagi menambahkan kesedihanku. Aku hanya mampu berdoa semoga ayah diberikan kekuatan oleh Allah menghadapi ujian yang pedih ini.
Namun, semua itu tidak mematahkan semangat ayah untuk terus berjuang.. Pemindahannya ke Sabah, walau dilihat sebagai 'menjatuhkan' oleh pihak musuh dan orang luar, telah diambil oleh ayah sebagai peluang untuk terus mengembangkan lagi sayap perjuangannya di Sabah, persis yang berlaku dalam perjanjian Hudaibiyah. Ayah aktif memberi ceramah di surau-surau dan sekolah-sekolah di sana.
Pada tahun 2004, ayah telah mendapat arahan daripada pimpinan atasan organisasi untuk bertanding dalam pilihanraya dan ini sekaligus bermakna ayah perlu meletakkan jawatan sebagai seorang guru. Satu keputusan dan pertimbangan yang amat besar yang perlu dibuat oleh ayah, saya kira. Sekiranya ayah bersetuju, dari mana ayah nak dapatkan duit bagi menyara kami adik-beradik seramai 11orang dan emak? Pasti pelbagai persoalan bermain di fikiran ayah ketika itu. Namun, soal rezeki, ayah lebih banyak berserah kepada Allah dan yakin dengan pertolongan-Nya, kerana sudah terbukti murahnya rezeki orang yang memperjuangkan Islam, sebagaimana firman Allah SWT:
(Muhammad, 7)
Pada akhirnya, ayah bersetuju dan bertanding dalam PRU-11. Aku sungguh kagum dengan ayah kerana berani menanggung risiko membuat satu keputusan yang besar dalam hidupnya. Semuanya pasti demi Islam didorong rasa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Subhanallah.
Benarlah firman Allah di dalam al-Quran, maksudnya:
(at-Taubah: 42)
Aku kagum sekali dengan personaliti ayah yang merupakan seorang yang begitu berdisiplin dan menepati masa. Ayah merupakan seorang yang sangat sibuk dengan kerja-kerja Islam termasuk berdakwah ke seluruh Malaysia. Biasanya, jadualnya untuk sebulan akan datang sudah penuh dengan jemputan ceramah, program, mesyuarat dan sebagainya.
Namun, di samping kesibukannya dengan kerja-kerja Islam, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Kami tidak pernah merasa kekurangan kasih-sayang. Pasti ada masa yang diperuntukkan untuk bersama keluarga: solat bersama, makan bersama, berkelah di pantai, melawat saudara di kampung. Kami juga akan berkumpul sekali-sekala untuk sesi jamuan dan muhasabah bersama keluarga. Semuanya indah sekali.
Ayah juga amat menitiberatkan tentang soal tarbiyah. Ayah merupakan seorang yang tegas. Sejak kecil, kami semua dididik sendiri oleh emak di rumah tanpa memasuki pasti ataupun tadika. Kemudian, di peringkat rendah, ayah akan menghantar kami ke sekolah agama swasta yang berdekatan dengan rumah bagi memastikan kami mendapat asas agama terlebih dahulu walaupun cuma untuk setahun. Kemudian, kami akan dipindahkan ke sekolah rendah biasa kerana yuran persekolahan yang mahal di sekolah swasta. Di peringkat menengah, ayah juga akan menghantar kami ke sekolah agama daripada tingkatan satu sehinggalah tingkatan 5. Walaupun kami mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, ayah tidak akan membenarkan kami ke sana dan perlu meneruskan belajar di sekolah menengah agama. Kemudian, barulah kami diberi kebebasan untuk memilih untuk sambung belajar di universiti dan dalam bidang apa pun yang menjadi pilihan kami, asalkan tidak bercanggah dengan syariat.
Di rumah, ayah amat-amat menggalakkan kami solat berjemaah. Bagi adik-beradik lelaki, mereka wajib solat berjemaah di surau. Kalau tidak, ada lah habuannya nanti..=) Setakat pemerhatian aku, ayah tidak pernah meninggalkan solat fardu secara berjemaah. Sekiranya ayah tak sempat solat berjemaah di surau kerana masih berada dalam perjalanan, ayah akan telefon ke rumah meminta kami tunggu untuk solat berjemaah bersama ayah.
Selain itu, ayah amat menjaga ibadah sunatnya. Ayah sentiasa istiqamah bangun qiamullail, solat sunat tahajjud, solat sunat dhuha as well as solat sunat rawatib. Ayah juga amat-amat menggalakkan dan sentiasa mengingatkan kami supaya setiasa mempraktikkan sadaqah sebagaimana yang ayah praktikkan dan amalan ini amat-amat disukai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Inilah antara kunci untuk murah rezeki. Cakap pasal rezeki ni, teringat pulak yang ayah juga amat-amat pantang terhadap pembaziran terutamanya dari segi makanan. Kalau ada sahaja makanan yang bersisa, siaplah tuan punya makanan tu..haha..
In addition, ayah juga merupakan seorang yang sangat menjaga dan menepati masa. Sekiranya beliau dijemput untuk bagi ceramah pada pukul 9 malam, pasti beliau akan bertolak lebih awal, dan kadang-kadang, sekiranya ada lebihan masa sebelum ceramah, beliau akan berhenti sekejap di tepi jalan untuk membaca al-Quran. Sekiranya ke bandar dengan ayah, jadual perjalanan mestilah disusun dengan rapi.. Tempat yang ingin disinggah mestilah mengikut urutan jalan yang kami lalui dan tak boleh singgah lama-lama.. Sebab tu lah, kami adik-beradik lebih suka keluar ke bandar dengan abang..huhu..
Bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Sebagai seorang anak, antara cara terbaik untuk kita balas budi mak ayah adalah dengan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT...gembira rasanya di hati tatkala melihat kegembiraan dan senyuman yang terpancar di wajah ayah dan emak ketika melihat kejayaanku dalam akademik. Ketika aku mengalami kemerosotan akademik, mak dan ayah tidak marah, sebaliknya memberi semangat kepadaku untuk terus maju ke hadapan. "Kami lebih mengharapkan anak-anak agar bersifat dengan sifat yang mulia, walaupun tak cemerlang dalam akademik." Inilah ungkapan sering keluar dari mulut mereka.
Aku masih ingat ketika di sekolah menengah. Apabila tiba musim peperiksaan, aku biasanya akan tidur lambat sehingga mencecah pukul 5pagi. Ayah biasanya akan bangun Qiamullail. Sekiranya ayah melihat aku masih lagi studi, ayah akan pergi menjenguk-jenguk aku untuk beri semangat dan kadang-kadang mengambil air untukku. Thanks, ayah! Terharu kita..(^_^)
Jika difikirkan, sebenarnya terlalu banyak kenangat manis dan pahit bersama ayah untuk dicoretkan dalam laman maya ini..kisah suka dan duka hidupku sebagai anak ayah.. Namun, biarlah ianya kekal tersemat di hati ini..
Buat ayah, kita mintak maaf banyak-banyak andai sering menyakitkan hati ayah.. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan ayah terhadap kita.. Terima kasih juga atas tarbiyah Islam yang telah ayah berikan kepada kita.. Doakan semoga kita kekal istiqamah di atas jalan-Nya.. Uhibbuka ya abi, hubban jamma..! {]=)
Semua kasih-sayang yang kau curahkan tersemat di hati
I love my father very much!(^_^)
"My Father, My Inspiration"
~MEMBURU CINTA HAQIQI~
salam..wah...achik..panjangnyeeeer post ni...baguih2..hmmm....ateh tak sempat baca habis lagi..tapi ap yang smpat ateh nak ckp kat sini, bila ateh baca post ni, ateh teingat kat ayah ateh..seorang yang tidak sekolah tinggi..hanya di sekolah darjah3..seorang yang tegas dan garang..pada anak2 dan insan biase yang tidak mengerti erti bimbangnyer hati seorang ayah dan sukar menjadi seorang ayah, awal2 lagi akan menafsirkan dia seorang yang keterlaluan..ad kmungkinan..biarpun dia org kuat gelombang kebiruan, tapi itu mungkin kerana dia tidak berilmu dan tidak mendapat maklumat yang sebetulnya..tp bagi ateh, dialah yang menjadi sumber inspirasi ateh dalam menimba ilmu..banyak mutiara pesanan dia tentang ilmu..tahniah atas post yang menarik..satu masa, ateh pn akan tulis sesuatu untuk ayah...
ReplyDeletebagus..
ReplyDeleteteruskan niat ateh..
kalu dah nama ayah 2, regardless of their academic achievement, pasti akan sentiasa memikirkan kebajikan anaknya (except 4 certain cases)kerana 2 dah jadi tanggungjawab mereka..(^_^)
~MEMBURU CINTA HAQIQI~
sedih dan terharu. bertuahnya dapat ayh yg begitu. dan sy pn bertuah ade ayh yg mcm ayah saya. entri yg menarik..sedih dan terharu sy baca.. smoga anak ketrunan ayah awak menjadi pewaris perjuangan sbgimana apa yg sama2 yg kita baiahkan.. wallahu'alam :)
ReplyDeleteinsyaAllah..amien..
ReplyDelete~MEMBURU CINTA HAQIQI~
sedihnyer syifa' baca..ummi nangis..teruskan menulis yer achik..
ReplyDeletetime kasih, syifa'..
ReplyDeleteg pujuk ummi 2..cakap kat dia tak baik nangis banyak2..sket2 sudah..(^_^)
~MEMBURU CINTA HAQIQI~
Ayah mu merupakan insan yg hebat..
ReplyDeleteMoga mengalir semangat juang ke dalam diri mu dan jua insan2 yg menbaca posting ini..
salam singgah melebar dakwah..
salam perkenalan..:)
salam..
ReplyDeletemmg terharu membacanya..beruntung solehah ada ayah mcm tu..dan sy pn beruntung ad ayah mcm ayh sy..i'Allah,semoga menjadi anak yg solehah utk ibu bapa,menyambung rantai perjuangan ayh ye..sama2 kita doakan..i luv mu father also;)
AYahmu salah seorang tokoh yang kita minati..
ReplyDeleteTerima kasih atas komen semua..
ReplyDeleteHargailah dan berbaktilah kpd ayah kita selagi mereka masih hidup.. Sayangi dan gembirakanlah hati mereka.. Tabarakallu fikum..! =)
~MEMBURU CINTA HAQIQI~
salam'alaik,
ReplyDeleteklu nti nk tmbhkan pengetahuan mengenai siasah maka ana cadangkan baca:
Tanya tentang buku ini
Tajuk : Sistem Politik Islam
Pengarang : Khalid Ali Muhammad al-Anbariy
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga seunit (piece): RM 29.90
#bacaan buku ni pada level sederhna
#yg brmanfaat sme2 kite kogsikan
#mnjawab persoalan pada liqa' tempoh hari
Syukur alhamdulillah anti mmpunyai tunjang keluarga yang sebegitu.
syukran 4 da info..
ReplyDelete~MEMBURU CINTA HAQIQI~
salam..adeq..terharunya baca post ni..terima kasih sudi berkongsi
ReplyDeletesalam..sama2..
ReplyDeletemoga dapat menjadi panduan bersama..=)
~MEMBURU CINTA HAQIQI~