03 March 2009

Dah habis final exam???


Assalamualaikum wbt…


Alhamdulillah, dengan rahmat dan ‘inayahnya, dapat lagi kita bersua di laman maya ini..

Selawat dan salam ke atas qudwah hasanah, junjungan besar, Nabi Muhammad swt…


Syukur ke hadrat Ilahi, lega rasanya, musim final exam telah berlalu meninggalkan diriku tertanya2 bagaimana keadaan result ku nanti… Mumtaz? Jayyid jiddan? Jayyid? Atau sekadar maqbul? Na’uzubillahi min zalik


Target asal pointer aku untuk sem ni 4.0.. Namun, melihat kepada prestasiku dalam menjawab

paper2 yang aku ambik untuk sem ni, probability untuk aku capai target tu agak tipis…mungkin kerana sample space terlalu besar.. atau probability untuk aku capai target 2 kecil…(aplikasi math 2, huhu…)


Apa2 pun, setelah berusaha sedaya aku, berdoa semampu aku…aku bertawakkal sepenuh hati kepada Allah, meletakkan pergantungan kepada-Nya dengan harapan agar impianku tercapai… Sesungguhnya Dialah Yang Maha Berkuasa ke atas segala2 nya…amien..


Namun begitu, berakhirnya musim exam, tak bermakna berakhirnya kesibukanku.. Aku disibukkan pula sekarang ni dengan keje2 amal Islami yang menjadi tuntutan kepada setiap yang bergelar ‘abdullah, juga khalifatullah.. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih lagi dipilih oleh-Nya untuk berada dalam golongan tersebut yang sering mengimpikan untuk melihat Islam kembali tertegak, gemilang di muka bumi ini umumnya dan di Malaysia khususnya, insyaAllah..


~ MEMBURU CINTA HAKIKI ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...