17 July 2009

Perginya Sahabat Seorang Pejuang

Bismillah wa Syukran lillah..

Alhamdulillah, di kala menulis entri kali ini, aku masih lagi dikurniakan oleh Allah nikmat oksigen, mengizinkan aku terus hidup di muka bumi ini dengan matlamat untuk beribadah kepadaNya.

"Adeq, dah dapat message ni??"

Dengan nada dan ekspresi muka yang cemas dan terke
jut, Kak Ucu bertanya kepadaku sambil menunjukkan message yang tertera di skrin handsetnya.

"Innalillahi wa inna ilahi raji'uun.."


TERKEJUT, SEDIH & TAK PERCAYA...


Itulah perasaan yang dapat aku gambarkan keti
ka itu, tatkala mendapat berita pemergian seorang sahabat seperjuangan, allahyarham Muhammad Nabil bin Marwan, pada 2 Julai 2009, jam 11.45 malam..

Suasana yang pada awalnya penuh dengan keceriaan, ketika menunggu bas di perkarangan UKC 2 bersama Naimah dan Farihah, untuk ke Program M
otivasi MRC di Pulau Sibu telah bertukar menjadi sunyi dan sayu. Perasaan tidak percaya aku akan berita itu telah mengundang aku untuk mengkonfemkan berita tersebut dengan sahabat lain..

"Na'am"

Itulah message reply yang aku dapat daripada sahabat tersebut, lantas mengesahkan pemergian Nabil buat selama-lamanya dari dunia ini...


Kalau diikutkan hati, ingin sahaja aku membatalkan menyertai Program Motivasi pada malam tersebut demi menghadiri majlis pengkebumian Nabil, bersama keluarga beliau dan sahabat-sahabat yang lain.. Namun, aku tau itu bukanlah keputusan yang terbaik yang sepatutnya aku buat.. Aku kuatkan juga hati untuk pergi demi meraikan dan menjaga hati sahabat-sahabat MRC serta staff yang lain, setelah program Cambodia '09 dipostpone. Hanya bait-bait doa dan al-Fatihah yang mampu aku sedekahkan buat beliau..


Walaupun begitu, jauh di sudut hatiku, aku bersyuk
ur kerana sempat menziarahi arwah bersama dengan sahabat-sahabat yang lain, 2 hari sebelum pemergiannya. Aku bersyukur kerana Allah lebih sayangkan arwah, dengan memanggilnya lebih awal agar dia tidak terus menderita kesakitan bertarung nyawa melawan penyakit yang dihadapinya selama lebih satu bulan. Walaupun doktor sendiri belum begitu jelas tentang penyakit sebenar yang dihadapinya, setakat yang diketahui ketika itu, Nabil menghidap penyakit Aplastic Anaemia, iaitu kegagalan penghasilan sel darah yang menyebabkan pengurangan bilangan sel darah termasuklah sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Hal ini menyebabkan organ-organ dalamannya rosak kerana tidak menerima bekalan darah yang mencukupi.



Sehingga pada awal kemasukan ke Kampus UIA Kuantan yang lalu, aku masih lagi seolah-olah tidak percaya bahawa Nabil sudah tidak lagi bersama-sama kami, berjuang demi menambah ilmu di dada sekaligus memartabatkan Islam di dalam masyarakat.. Macam-macam insiden yang mengingatkan kepada beliau.. Antara pengalaman bersama beliau adalah ketika sama-sama berada dalam MRC di Asasi PJ..

Nabil merupakan seorang yang sangat cintakan Islam dan para ulama', sebagai tanda cintanya akan Allah dan Rasul-Nya.. Beliau juga merupakan seorang yang sangat murah dengan senyuman.. Semoga pemergiannya pada malam barakah, malam Jumaat yang mulia, bakal menempatkan beliau bersama para Nabi, siddiqqin, syuhada' dan solihin. Walaupun Nabil sudah tiada di mata kita, moga beliau terus hidup di sisi Allah SWT..


Renungan buat kita semua, hidup dan mati itu berada di bawah kekuasaan Allah. Mungkin kita masih hidup di saat ini, namun kita belum tahu adakah kita masih hidup pada saat seterusnya..adakah kita masih sempat membaya hutang-piutang kita..adakah kita masih sempat mengotakan segala janji-janji kita..adakan kita masih sempat memohan maaf daripada sahabat-sahabat kita..adakah kita masih sempat menggembirakan hati ibubapa kita.. Dan yang paling utama, kita belum tahu adakah kita masih sempat memohon ampun dan bertaubat pada yang Maha Pencipta, Allah 'azza wa jalla..


Mati itu pasti akan dirasai oleh setiap yang hidup sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah dalam al-Quran. Oleh itu, saya seru diri saya dan sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah sekalian, marilah kita sama-sama menyiapkan diri demi menghadap Allah SWT...saat yang kita belum pasti bilakah ianya akan tiba..

P/s: Sedekahkanlah secebis al-Fatihah dan rangkap-rangkap doa buat Allahyarham Nabil dan sahabat-sahabat lain serta seluruh kaum Muslimin yang telah pergi buat selama-lamany dari dunia yang fana' ini..

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...