30 April 2008

Antara Dua Cinta


Kewujudan manusia merupakan keunikan alam anugerah Allah swt. Komunikasi antara mereka memperlengkapkan survival sebuah kehidupan , manakala hubungan raya manusia dan penciptanya pula menempah kejayaan hakiki . Manusia memiliki fitrah kejadian yang seni dan agung jua sebagai pembalut naluri yang berfungsi untuk membina kestabilan asas keinsanan seorang manusia . انسانية الإنسان


Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia . Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia .


Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian , keamanan dan ketenangan . Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan iblis laknatullah . Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah swt .


Rasulullah saw. telah bersabda :


من سره أن يجد حلاوة الإيمان فليحب المرء لا يحبه إلا لله عز و جل


( رواه أحمد و الحاكم )


“ Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt. ”


Permasaalahan cinta antara yang dihadapi secara serious oleh ummat Islam hari ini . Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan ummat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik . Krisis cinta palsu telah memapah ummat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spiritual malah membunuh solidariti dan menodai sosial .


Individu muslim sewajarnya peka terhadap kehadhiran cinta yang menguasai jiwa . Cinta yang berlojikan nafsu dan syahwat hanyalah cinta palsu yang penuh sandihina .


Firman Allah swt :


لا تتبع الهوى فيضلك عن سبيل الله إن الذين يضلون عن سبيل الله لهم عذاب شديد بما نسوا يوم الحساب


( ص 26 )


“ Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu , kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah . Sesungguhnya orang - orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan .”


Firman Allah swt.


و قال نسوة فى المدينة امرأت العزيز تراود فتاها عن نفسه قد شغفها حبا إنا لنراها فى ضلال مبين


( يوسف 30 )


“ Dan wanita - wanita di kota berkata : Isteri Al Aziz ( sebutan bagi raja di Mesir ) menggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya . Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam . Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata .”


Cinta yang dinaungi kesucian fitrah dan berpandukan aqidah Islamiyyah ialah cinta hakiki yang membina realiti kemakmuran dan mengundang keampunan Allah . Firman Allah swt :


قل إن كنتم تحبون الله فاتبعونى يحببكم الله ويغفرلكم ذنوبكم و الله غفور رحيم .


( ال عمران 31 )


“ Katakanlah : Jika kamu menyintai Allah maka ikutlah aku nescaya Allah menyintaimu dan mengampunkan dosa - dosamu . Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang .”

MEMBURU CINTA HAKIKI...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...