05 April 2009

Ada Apa Dengan MASA


Bismillahirrahmanirrahim..

Hamdan wa syukran lillah..
Alhamdulillah, bisa lagi aku menghirup udara segar, menikmati kurniaan Allah SWT.. Ngomong2 soal nikmat, teringat pula sama lagu 'Ingatlah Allah' dendangan Sakha dalam sinetron 'Mutiara Hati'.. Banyak bangat pengajaran yang bisa kita ambil daripada senikatanya..


Di waktu kaya ingatlah pada Allah

Di waktu miskin ingatlah pada Allah

Di waktu sehat ingatlah pada Allah

Di waktu sakit ingatlah pada Allah

Kerjakan per
intahNya jauhi laranganNya
Itulah orang yang ingat Allah

Ingatlah wahai manusia

Semua kan kembali pada Allah

Ingatlah wahai manusia
Hidup matimu di tangan Allah


Astaghfirullah..
Dalam sedar mahupun tidak, sudah banyak nikmat Allah yang telah kita sia-siakan.. Antaranya ialah nikmat lapang sebelum sempit (sebagaimana yang terdapat dalam hadis Rasulullah SAW).. Ya, nikmat yang perlu kita rebut sebelum ia hilang yang pada akhirnya akan meninggalkan 1001 penyesalan dalam diri..


Lalu, apakah tindakan yang perlu dibuat? Tepat sekali! Masa lapang tersebut haruslah diisi dengan apa sahaja yang PERLU diisi di dalamnya. Apakah yang PERLU diisi di dalamnya? Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh individu masing-masing...


Caranya, mudah sahaja..! Anda hanya perlu dapatkan sehelai kertas kecil dan sebatang pen, kemudian catatkan segala perkara-perkara or kerja-kerja yang perlu anda selesaikan..dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.. Pastikan mengikut aulawiyat.. Then, tampalkan di tempat yang anda sering lihat (cth: softboard meja study)..


Seterusnya, apa lagi, anda hanya perlu men'transform'kan perkara-perkara tersebut daripada tulisan menjadi realiti.. Setelah itu, potong perkara-perkara yang telah dilaksanakan menggunakan pensel or pen.. Ahh..hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa nikmatnya melihat perkara-perkara dan kerja-kerja tersebut telah banyak yang dipotong.. Hal ini menandakan bebanan anda sudah berkurangan..dan anda bakal menjalani kehidupan seharian anda dengan lebih tenang dan lancar..(^_^)

Memetik firman Allah SWT, mafhumnya:

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
(al-'Asr, 1-3)

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."
(ar-Ra'd, 11)

Selamat mencuba!

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

02 April 2009

What's Wrong With April Fool's Day???



Bismillahirrahmanirrahim...
Salam ceria buat semua pembaca..=)

April Fool's? Macam biasa dengar je..
Yang tipu-tipu orang tu ye?
Main-mainkan orang tu?
Apa Sejarah Disebalik April Fool?

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, jom kita kongsi bersama...
Ikutilah kisah sedih di sebalik April Fool's Day, sebagai renungan dan pengajaran bersama..

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah daripada kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke Barat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh
diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapu
n tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.



Lantas mereka telah merancang satu strategi. Penduduk-penduduk muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim da
n membunuh kesemuanya termasuk lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.



Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Lebih mendukacitakan apabila keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malah juga di serata dunia.

Paling menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Sejauhmana kebenaran kisah ini, wallahua'lam..
Namun, ambillah pengajaran daripadanya dan jalan terbaik, jauhkanlah diri daripada menyambut dan meraikan
April Fool's Day ni.. Sebarkan kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan lain..

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat buat kita, hamba-hambaNya yang tidak pernah lekang dek dosa dan noda.

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

Hidup Bloggers untuk Islam..{]=)

Bismillahirrahmanirrahim...

Hmm...malam yang panjang aku habiskan menghadap laptop..
Menjengah ke blog-blog adik-beradik dan sahabat-sahabat seperjuangan..
Ternyata majoriti daripada mereka sudah mempunyai blog sendiri..
TAHNIAH!

Ayuh kita perluaskan lagi medan dakwah maya..
Istiqamah menyatakan yang haq..
Menentang kebatilan..
Menyahut seruan jihad Islam..
Menyambung dakwah Rasulullah..
Memburu cinta haqiqi..
Menuju syurga abadi..{]=)

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

30 March 2009

Kepupusan Nilai Masyarakat Islam

Salam sayang buat semua pembaca..

Di kesempatan ini, penulis ingin berkongsi sedikit ilmu yang menarik perhatian penulis sewaktu menghadiri kelas UNGS: Islam: Knowledge and Civilization.



Ustaz menimbulkan persoalan..

"Why Western community is more superior than Islamic community?"

"The reason is that they are practising the sense of merit and justice in their community. Where did they learnt this from? Yes, they learnt it from Islam!"

Persoalannya di sini ialah mengapa umat Islam sendiri tidak mempraktikkan nilai murni yg telah diajar oleh Rasulullah ini? Merit and justice. Berbuat baik dan berlaku adil.

Jika kita amati, masalah ini sudah semakin parah terutamanya di kalangan masyarakat Islam di Malaysia sendiri. Sebagai contoh, pemimpin yang menolak hukum Islam, polis yang mengamalkan rasuah, doktor yang lebih mementingkan kebendaan berbanding keselamatan pesakit, bos syarikat yang melantik CEO di kalangan kroni sendiri, cikgu dan pensyarah yang memberikan markah lebih kepada pelajar yang disukai dan macam-macam lagi..

If this problem is not cured from now on, we are not only fail to reform the Muslim world (the ummah), but we even cannot reform ourselves. This problem is killing the ummah!

Thus, in whatever field we are now or in the future (medcine, engineering, nursing, syari'ah, etc..), please remember that, we can only serve the ummah whenever there is the sense of merit and justice in ourselves.

Fikir dan zikir!

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

27 March 2009

Menyingkap Motivasi di Sebalik Ujian daripada Yang Maha Penyayang (Part 2)

Hmm..kelihatan rancangan-rancangan di televisyen seolah-olah sedang menggodaku u ditonton, tilam dan bantal menjeling-jeling ke arahku untuk dinikmati keempukannya, pulut nasi bersalut kelapa yg dimasak oleh emak menguji nafsu makanku, adik-adik yg sedang asyik menonton televisyen dan khusyuk bermain computer games sehingga mengabaikan kerja sekolah benar-benar mnguji kesabaranku…



Jika ini antara dugaan-dugaan yg ditempuh olehku sewaktu cuti semester yg singkat baru-baru ini, lain pula ujian-ujian yg dihadapi olehku di kampus setelah daftar masuk untuk semester pendek…



Tilam dan bantal yg empuk masih menjeling-jeling ke arahku, nota-nota subjek UNGS menanti untuk dibelek sbg pre-reading dan post-reading, pakaian-pakaian yang masih lagi tersusun rapi di dalam beg-beg dan kotak seolah-olah melambai-lambai ke arahku meminta agar disusun rapi di dalam locker…


Ujian dan dugaan merupakan perkara wajib yg akan dan telah pun menimpa setiap drpd kita yang bergelar hamba Allah.. Namun demikian, semua dugaan dan ujian itu tidak seharusnya menjadi penghalang kepada kita untuk terus mengorak langkah, melayari bahtera kehidupan dengan penuh rasa cinta (al-hubb) kepada Yang Maha Agung, Allah SWT..


Di sini, suka untuk saya imbas kembali 2 persoalan yang telah saya timbulkan dalam post saya sebelum ni yang bertajuk “Menyingkap Motivasi di Sebalik Ujian daripada Yan

g maha Penyayang”: 1) Apakah hikmah atau dalam bahasa kampung saya, significance di sebalik semua ujian yang Allah timpakan ke atas kita? dan 2) Apakah motivasi Qurani yang boleh dijadikan sebagai booster untuk memulihkan kembali semangat seorang jundi dalam diri kita?

Alhamdulillah, persoalan pertama telah saya huraikan dalam post tersebut. Maka insyaAllah pada kali ini, ingin saya rungkai pula persoalan kedua yang saya percaya masih menjadi tanda tanya kepada sesetengah dan mungkin semua pembaca...


Sidang pembaca yang dikasihi Allah sekalian, sebenarnya begitu banyak ayat-ayat Quran yang dapat menjana motivasi diri kita dalam menelusuri era perjuangan yang penuh mencabar ini dan InsyaAllah, saya akan sertakan di sini beberapa daripadanya yang mana saya yakin mampu meningkatkan motivasi diri anda untuk terus istiqamah memburu cinta haqiqi.


Firstly, I would like to quote a famous verse from surah al-Baqarah, mafhumnya:


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau men

girakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"."


(al-Baqarah, 286)


From the first part of this verse, we can say that all difficulties,

tests, works, responsibilities, problems and anything that Allah has burdened on us are not beyond our scope. This means that we are able to complete all those responsibilities as well as we have capability to overcome all those problems and difficulties.


The rest part of this verse is a kind of du’a that we should always recite it, ask from The Most Merciful Allah SWT not to put burden on us greater than we have strength to bear.


Kedua, sesungguhnya setiap daripada kita, Allah kurniakan dengan sekeping hati.Daripadanya, terbitlah rasa suka, gembira, benci dan sedih. Namun, sedarkah kita bahawasanya, seringkali sesuatu yang kita benci itu merupakan yang terbaik buat kita dan begitulah sebaliknya, seringkali sesuatu yang kita suka itu merupakan musibah buat diri kita.


Allah SWT telah pun menyatakan tentang hakikat ini di dalam a

l-Quran sejak 1400 tahun yang lalu, di dalam Surah al-Baqarah, ayat 216, mafhumnya:


"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."


(al-Baqarah, 216)


Maka, sidang pembaca yg dirahmati Allah sekalian, perlunya wuj

ud di dalam diri kita rasa ikhlas dan redha terhadap segala ketentuan Allah SWT yg pastinya merupakan yg terbaik buat diri kita, insyaAllah.


Thirdly, I would like to quote verse 186 from surah al-Baqarah, mafhumnya:


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepad

aKu supaya mereka menjadi baik serta betul."


(al-Baqarah, 186)



From this verse, we can conclude that Allah is indeed near to us. The guidance is there, the opportunity is there, the help is there. What we have to do is that we have to ask for the help, we ha

ve to ask for the guidance from Allah SWT with sincere and humble. That’s it. Don’t be arrogant towards Him. Obey Him and believe in Him, and insyaAllah our lives will always be in peace and harmony with the pleasure from Him..amien


Sebagai penutup kata, suka saya untuk meninggalkan para pembaca semua dengan sepotong ayat al-Quran yang merupakan prinsip hidup saya. Ayat inilah yang sering menjadi motivasi buat diri ini tatkala lemah dengan ujian-ujian Allah. Ayat inilah yang sering menjadi booster buat diri ini untuk terus istiqamah dalam malaksanakan amal islami, mengejar cinta haqiqi sekaligus memburu syurga abadi.


"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah nescaya Allah akan menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."


(Muhammad, 7)


Wallahua’lam.


~MEMBURU CINTA HAQIQI~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...