Kini saya berada di ruang tamu rumah sewa UIA, no. 20, Taman Seberang Permai 2, ditinggalkan keseorangan oleh 2 orang housemates saya. Hanya desiran angin kipas dan suara cengkerik yang setia menemani. Sesekali terdengar bunyi cicak yang tidak menyenangkan. Yang lain masih berada di hospital. Syif petang. Puas sudah merayu supaya tidak ditinggalkan, namun segalanya hanya tinggal kekecewaan (bermadah pujangga lah pulak) huhu..
Erm..kita tinggalkan dulu kisah sedih di atas.. Sekarang nak sambung kongsi pengalaman posting di HoSHAS untuk sem ni..
Hari ni merupakan hari ke-4 saya posting di wad paediatrik (Melor 1). Hmm..rasanya hari ni lagi kurang kerja berbanding semalam. Tapi hari ni dapat satu pengalaman baru.. Tadi staff nurse mintak tolong saya hantarkan sorang pesakit kanak-kanak ni pergi unit fisioterapi (UP). Umurnya baru 2 tahun setengah. Perempuan. Menariknya, berat budak ni dah mencecah 32kg dah dengan umurnya yang masih sangat kecil. Muda. Dah sampai tahap obesiti dah. Sofea namanya. Secomel tuannya.


Thanks to Sofea, saya dapat menjejakkan kaki ke UP HoSHAS buat pertama kalinya..^_^
Erm.. Sementara tunggu saat-saat akhir habis syif, saya, Ang n Nurul main-main dengan Aqram, Syafiq n Humairah. Amik gambar dengan diorang. Manja betul Aqram. Masa nak balik dah, saya secara tak sengaja, sakitkan tangan Aqram kat bahagian bekas tempat branulla dia. Apa lagi, meraung-raung lah dia dibuatnya, tambah pulak dengan suara dia yang memang dah nyaring tu. Pujuk punya pujuk, reda dah Aqram..siap nak ikut kami balik rumah lagi..huhu..

Ok, jumpa lagi di entri seterusnya.. Daa..^_^
~MEMBURU CINTA HAQIQI~
No comments:
Post a Comment