Showing posts with label Tentang Saya. Show all posts
Showing posts with label Tentang Saya. Show all posts

08 March 2011

Sayang Ayah..!


Assalamu'alaikum wbt..

Jam dah menunjukkan pukul 11.44 malam. Hari ni posting shif petang, baru je habis pukul 9 tadi. Dalam pukul 10 tadi baru sampai rumah sebab pergi beli-beli barang dapur dulu. Esok shif pagi pulak, mula pukul 7 pagi sampai 2 petang. Letih, letih..tapi update blog dulu lah..=)

Erm..entri kali ni, saya nak bagitau yang saya saaaayang ayah saya...!^_^

Hari Ahad yang lepas, saya kena hantar satu assignment ni, tapi tak siap lagi..hujung minggu tu tak sempat nak siapkan..antara sebab yang saya boleh jadikan alasan sebab saya hadiri Baitul Muslim Course anjuran Mahallah Representative Committee (MRC)..huhu.. 2 hari berturut-turut, Sabtu n Ahad..mula pukul 8 pagi hinggalah 5 petang.. So, petang n Ahad malam tu terpaksalah bersengkang mata siapkan assignment untuk dihantar pada 8 pagi esoknya (Isnin)..

Jam 9 malam, saya masih berada di mahallah..hantar adik pergi PoliSAS jap naik motor.. Then, sambung buat assignment.. Pukul 11.15 malam baru saya balik rumah naik mtor sorang-sorang.. Lalu ikut laluan bandar, sebab banyak sket kenderaan, lebih selamat.. Sampai rumah nak dekat pukul 12 dah.. Alhamdulillah, selamat sampai..

Masa sampai rumah ni, mak n ayah dah tidur, keletihan baru balik dari medang perjuangan..=) Sebenarnya, saya dah lama tak jumpa ayah, dah 2 atau 3 minggu kot.. Rindulah jugak..^_^ Bila balik rumah je, ayah tak dak..biasalah, nak pejuangkan Islam ni bukan senang..perlu korbankan masa dan tenaga..

Ni lah ayah saya..identiti dirahsiakan..huhu..
(p/s: Jangan marah ye, yah..^_^)

Ok, sampai je rumah, saya terus on laptop untuk siapkan assignment..duduk kat meja kat ruang tamu.. Sesekali, tersengguk n terlelap jugak dibuatnya.. Asam masin menjadi ubat untuk hilangkan mengantuk..sampailah pagi.. Non-stop..

Biasanya, setiap hari, mak n ayah akan bangun awal pagi untuk qiamullail (bila lah nak dapat jadi macam mak ngan ayah ni)..^_^ Seperti yang dijangkakan, ayah bangun dalam pukul 5.15 pagi.. Keluar je dari bilik (bilik mak ayah bersebelahan je dengan ruang tamu), ayah pandang saya, saya pun pandang ayah..ayah senyum sampil lambai kat saya..huhu.. Saya sengih jelah..=)

Then, ayah pergi kat saya, ayah tengok saya tengah siapkan kerja.. Rasanya, ayah boleh agak kot saya tak tidur lagi malam tu.. Ayah pun usap-usap kepala saya, picit-picit bahu saya, tengkok saya, belakang saya..best! Tapi rasa macam ayah picit tulang je..huhu.. Ayah pun cakap kat saya, "papan..!" sambil tersengih menampakkan barisan gigi ayah..=) Ni memang gelaran untuk saya sejak kecik lagi. PAPAN. huhu.. Alhamdulillah, hilang kejap rasa lenguh.. Pastu, ayah pun beredar balik masuk bilik..

Ayah memang seorang yang penyayang n memahami.. Masa zaman saya sekolah pun macam tu jugak..lebih-lebih lagi masa musim exam.. Saya biasanya akan bersengkang mata malam exam sampai pukul 4, 5 pagi untuk habiskan study.. Dan macam biasa, bila ayah bangun untuk qiamullail, ayah akan pergi kat saya, jenguk saya study jap.. Kadang-kadang tu, ayah siap amikkan air lagi..^_^

Ha, kepada bapa-bapa dan suami-suami yang berada di luar sana, contohilah apa yang baik daripada ayah saya ni ye..=)

Ok lah, tu je yang saya nak cerita pada entri kali ni..saje nak buat para pembaca jealous sebab saya dianugerahkan Allah seorang AYAH yang sangat BEST..^_^

P/s: EMAK pun BEST jugak, kita cerita di lain entri pulak lah ye..^_^

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

09 November 2010

25 Random Things about Me

Assalamu'alaikum wbt..

Alhamdulillah..semalam merupakan hari terakhir saya menduduki peperiksaan akhir semester (macam pelik je bunyinya bila sebut dalam BM..huhu..).. Harap-harap dapatlah lulus dengan cemerlang dalam semua subjek.. Untuk entri kali ni, saya nak respon tagging daripada kakak saya (Kak Mut).. Selamat berkongsi cerita..=)

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you

1. Nama penuh saya Nurussolehah binti Yusof. Saya suka sangat dengan nama yang ayah bagi kat saya ni..sebab dia sedap..^_^ Selalu orang tanya, kenapa 'Nurus'? Untuk pengetahuan semua, nama saya 'Nurussolehah' instead of 'Nurul Solehah' sebab huruf 'sod' kan huruf alif lam syamsiyah, so kena letak tanda sabdu kat atas huruf 'sod' tu.. Faham tak? Kalau tak faham, pergi bukak balik buku tajwid yang belajar masa sek rendah dulu..=)

2. Ada banyak panggilan yang kawan-kawan panggil saya. Solehah, Soleh, Nurus, Sol, Adeq.. Apa lagi yek? Ha, kalau anak sedara, panggil saya Achik (nampak muda sket, kalau panggil Mak Chik, macam tua sangat plak..) ^_^

3. Saya anak ke-4 daripada 11 orang adik-beradik. 5 lelaki dan 6 perempuan.

4. Tarikh saya dikeluarkan daripada rahim mak ialah 21 Februari 1989..

5. Lahir kat Pekan, Pahang.. Menetap di Kuantan, Pahang sampai sekarang..

6. Orang selalu cakap saya dengan kakak yang kat atas saya tu (Kak Mut) macam kembar. Siap ada yang tertukar lagi. Diorang cakap sebab muka kami ada iras (walaupun warna kulit lain..huhu..) dan suara kami pun agak sama.. Ingat lagi masa Kak Mut kawin dulu, sebesalah saya dibuatnya nak sambut tetamu kat pintu, takut diorang tersalah pengantin..huhu.. Tapi kakak saya yang sulung still tak boleh terima bila orang cakap kami macam kembar, sebab dia rasa kami tak sama pun..

7. Tokoh hidup saya ialah ayah (Yusof Embong) n mak (Faridah Kamaruddin) saya. Saya sangat sangat sangat kagum dengan mereka, dari segi akhlaq mereka, ibadah mereka, kegigihan mereka dalam perjuangan Islam dsb.. Boleh rujuk entri saya sebelum ni yang saya dedikasikan khas untuk mereka berdua.. Sayang mak ngan ayah..!^_^

8. Sekarang ni saya masih lagi belajar di UIAM Kuantan, amik Degree in Nursing. Tahun ke-2. Banyak betul cabaran bergelar student DEGREE nursing ni, terutamanya bila posting kat hospital. Ada pernah sekali tu, staff nurse cakap kat saya, "awak kan student degree, buat ni pun tak reti?" Aduh, boleh senyum je masa tu walaupun dah bergenang dah air mata sebenarnya..=)

9. Saya merupakan seorang yang sangat sensitif dan mudah terasa. Kadang-kadang gurauan daripada kawan-kawan pun boleh buat saya menitiskan air mata..walaupun sebenarnya saya tak berkecil hati sangat pun, tapi air mata tu je yang keluar sendiri.. (Boleh ke camtu??)

10. Saya suka sangat minum air sejuk n makan ais krim (walaupun dah tau tak baik untuk kesihatan)..

11. Saya ada 3 setengah orang anak sedara. Tiga-tiga pompuan. Yang setengah lagi tu tak tau lagi..hehe..

12. Ni senarai nama 11 orang adik-beradik saya. Semua nama sedap-sedap..=) Nurul Mukminah, Habibullah, Nurul Mutmainnah, Nurussolehah (Me), Syababullah, Ansorullah, Nurussyakirah, Khalilullah, Nurussobirah, Saifullah Muharrar, Nurul Iman.

13. Kami adik-beradik, bila berkumpul ramai-ramai, suka bercerita balik kisah-kisah kami adik-beradik masa kecik-kecik dulu..walaupun kisah yang sama je kadang-kadang kitorang cerita..tapi tetap best! Contohnya, kisah emak merajuk dengan kitorang, pastu kitorang intai mak dari dalam bilik air, sebab bilik air tu bersambung dengan bilik mak..haha.. Sori ye mak..ampun ampun..

14. Ni nama Facebok saya: Nurussolehah نورالصالحة

15.Masa kecik-kecik dulu, mak yang ajar membaca, mengaji, solat dsb..tak masuk tadika or pasti pun..mak lah guru pertama saya.. Time kasih, mak! Sayang mak..

16. Masa darjah 1, saya sekolah kat Sek Ren Islam al-Irsyad, dekat je dengan umah.. Darjar 2-6 tukar sek, SK Batu 3, dekat jugak dengan umah.. Adik-beradik saya sume stat blaja kat sek agama dulu, then baru pindah sek keb biasa.. Ayah cakap, kena hantar blaja kat sek agama dulu, supaya dapat basic agama n terikat dgn agama..

17. Sekolah menangah kat SMA al-Ihsan, 10km rasanya dari umah.. Form 1-5.. Sume adik-beradik saya sekolah men kat sini, walaupun ada je antara kami yang dapat tawaran masuk sek berasrama penuh.. Reason dia sama macam kat atas, agama tetap didahulukan..=) Ayah cakap, ayah nak sume masuk sek menengah agama..lepas habis form 5, nak blaja kat mana pun, ikut lah, ayah tak kisah..

18. Saya stat pakai handset masa masuk Darul Quran (DQ)..sebab mak ayah tak benarkan pakai handset selagi tak masuk institut pengajian tinggi.. Ingat lagi masa hari dapat tau diterima masuk DQ, terus tepon ayah mintak nak beli handset..esoknya, terus g kedai dgn ayah beli handset.. Ayah belikan handset, tapi saya yang bayar..=)

19. Ha, masa kecik-kecik dulu, agak syadid jugak lah mak ayah kitorang tarbiyah kitorang.. Contohnya, mak nak cucuh mancis api kat rambut sebab nak kuar kat beranda rumah tanpa pakai tudung (baru 6 tahun masa ni)..pastu, ada yang kene koyak buku rasanya sebab tak buat keje sekolah (ni bukan saya).. Tapi makin lama dah makin tak syadid dah.. Ingat lagi, masa adik-adik sek rendah dulu..kitorang siap tolong buatkan keje sekolah diorang lagi pagi-pagi sebelum g sekolah..kene tulis gune tangan kiri nak suh tulisan nampak buruk macam tulisan diorang..haha..

20. Saya pemboikot setia produk Nestle..saya takkan beli.. Tapi kalu orang bagi, saya terima lah..contohnya air Milo...

21. Saya baru je g PC fair kat Kuantan Prade ahad lepas..beli cooler, mouse n wayar USB..tapi ditaqdirkan wayar USB tu malfunction..redha...

22. Saya seorang yang pembersih..saya tak suka bilik saya serabut dan saya akan pastikan bilik saya dalam keadaan kemas terutamnya sebelum tinggalkan bilik (ni bilik kat asrama).. Kat luar bilik, saya akan pastikan kasut dan selipar saya sentiasa tersusun..

23. Saya tak suka membaca. Saya lebih suka dengar orang cerita. Maksud saya, saya lebih selesa tambah ilmu melalui pendengaran daripada pembacaan. Contoh, ceramah, usrah, dsb..

24. Orang yang tag saya ni ialah Kak Mut..

25. Ni orang-orang yang saya nak tag..6 orang je..malas nak tag ramai-ramai..=)

- Abang
- Izat
- Kakak
- Kak Mut (sebab syarat kat atas tadi kata kene tag balik rg yg tag kita)
- Alang
- Mek Ang

Fuh..akhirnya habis jugak 25 items.. Ingatkan sekejap je tadi boleh siap.. Lama jugak rupanya.. K lah.. Semoga dengan sedikit perkongsian ni, dapat merapatkan lagi ukhuwwah antara kita..^_^

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...