30 August 2010

Batal Puasa ke Tak Ni...??? (Part 1)

Assalamu'alaikum...

Erm..batal ke tak puasa ni? Boleh korek hidung ke tak yek? Kalau lelah, boleh guna inhaler tak??? Persoalan-persoalan ni sering timbul di benak fikiran kita namun seringkali tidak ketemu jawapannya.. Jadi, bersempena 20 Ramadhan ni, saya nak kongsi tentang perkara-perkara yang sering menjadi keraguan kita ini.. Agar puasa kita lebih berkualiti.. :)

Dipetik dan diedit daripada Zaharuddin.net... Sangat menarik! ^_^

1) Darah keluar dari tubuh: samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya: Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majoriti mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala. Contohnya, memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya: Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh.

Hukumnya: Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah.

Hukumnya: Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal.

Hukumnya: Terdapat dua jenis: samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Hukumnya: Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama' Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith: "Sempurnakan wudhu, basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat.

Hukumnya: Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

Zaharuddin Abd Rahman

13 Sept 2007

01 Ramadhan 1428 H

http://www.zaharuddin.net/

OK lah.. Untuk kali ni, setakat ni dulu lah ye..moga tak pening-pening dah fikir lepas ni..

"Batal ke tak puasa aku ni?"

Selamat memburu lailatul qadar buat semua sahabat-sahabat..! ^_^

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

14 August 2010

RAMADHAN.......

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua sahabat pembaca yang dikasihi sekalian...^_^

Hmm..sudah begitu lama diri ini tidak meng'update' blog yang sudah bersawang dan berhabuk ni.. Hati kata: "Nak update blog..!" Tapi otak kata: "Malasnya nak update...." Akhirnya, otak menghantar
impulse ke bahagian anggota lain mengarahkan supaya tidak melakukan tindakan untuk meng'update' blog... Namun, pada hari ini, hati telah berjaya mempengaruhi otak... YES! Blog updated...=)

Ha, bersempana bulan Ramadhan yang penuh barakah ni, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman berpuasa masa kecik-kecik dulu dengan anda semua. Dalam keluarga, kami telah dididik oleh mak dan ayah untuk mula berpuasa seawal usia 5 atau 6 tahun lagi. Di peringkat awal, metodologi yang digunakan ialah bangun sahur lambat dan hanya perlu puasa setengah hari je. So, mudah je lah kan untuk seorang budak kecil berpuasa. Apabila sudah nampak serasi, tempoh berpuasa pada setiap hari ditingkatkan sedikit demi sedikit sehinggalah kami mampu untuk puasa penuh sehari. Natijahnya, seawal usia darjah 1 atau 2, kebanyakan
kami sudah berjaya puasa 1 bulan penuh..! Credits to mak and ayah...

Inilah wajah bersih kedua emak dan ayah saya yang sangat-sangat berjasa dalam mendidik saya mengenal Islam

Tapi yang lucunya, masa kita kecik tu, tak tau plak kena sahur sebelum subuh, puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari, bukak puasa lepas Maghrib dsb... Just ikut je mak cakap.. Bila dah besar dan tengok adik-adik plak yang melalui fasa tersebut (sahur lambat dan bukak puasa awal), rasa nak tergelak je..kelakar sebab puasa tak cukup syarat rupanya...=)

Ha, ni Nurul Iman, adik bongsu saya. Baru berusia 6 tahun. Setakat yang saya balik rumah masa Ramadhan ke-2 hari tu, mak tak ajar lagi dia puasa. Coming soon kot...=)

Hebat kan metodologi dakwah dan tarbiyah yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya kepada kita.. Step by step. Don't rush! If not, your mad'u (sasaran dakwah) will run from you. Your mad'u will refuse to follow you. Isn't it..??? Same goes to solah and other islamic teachings.. This method can also be applied when doing dakwah fardhiyyah.. Nice right??

Ha, satu lagi,
part yang paling best skali bila dah habis puasa ni, mesti dapat duit raya yang baaaaanyak daripada ayah...seronok sangat..! Ni juga konsep yang diajar dalam Islam.. Bila buat kebaikan, kita akan dibalas dengan kebaikan jugak.. Bila beribadah, kita akan diberikan pahala oleh Allah.. Bukan menjadikan ganjaran sebagai sasaran tetapi jadikan ganjaran sebagai motivasi untuk kita beribadah dan tingkatkan lagi kualiti dan kuantitinya.

Erm..setakat ni je kot perkongsian kita kali ni. Seandainya anada merasakan metod ini sesuai, bolehlah di'apply' untuk mendidik adik-adik, anak-anak dan mungkin bakal anak-anak anda nanti.. Selamat mencuba..!

Ni malam raya tahun 2009..last day puasa.. Bahagianya dapat bukak puasa berjemaah bersama famili...^_^

RAMADHAN KARIEM..!

~ MEMBURU CINTA HAQIQI ~


28 March 2010

Jom Heboh di Kelantan.. Hiburan Cara Islam....

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 28 Mac: Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.

“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka dibahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” ujarnya ketika ditemui selepas berakhir konsert Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi.

Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan insya Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan,” kata beliau.

Beliau juga berkata walaupun program Jom Heboh hanya diadakan dua hari tetapi dari segi pendapatan peniaga ia amat menggalakkan sehinggakan ada beberapa gerai jualan kehabisan barangan sebelum berakhir program.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar kanan) berkata, pihak penganjur telah sanggup untuk mematuhi peraturan yang kerajaan tetapkan dan tidak menafikan masih terdapat beberapa kes terpencil dalam perlaksanaannya kali ini.

“Saya akui masih terdapat banyak perkara yang perlu dibetulkan dalam penganjuran kali pertama ini dan insya Allah ia akan dibincangkan dengan penganjur sekiranya mereka ingin adakan tahun hadapan di sini,” katanya.

Kerajaan memandang serius dalam meluluskan mana-mana agensi mahupun syarikat yang ingin adakan pertunjukan mahupun hiburan kerana memikirkan terhadap kesannya terlebih dahulu.

“Kita lihat dalam penganjuran konsert hiburan pentas yang diadakan malam ini, penonton telah diasingkan dalam tiga peringkat iaitu kaum lelaki, perempuan dan juga berkeluarga (gambar bawah) dan menampilkan hanya penyanyi lelaki sahaja,” ujar beliau lagi.

Walaupun ini kali pertama konsert yang tidak ada artis wanita, namun ia amat berjaya dan stadium dipenuhi orang ramai yang dianggarkan hampir 40,000 hadirin yang menampilkan artis lelaki seperti Jamal Abdillah, Jay Jay, Yassin, Kumpulan Raihan termasuk Megat Nordin.

Kelantan sememangnya tidak menghalang mana-mana pihak untuk tampil untuk mengadakan pelbagai bentuk hiburan, namun ia mestilah mematuhi enakmen hiburan negeri yang telah menjadikan dasar Islam sebagai garis panduan.

Setiap kali masuk waktu Maghrib, azan telah dikumandangkan dan penyediaan tempat solat yang banyak juga turut memberi keselesaan kepada pengunjung.

Dipetik daripada: http://www.harakahdaily.net

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

21 February 2010

Raya Cina di Terengganu!

Bismillahirrahmanirrahim...

Erm..entri kali ni, saya nak ceritakan tentang saat-saat kami sekeluarga melawat ke rumah saudara-saudara di Terengganu pada 15hb yg lalu (Isnin). Sangat indah dan bermakna! Inilah nikmat berkeluarga dan bersaudara..

Kami memulakan perjalanan dari rumah (Kuantan) pada jam 9 pagi. Semua ikut, termasuklah mak, ayah, 11 adik-beradik, 3 anak saudara dah 1 abg ipar (Abg lang), tapi Abg Long (abg ipar) tak ikut sebab ada urusan kat Kelantan. Ada 3 kereta semuanya: kerata 1 ayah bawak, kereta ke-2 abang Habib bawak dan kereta ke-3 Abang lang bawak..

Ha, perkenalkan..this is my driver, abg Habib..=)

Pada jam lebih kurang pukul 12.30 tengahari, kami dengan 3 buah kereta sampai di rumah Mak Long (kakak sulong ayah) di Kg. Kesom, Manir. Alhamdulillah, perjalanan yang tidak lah meletihkan sangat (sebab diselang-seli dengan tidur kot..)...^_^

Viva: ayah bawak, 2 iswara: Abang & Abg Lang bawak

Sesampai je kat rumah Mak Long, lebih kurang 15 minit lepas tu, terus makan tengahari. Mak Long masak nasi dagang, inilah hidangan istimewa Mak Long setiap kali balik kampung..=) Sementara tunggu makanan ready, kami makan ais krim 'vanila bersalut coklat' yang ayah belanja.. Nikmat betul dapat makan ais krim di tengahari yang panas ni! Alhamdulillah..

Semua dah kekenyangan.. Masa ni, ayah dah pergi beradu..recharge tenaga untuk drive malam pulak...=)

Selesai je makan, ada yang pergi berehat, mandi, ziarah haiwan-haiwan ternakan dan tak kurang jugak yang ambil kesempatan yang singkat ni untuk berbual mesra sesama keluarga dan sanak-saudara (skema lah plak)..

Rancak berbual nampak.. Apa lah agaknya yang digelakkan tu?

Setelah selesai solat jama' taqdim qasar Zohor & Asar berjemaah, kami ambil kesempatan masa yang ada untuk berehat. Then, tibalah waktu petang yang lebih menyeronokkan. Kami makan pisang goreng, ubi keledek dan keropok lekor secara berjemaah..tak lupa juga fresh syrup buatan kakak.. Menyegarkan sungguh!

Erm..masa ni, ayah & mak pergi ziarah Ust. Harun Taib yang sedang sakit di rumah beliau, tak jauh dari situ.. Tapi, jangan risau..makanan untuk mak & ayah kami dah simpankan...=)

Berseleranya kakok (baju merah) n Ansor (baju kuning) makan...

Inilah cara makan yang diajar Rasulullah..secara berjemaah..=)

Setelah selesai makan, tibalah masa untuk beriadah (macam terbalik je, makan dulu, baru exercise)... Apa-apa pun, waktu main badminton ni sangat-sangat seronok. dah lama sangat dah kitorang adik-beradik n sepupu tak main sama-sama.. Saksikanlah aksi-aksi kitorang ye..!

Selain main badminton, ada jugak yang main basikal.. (Sobirah n Iman)

Para penyokong yang setia.. Macam-macam riak wajah ada..huhu..

Nampaknya penyokong-penyokong kita masih lagi setia memberi semangat kepada pemain pilihan masing-masing..

Ni apa hal pulak ni? Musykil-musykil..

Ha, kat bawah ni ada beberapa aksi menarik yang sempat dirakamkan... Mula-mula perlawanan single dulu, satu lawan satu..

Angoh (sepupu) tengah berentap dengan Abang (kemeja gelap)..ada gaya pro tak???

Ai, tadi dah ada gaya pro...ni macam nak sodok tanah je..huhu..

Ni dah macam nak main baseball lah plak ni..

Aksi apa ni, Abg Lang (abg ipar)? Siap dengan kain pelikat lagi, kesan tarbiyah DQ kot..huhu..=)

Eh, Ansor buat aksi apa tu? Action lah tu dapat tambah mata..

Ceh, Khalil pun (yang menghadap kamera) nak tunjuk hebat jugak.. Hmm..boleh lah..

Ok lah, setakat tu sahaja aksi-aksi untuk perlawanan single. setelah perlawanan single tamat, kami buat pulak perlawanan secara bergu..

Hmm..tak dak net, basikal pun jadilah.. Kreatif lagi inovatif..=)

Kelihatan pasangan bergu suami isteri (Kak Mut & Abg Lang) sedang fokus menunggu bola..

Ha, ni juara untuk perlawanan bergu.. Eh, betul ke juara? Ye kot.. Gandingan mantap Mak Tie (mak saudara bongsu) & Syabab (adik)

Huhu...nampaknya 2 pengadil jemputan kita sedang khusyuk mengira mata bersama anak-anak mereka.. Entah bertauliah ke tak ni.. Asyik 'outside' je..haha..

Keletihan bermain @ beriadhah tak menghalang kami untuk terus sama-sama bergotong-royong alihkan timbunan papan-papan n kayu-kayu ke belakang rumah.. Kayu-kayu ni Mak Long nak guna untuk buat reban ayam.. Boleh lah kitorang makan ayam kampung sokmo lepas ni ye, Mak Long! ^_^

Kelihatan 2 jejaka hanya melihat sahaja sambil tersenyum... (jangan marah ye) ^_^

Setelah selesai semua kerja, kami bersiap-siap untuk solat jama' taqdim qasar Maghrib & 'Isyak. Setelah bersalam-salaman, sekitar jam 8.15 malam, kami meneruskan perjalanan ke Pasir Panjang. Perjalanan ke sana hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Setibanya di sana, kami berjumpa, bersalam-salaman dan bertukar khabar dengan keluarga tok saudara n Ayad De (ayah saudara)..

Di Kg. Gong Penaga, Pasir Panjang

Tak lama selepas tu, kami terus bertolak pulang ke rumah di Kuantan sekitar jam 10 malam. Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah sekitar jam 1.30 pagi. Ha, apa lagi, masa untuk tidur!

Tamatlah sudah percutian kami seharian di Terengganu bersama keluarga dan sanak-saudara. Agak penat tetapi amat menggembirakan. Inilah hikmahnya apabila kita bersaudara dan berukhuwwah kerana Allah..

Buat akhirnya, marilah sama-sama kita hayati lirik nasyid Kasih Sayang nyanyian kumpulan De Hearty...

Umpama air yg mengalir

Sentiasa seiringan satu haluan

Itulah hakikatnya kasih-sayang

Yang mekar subur di hati kita


Kasih-sayang bak bunga di taman

Harus dijaga dan dibajai

Pastikan ia subur sentiasa

Agar harumannya dapat dirasai


Kasihlah kita sesama manusia

Seperti kasih baginda pada kita

Abadikanlah di dalam jiwa

Kerana itulah kewajipan kita


Hapuskanlah segala persengketaan

Eratkan kembali persaudaraan

Jalinkan kemesraan antara kita

Syurga abadi menanti di sana


Mari kita rapatkan ukhuwwah

Kerana itulah tuntutan agama

Pasti kita akan bahagia

Hidup aman dan sejahtera


Sekian dulu dari saya, hargailah saudara-saudara anda!


~MEMBURU CINTA HAQIQI~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...