| Mohd Nor Yahya |
|
KOTA BHARU, 28 Mac: Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, berkata pihaknya tiada sebarang masalah untuk mematuhi peraturan enakmen hiburan di Kelantan dan akan menggunakan format pengasingan penonton seperti di negeri ini apabila bertandang ke Johor nanti dalam siri jelajah Jom Heboh seluruh negara tahun ini.
“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka dibahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” ujarnya ketika ditemui selepas berakhir konsert Jom Heboh di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam tadi. Beliau juga melahirkan rasa kagum di atas sambutan yang amat menggalakkan dan setakat ini Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya dalam mengadakan program Jom Heboh yang berakhir malam tadi. “Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan insya Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan,” kata beliau.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar kanan) berkata, pihak penganjur telah sanggup untuk mematuhi peraturan yang kerajaan tetapkan dan tidak menafikan masih terdapat beberapa kes terpencil dalam perlaksanaannya kali ini. “Saya akui masih terdapat banyak perkara yang perlu dibetulkan dalam penganjuran kali pertama ini dan insya Allah ia akan dibincangkan dengan penganjur sekiranya mereka ingin adakan tahun hadapan di sini,” katanya. Kerajaan memandang serius dalam meluluskan mana-mana agensi mahupun syarikat yang ingin adakan pertunjukan mahupun hiburan kerana memikirkan terhadap kesannya terlebih dahulu. “Kita lihat dalam penganjuran konsert hiburan pentas yang diadakan malam ini, penonton telah diasingkan dalam tiga peringkat iaitu kaum lelaki, perempuan dan juga berkeluarga (gambar bawah) dan menampilkan hanya penyanyi lelaki sahaja,” ujar beliau lagi.
Kelantan sememangnya tidak menghalang mana-mana pihak untuk tampil untuk mengadakan pelbagai bentuk hiburan, namun ia mestilah mematuhi enakmen hiburan negeri yang telah menjadikan dasar Islam sebagai garis panduan. Setiap kali masuk waktu Maghrib, azan telah dikumandangkan dan penyediaan tempat solat yang banyak juga turut memberi keselesaan kepada pengunjung. Dipetik daripada: http://www.harakahdaily.net ~MEMBURU CINTA HAQIQI~ |
28 March 2010
Jom Heboh di Kelantan.. Hiburan Cara Islam....
21 February 2010
Raya Cina di Terengganu!
Erm..entri kali ni, saya nak ceritakan tentang saat-saat kami sekeluarga melawat ke rumah saudara-saudara di Terengganu pada 15hb yg lalu (Isnin). Sangat indah dan bermakna! Inilah nikmat berkeluarga dan bersaudara..
Kami memulakan perjalanan dari rumah (Kuantan) pada jam 9 pagi. Semua ikut, termasuklah mak, ayah, 11 adik-beradik, 3 anak saudara dah 1 abg ipar (Abg lang), tapi Abg Long (abg ipar) tak ikut sebab ada urusan kat Kelantan. Ada 3 kereta semuanya: kerata 1 ayah bawak, kereta ke-2 abang Habib bawak dan kereta ke-3 Abang lang bawak..
Viva: ayah bawak, 2 iswara: Abang & Abg Lang bawak
Semua dah kekenyangan.. Masa ni, ayah dah pergi beradu..recharge tenaga untuk drive malam pulak...=)Erm..masa ni, ayah & mak pergi ziarah Ust. Harun Taib yang sedang sakit di rumah beliau, tak jauh dari situ.. Tapi, jangan risau..makanan untuk mak & ayah kami dah simpankan...=)
Para penyokong yang setia.. Macam-macam riak wajah ada..huhu..
Nampaknya penyokong-penyokong kita masih lagi setia memberi semangat kepada pemain pilihan masing-masing..
Ni apa hal pulak ni? Musykil-musykil..
Hmm..tak dak net, basikal pun jadilah.. Kreatif lagi inovatif..=)
Ha, ni juara untuk perlawanan bergu.. Eh, betul ke juara? Ye kot.. Gandingan mantap Mak Tie (mak saudara bongsu) & Syabab (adik)
Kelihatan 2 jejaka hanya melihat sahaja sambil tersenyum... (jangan marah ye) ^_^Tamatlah sudah percutian kami seharian di Terengganu bersama keluarga dan sanak-saudara. Agak penat tetapi amat menggembirakan. Inilah hikmahnya apabila kita bersaudara dan berukhuwwah kerana Allah..
Buat akhirnya, marilah sama-sama kita hayati lirik nasyid Kasih Sayang nyanyian kumpulan De Hearty...
Umpama air yg mengalir
Sentiasa seiringan satu haluan
Itulah hakikatnya kasih-sayang
Yang mekar subur di hati kita
Kasih-sayang bak bunga di taman
Harus dijaga dan dibajai
Pastikan ia subur sentiasa
Agar harumannya dapat dirasai
Kasihlah kita sesama manusia
Seperti kasih baginda pada kita
Abadikanlah di dalam jiwa
Kerana itulah kewajipan kita
Hapuskanlah segala persengketaan
Eratkan kembali persaudaraan
Jalinkan kemesraan antara kita
Syurga abadi menanti di sana
Mari kita rapatkan ukhuwwah
Kerana itulah tuntutan agama
Pasti kita akan bahagia
Hidup aman dan sejahtera
Sekian dulu dari saya, hargailah saudara-saudara anda!
~MEMBURU CINTA HAQIQI~
18 February 2010
Campylobacter jejuni < cont... >
1) On the Farm
- Control of Campylobacter contamination on the farm may reduce contamination of carcasses, poultry, and red meat products at the retail level.
- Strict hygiene reduces intestinal carriage in food-producing animals.
- Poultry flocks that drank chlorinated water had lower intestinal colonization rates than poultry that drank unchlorinated water.
- Treatment of chicks with commensal bacteria and immunization of older birds reduced C. jejuni colonization.

2) At Processing
- Slaughter and processing provide opportunities for reducing C. jejuni counts on food-animal carcasses.
- Bacterial counts on carcasses can increase during slaughter and processing steps.
- In one study, up to a 1,000-fold increase in bacterial counts on carcasses was reported during transportation to slaughter.
- In studies of chickens and turkeys at slaughter, bacterial counts increased by approximately 10- to 100-fold during defeathering and reached the highest level after evisceration.
- However, bacterial counts on carcasses decline during other slaughter and processing steps.
(Altekruse, 2005)
Islamic Point of View
Islam teaches us many etiquette's of eating and drinking. The Prophet s.a.w. made a point of developing remarkably clean and healthy eating habits among his followers:
- Wash hands before and after eating
- Start eating with the praise of Allah
- Eat using the right hand
- Not to eat until really felt hungry
- Not to eat and drink excessively
From all that has been mentioned, the importance of healthy eating, a balanced diet and hygiene can be understood in the light of the Quran and Sunnah, where Islam has prohibited certain foods due to their ill effects and permitted all other pure, good and clean food products (Diet in Islam, n.d.).
Allah Ta’ala says in the Noble Qur’an:
(al-Baqarah, 2:172)
Rasulullah also said that:
~MEMBURU CINTA HAQIQI~
11 February 2010
Campylobacter jejuni
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca. Salam sayang daripada saya.
Kali ni, saya ingin berkongsi dengan semua tentang sejenis bakteria yang boleh menjangkiti Gatrointestinal tract (tak tau dalam BM lah) kita. Bakteria ni telah saya jadikan bakteria pilihan saya untuk assignment subjek Microbiology. Nama bakteria ni ialah Campylobacter jejuni.
Infectious Diseases
Campylobacter jejuni can cause a spectrum of disease including gastroenteritis, proctitis, septicaemia, meningitis, abortion and autoimmune disease such as Reiter’s arthritis and Guillain-Barre syndrome (GBS). The most common clinical syndrome seen in humans infected with C. jejuni is gastroenteritis (jangkitan dalam laluan pemakanan kita). In most individuals, C. jejuni-associated gastroenteritis is self-limiting, resolving within a week unless underlying illness is present such as human immunodeficiency virus (HIV) infection.
Routes of Transmission

Figure: Source of transmission of C. jejuni. Top boxes: Animal reservoirs and sources of infection (the sheep has just given birth to a dead campylobacter-infected lamb). Left-hand box: Transmission by direct occupational contact (farmer, butcher, poultry processor). Right-hand box: Transmission by direct domestic contact (puppy or kitten with campylobacter diarrhoea; intrafamilial spread mainly from children). Central box: Indirect transmission through consumption of untreated water, raw milk, raw or undercooked meat and poultry, food cross-contaminated from raw meats and poultry; possible transmission from flies.OK lah..setakat ni sahaja perkongsian saya kali ini. Untuk post akan datang, saya akan cerita pula bagaimana langkah pecegahan yang kita boleh ambil untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh bakteria Campylobacter jejuni ni....
Salam sayang..^_^
~MEMBURU CINTA HAQIQI~






