01 August 2009

Vaksin H1N1 Dah Ada..!

Bismillahirrahmanirrahim..

"Salam. Latest news from KoN: Cuti till ahad dpn, dah diconfirmkan rector uia himself. So jumpe korg sume kat clas ari isnin depan yea! Take care! Fwd pls.."

Inilah latest message yang diterima aku tengahari semalam..
Terkejut pun ada, kecewa pun ada, seronok pun ada.. Terkejut sebab macam serius je virus selesema, batuk dan demam yang menjangkiti majoriti daripada kitaorang (students nursing first year).
Kecewa sebab nanti mesti banyak kelas yang kene ganti.

Seronok sebab boleh cuti lama..

Salah seorang daripada mangsa jangkitan virus demam tu adalah aku. Tapi, nasib baik sehari je demam. Namun, bermula kelmarin, aku dijangkiti p
ula virus selesama dan batuk sikit-sikit. Sekarang ni selesema je..



Namun begitu, alhamdulillah, setakat yang diketahui, belum ada lagi budak kelasku yang dijangkiti virus H1N1. Moga kita semua sentiasa berada di bawah naungan dan perlindungan Allah SWT daripada segala macam penyakit yang kian parah merebak mutakhir ini..

Berbalik kepada tajuk entri saya kali ini, vaksin kepada virus H1N1 dan malah segala macam jenis penyakit sebenarnya sudah ada sejak awal lagi. Kita sering lupa bahawa Rasulullah SAW telah bersabda bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Kita juga sering mendengar ungkapan "Doa itu senjata orang mukmin". Begitu juga dalam al-Quran, Allah telah menyatakan bahawa Dia akan memakbulkan permintaan orang yang berdoa.



وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungghuhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."

(al-Baqarah, 2:
186)


Ya, mungkin secara zahirnya, vaksin untuk virus H1N1
masih belum diperolehi. Ubat untuk H1N1 masih belum ditemui. Namun, kita perlu ingat bahawa Allah lah kunci penawar kepada segala macam penyakit. Maka, tidak ragu lagi bahawa vaksin dan penawar terbaik buat virus ini buat masa ini merupakan DOA orang mukmin itu sendiri.



Justeru, saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat pembaca sekalian untuk membaca doa Rasulullah di bawah sebagai pencegah kepada segala penyakit, bahaya dan kejahatan. Bacalah sebanyak 3x, setiap pagi dan petang. Ajarkan lah kepada ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang lain. Yakinlah dengan pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT.


بِسْمِ اللهِ الَّذِى لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهو السَّمِيْعُ الْعَلِيمُ

"Dengan nama ALLAH yang tidak dapat mendatangkan mudarat dengan namaNYA oleh sesuatu yang ada di bumi dan di langit. Dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
"


أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ

"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALlah yang sempurna daripada kejahatan/keburukan makhluk."


Say YES to DU'A..!


~MEMBURU CINTA HAQIQI~

30 July 2009

Sanah Helwah, ya Jamilah Mahbubah..! (^_^)


Salamullahi 'alaikum wa rahmatuhu wa barakatuh
..

Erm..entri kali ni cuma nak wish birthday, istimewa buat anak saudara pertama yang tersayang..! Tanggal 23 Julai 2009 yang lalu, umur dia dah genap 1 tahun.. Nur Syifa' Izzati merupakan hasil perkongsian hidup kakak (Nurul Mukminah binti Yusof) dan abang Long (Ahmad Najmul Khairi bin Mahmud Zuhdi).. Semoga mereka, terutamanya Syifa' sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan maghfirah Allah SWT..


Happy Birthday Myspace Comments

Di bawah ni, ada disertakan gambar-gambar syifa'... what a cute niece..!


1st day

4th day

Syifa' bergaya dengan baju yang dihadiahkan olehku

Anak mithali

Anak solehah

Syifa' bergaya dengan kasut baru

Sedapnya makan timun..!

Ni abi lah ajar makan timun ni...

Comelnya!

Syifa' bersama bot Sponge Bob

Syifa' mandi dengan Abi

Syifa' mandi dengan Ummi...
Kenapa monyok je tu Syifa'..?

Syifa' ma'a Abi wa Ummi


Buat renungan bersama..
Setiap kali tibanya ulang tahun kelahiran kita..
Ingatlah sahabat-sahabat sekalian..
Itu tandanya kita semakin dekan dengan kematian..
Itu tandanya kita semakin hampir dengan Hari Akhirat yang dijanjikan oleh Allah..

Oleh itu..
Marilah sama-sama kita muhasabah kembali diri kita..
Marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan kita..
Agar Syurga Allah menjadi tempat pertemuan kita yang kekal abadi di Akhirat kelak..
Amien..


HAPPY BIRTHDAY, SYIFA'...!
Teristimewa daripada Achik Solehah..




~MEMBURU CINTA HAQIQI~

17 July 2009

Perginya Sahabat Seorang Pejuang

Bismillah wa Syukran lillah..

Alhamdulillah, di kala menulis entri kali ini, aku masih lagi dikurniakan oleh Allah nikmat oksigen, mengizinkan aku terus hidup di muka bumi ini dengan matlamat untuk beribadah kepadaNya.

"Adeq, dah dapat message ni??"

Dengan nada dan ekspresi muka yang cemas dan terke
jut, Kak Ucu bertanya kepadaku sambil menunjukkan message yang tertera di skrin handsetnya.

"Innalillahi wa inna ilahi raji'uun.."


TERKEJUT, SEDIH & TAK PERCAYA...


Itulah perasaan yang dapat aku gambarkan keti
ka itu, tatkala mendapat berita pemergian seorang sahabat seperjuangan, allahyarham Muhammad Nabil bin Marwan, pada 2 Julai 2009, jam 11.45 malam..

Suasana yang pada awalnya penuh dengan keceriaan, ketika menunggu bas di perkarangan UKC 2 bersama Naimah dan Farihah, untuk ke Program M
otivasi MRC di Pulau Sibu telah bertukar menjadi sunyi dan sayu. Perasaan tidak percaya aku akan berita itu telah mengundang aku untuk mengkonfemkan berita tersebut dengan sahabat lain..

"Na'am"

Itulah message reply yang aku dapat daripada sahabat tersebut, lantas mengesahkan pemergian Nabil buat selama-lamanya dari dunia ini...


Kalau diikutkan hati, ingin sahaja aku membatalkan menyertai Program Motivasi pada malam tersebut demi menghadiri majlis pengkebumian Nabil, bersama keluarga beliau dan sahabat-sahabat yang lain.. Namun, aku tau itu bukanlah keputusan yang terbaik yang sepatutnya aku buat.. Aku kuatkan juga hati untuk pergi demi meraikan dan menjaga hati sahabat-sahabat MRC serta staff yang lain, setelah program Cambodia '09 dipostpone. Hanya bait-bait doa dan al-Fatihah yang mampu aku sedekahkan buat beliau..


Walaupun begitu, jauh di sudut hatiku, aku bersyuk
ur kerana sempat menziarahi arwah bersama dengan sahabat-sahabat yang lain, 2 hari sebelum pemergiannya. Aku bersyukur kerana Allah lebih sayangkan arwah, dengan memanggilnya lebih awal agar dia tidak terus menderita kesakitan bertarung nyawa melawan penyakit yang dihadapinya selama lebih satu bulan. Walaupun doktor sendiri belum begitu jelas tentang penyakit sebenar yang dihadapinya, setakat yang diketahui ketika itu, Nabil menghidap penyakit Aplastic Anaemia, iaitu kegagalan penghasilan sel darah yang menyebabkan pengurangan bilangan sel darah termasuklah sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Hal ini menyebabkan organ-organ dalamannya rosak kerana tidak menerima bekalan darah yang mencukupi.



Sehingga pada awal kemasukan ke Kampus UIA Kuantan yang lalu, aku masih lagi seolah-olah tidak percaya bahawa Nabil sudah tidak lagi bersama-sama kami, berjuang demi menambah ilmu di dada sekaligus memartabatkan Islam di dalam masyarakat.. Macam-macam insiden yang mengingatkan kepada beliau.. Antara pengalaman bersama beliau adalah ketika sama-sama berada dalam MRC di Asasi PJ..

Nabil merupakan seorang yang sangat cintakan Islam dan para ulama', sebagai tanda cintanya akan Allah dan Rasul-Nya.. Beliau juga merupakan seorang yang sangat murah dengan senyuman.. Semoga pemergiannya pada malam barakah, malam Jumaat yang mulia, bakal menempatkan beliau bersama para Nabi, siddiqqin, syuhada' dan solihin. Walaupun Nabil sudah tiada di mata kita, moga beliau terus hidup di sisi Allah SWT..


Renungan buat kita semua, hidup dan mati itu berada di bawah kekuasaan Allah. Mungkin kita masih hidup di saat ini, namun kita belum tahu adakah kita masih hidup pada saat seterusnya..adakah kita masih sempat membaya hutang-piutang kita..adakah kita masih sempat mengotakan segala janji-janji kita..adakan kita masih sempat memohan maaf daripada sahabat-sahabat kita..adakah kita masih sempat menggembirakan hati ibubapa kita.. Dan yang paling utama, kita belum tahu adakah kita masih sempat memohon ampun dan bertaubat pada yang Maha Pencipta, Allah 'azza wa jalla..


Mati itu pasti akan dirasai oleh setiap yang hidup sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah dalam al-Quran. Oleh itu, saya seru diri saya dan sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah sekalian, marilah kita sama-sama menyiapkan diri demi menghadap Allah SWT...saat yang kita belum pasti bilakah ianya akan tiba..

P/s: Sedekahkanlah secebis al-Fatihah dan rangkap-rangkap doa buat Allahyarham Nabil dan sahabat-sahabat lain serta seluruh kaum Muslimin yang telah pergi buat selama-lamany dari dunia yang fana' ini..

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

15 June 2009

I've Been Tagged (2nd)


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang dan ruang oleh Allah untuk menunaikan hajat seorang sahabat..

Sebelum saya menjawab tag ni, marilah sama-sama kita hayati dan tadabbur ayat-ayat aQ di bawah:

"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."


(as-Soff, 61: 1-4)


Ok. Sekarang saya akan jawab tag ni..

1) Beside ur lips,where is the favourite spot to get kissed?
- Ermm..i don't feel to answer dis question..sorry!


2) How did u feel when u woke up this morning?

- Hmm..forgot already..

3) Who was the last person / people you took photo with?

- With my siblings outside Masjid Kristal..


4) Would u consider urself spoiled?

- No. Bcoz i know da purpose of my creation n i'll try to fulfill it, insyaAllah..


5. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?

- No!

6. Do you want someone to be dead?
- I don't think so..let Allah decide it..


7. What does your last text message say?
- Erm.. I think it's better 2 let it juz be a secret..


8. What are you thinking right now?

- I'm thinking on how 2 answer dis question..

9. Do you want someone to be with you right now?

- Yes. All those who I love..


10. What was the time you went to bed last night?

- After 12, I think.. (not sure)


11. Where did you buy the tee you are wearing now?

- I don't think dat i can answer dis quesion.. Bcoz i dunno what is da meaning of tee..huhu..

12. Is someone on your mind right now?

- The one who give dis tag to me.. (hmm..)

13. Who was the last person who text you ?

- Kak Mar (my senior)..


TEN Lucky Person to do this quiz?

- I've been thinking on how 2 answer dis question.. but, sorry 2 say dat there's no lucky person..huhu.. (meaning dat i dun have to answer da remaining questions..haha.. bijak2..!)


14. Who is no.2 having a relationship with?
15. Is no.3 a male or a female?
16. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
17. What is no.1 studying about?
18. When was the last time you chatted with them?
19. Is no.4 single?
20. Say something about no. 2.
21. What do you think about no.3 & no.6 being together?
22. Describe no.9.
23. What will you do if no.6 and no.7 fight ?
24. Do you like 8?

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."


(al-Ahzab, 33:72)

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

14 June 2009

I've Been Tagged (1st)


Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, masih diberi nikmaat hidup oleh Allah untuk terus berkhidmat untuk-Nya..

Ni tag pertama yang saya terima. Tak tau lah 'tag' ni apa sebenarnya, hentam saja lah.. Dah lama dah ditag ni sebenarnya, baru nak buat.. Sorry, mynn..!

1)Bekas kekasih saya adalah..
- Setakat ni takde lagi yg dah jadi 'bekas'.. Sume kekasih saya masih still jadi kekasih saya.. Guess who..?

2)Saya sedang mendengar..
- Adik Ansor jerit dari dapur kat adik Sobirah yg ada di ruang tamu: "Sobirah, basuh pinggan.."
- Dia jerit lagi : "Sobirah, susah sangat ke?"
- Sobirah jawab: "Tengah gosok baju.."
(pastu diorang tak jerit2 dah..huhu..)

3)Mungkin saya patut..
...siapkan jugak tag ni, sian kat mynn.. (Sorry again, mynn..)

4)Saya suka..
...berukhuwwah..

5)Sahabat-sahabat saya...
...sume sayang kat saya..! (jo lo ko?)

6)Saya tak paham..
..tag2 ni apa sebenarnya...?

7)Saya kehilangan..
...idea nak jawab camne soklan ni..

8)Ramai yang berkata..
...kata.

10)Cinta itu adalah..
...cahaya sanubari, kurniaan Tuhan, fitrah insani... (ada sejarah hitam di sebalik lagu ni..huhu.. mynn takkan tak tau?)

11)Di suatu tempat, seseorang sedang..
...berhempas pulas menyiapkan tag dari sahabatnya (sape lah ni ye?)

12)Saya akan cuba..
...jugak siapkan tag ni..

13)Ayat SELAMANYA membawa maksud..
...everlasting (teringat plak kat pasaraya Everlasting kat KKB..huhu)

14)Telefon bimbit saya..
...jenama Nokia 6300

15)Bile saya terjaga..
...saya sokmo lupa baca doa bangun tidur.

16)Saya paling meluat..
...dengan org bercouple sebelum kawin.. (iiee..memang takleh terima..! Na'uzubillahi min zalik..)

17)Pesta/parti adalah..

....party in english.

18)Haiwan yang paling comel penah saya temui..
...adalah anak kambing (buang tebiat ke truelovehunter ni..)

19)Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah..
...6 tahun ke bawah.. (best, sokmo ikut ayah g surau..mse baca doa, duk ats riba ayah, syoknya!)

20)Hari ini..
...hari ahad.

21)Malam ini saya akan..
...tido (percayalah!)

22)Esok pula saya akan..
...tido lagi (bila tiba larut malam lah ye..)

23)Saya betul2 inginkan..

...hadiah bantal yg comel tu dari sesiapa yg sudi bagi kat saya. (ala, bantal bentuk love, yg lembut tu)

24)Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
...muka ngantuk sangat...tdo kul 4.30pagi. (tapi kuatkan diri jugak untuk masak sarapan pagi)

25)Pusat membeli belah atau arked permainan..
...pilihan saya adalah Mydin!

26)Makanan barat atau jepun..
...ni suruh choose or sambung ayat? (disebabkan mengelirukan, so abaikan..huhu)

27)Bilik yang terang atau gelap..
...juga mengelirukan, abaikan..

28)Makanan segera adalah..
...cekedis. (bhsa kampung)

29)Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang..

... pondok-pondok..! (tengah tengok rancangan pondok2 ni..huhu)

30)Siapa yang anda ingin tag..

-none

Sekadar renungan dan aplikasi bersama:
Sesungguhnya menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka, Allah akan menunaikan hajatnya…"
(Riwayat Muslim)


~MEMBURU CINTA HAQIQI~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...