09 September 2009

Just Think About It...!


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
One more lucky number in this month of Ramadhan....! (5555)


Ermm..sama ada kita sedar mahupun tidak, hari ini sudah mencecah 19 Ramadhan 1430 H, bersamaan 9 September 2009... Telah lebih separuh bulan kita diberi hadiah Ramadhan oleh Allah SWT... Adakah kita benar-benar menghargainya??? Renung-renungkan....



Ramadhan Bulan Berkat

Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa

Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan

Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

Munsyid : HIJJAZ


~MEMBURU CINTA HAQIQI~

03 September 2009

Lucky Number....<5454>


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Entri kali ini sekadar ingin berkongsi bersama para pembaca 'bilangan tetamu bertuah'..




Alhamdulillah...
Masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus berkongsi ilmu di dunia cyber ini...



~MEMBURU CINTA HAQIQI~

30 August 2009

Pedihnya! Pahitnya! ........... Manisnya!


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Setelah seminggu jari ini tidak menyentuh
keyboard demi mengupdate blog, akhirnya Allah bagi juga aku kesempatan untuk pos entri kali ini, walau dalam keadaan assignment yang masih belum disiapkan dan exam hanya berbaki 2 hari sahaja lagi...
Pedihnya! Pahitnya...!


Itulah ungkapan pertama yang menggambarkan perasaan kita apabila diuji oleh Allah. Kadang kita diuji dengan ujian yang berupa kesakitan, kadang kita diuji dengan ujian yang berupa kesedihan, kadang kita diuji dengan ujian berupa kematian dan lebih pedih lagi apabila kita diuji dengan ujian kesenangan dan keseronokan yang boleh melalaikan kita.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan pelbagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya, dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya."


(al-Baqarah, 2: 155-157)


Namun, setelah melaluinya, sama ada kita sedar mahupun tidak, pelbagai hikmah terkandung di sebalik segala ujian yang menimpa kita.

Manisnya..!


Mungkin itu pula yang kita rasa. Rasa kemanisan dalam ujian...

Satu hikmah yang ingin saya
highlightkan di sini ialah, apabila diuji, sebenarnya Allah ingin berikan peluang kepada kita untuk mendekatkan diri kita kepada-Nya. Allah ingin kurniakan kita perasaan seronok beribadah kepada-Nya. Dan Dia ingin buat kita rasa kemanisan berada dalam cinta-Nya.

Subhanallah! Cantik sungguh perancangan Allah.


Oleh itu sahabat-sahabat, yakinlah kita bahawa..

Di sebalik ujian itu, pasti terselit hikmahnya
Di sebalik kepahitan itu, pasti terselit kemanisannya
Dan di sebalik kegelapan itu, pasti ada cahaya di hujungnya
Maka carilah ia agar kita tidak kecewa...



~MEMBURU CINTA HAQIQI~

21 August 2009

~Nursing Process~ ... Ahlan Wa Sahlan, ya Ramadhan..!

Bimillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt
..

Alhamdulillah, bermulanya pada hari esok, kita semua akan sekali lagi mendaftarkan diri ke Mustasyfa Ramadhan (insyaAllah).. Jika ramai yang suka menggunakan istilah 'Madrasah Ramadhan', saya lebih suka menggunakan istilah 'Mustasyfa Ramadhan' kerana bagi saya, ianya lebih realistik.. *Mustasyfa = hospital


Apabila tiba sahaja bulan Ramadhan, pasti setiap daripada kita akan meletakkan azam untuk merawat dan mentarbiyah diri, ke arah mencapai matlamat Insan Kamil..

Justeru, suka untuk saya merumuskan satu formula 'Rawatan Diri', hasil adaptasi daripada formula Nursing Process, sebagaimana yang saya belajar di kuliyah..


1. Assessment (Pentaksiran)

Perkara pertama yang perlu kita buat ialah mentaksir atau muhasabah balik diri kita. Apa yang tak kena dengan diri kita? Periksa balik diri kita.. Apakah kelebihan yang perlu kita
improvekan dan kekurangan yang perlu kita ubah?

2.
Diagnosis (Pengenalpastian penyakit)

Kemudian, kita kenal pasti apakah 'penyakit' dan masalah sebenar diri kita? Apa yang kita nak ubah tentang diri kita? Apakah 'penyakit-penyakit' diri yang perlu kita rawat? Adakah kita telah dijangkiti penyakit hati yang serius? Dengki, riya', dendam dsb.. Adakah kita sudah jauh sangat dari rahmat Allah SWT???

3.
Planning (Perancangan)

Seterusnya, hendaklah kita merancang apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di dalam Mustasyfa Ramadhan ini. Senaraikan outcomes (hasil-hasil) yang kita ingin capai serta interventions (campur tangan/ pencelahan) yang perlu dilakukan demi merawat 'penyakit-penyakit' yang telah kita kenal pasti di atas tadi. Perlu diingat, rawatan-rawatan yang kita ingin apply ke atas diri kita, perlulah berdasarkan hasil-hasil atau target yang kita inginkan.


4.
Implementation (Pelaksanaan)

Setelah itu, segala perancangan yang telah kita senaraikan tadi wajiblah direalisasikan, agar segalanya tidaklah hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam' atau kata orang, 'cakap tak serupa bikin'.. Jangan biarkan segala perancangan kita tadi hanya sekadar tertulis kemas di atas kertas, tanpa sebarang tindakan. Kuatkan diri untuk mencapai matlamat-matlamat di atas serta banyakkan berdoa kepada Allah. Letakkanlah pergantungan yang kuat kepada-Nya, moga-moga penyakit-penyakit kita tadi berjaya dirawat dan disembuhkan dengan jayanya..

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."


(as-Soff, 61:2-3)



5. Evaluation (Penilaian)

Akhir sekali, setelah tamat setiap rawatan yang telah kita senaraikan
within tempoh yang telah kita tetapkan, penilaian perlulah dibuat. Adakah rawatan yang kita telah apply tadi berjaya menyembuhkan penyakit kita? Atau kita telah gagal dan masih sengsara menanggung penyakit yang sama? Adakah kita perlu apply rawatan lain yang lebih effevtive (berkesan)??? Segala-galanya bergantung kepada penilaian anda atau sahabat-sahabat sekeliling.
.




Sahabat-sahabat semua,

Seandainya rawatan-rawatan yang telah kita apply di sepanjang Mustasyfa Ramadhan ini tidak berjaya menyembuhkan penyakit-penyakit kita, ini bermakna kita perlu meneruskan rawatan tersebut atau merumuskan rawatan yang baru.. Teruskanlah merawat penyakit-penyakit kita, hatta setelah keluar dari Mustasyfa Ramadhan.. Seandainya rawatan-rawatan tersebut berjaya, alhamdulillah.. Tetapi perlu diingat, hendaklah kita sentiasa berwaspada agar tidak dijangkiti penyakit yang sama atau penyakit-penyakit bahaya lain terutamanya penyakit berjangkit..
Selamat mencuba!



Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Merawat Diri di sepanjang Ramadhan ini..

Ucapan RAMADHAN KARIEM ini, teristimewa saya tujukan buat Mak dan Ayah yang dicintai, adik-beradik yang disayangi, sahabat-sahabat yang dikasihi serta seluruh pembaca-pembaca yang dihargai sekalian...!

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

Alhamdulillah... <5000>


Bismillahirrahmanirrahim..
Syukran, ya Allah, lini'matika ilayya...



Moga segala usahaku ini sentiasa beroleh keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT..


Indahnya dunia ini
Megahnya alam semesta
Luasnya jagad raya
Sempurna ciptaan-Mu

Pastinya penghitungan-Mu
Tepatnya datang janji-Mu
Pastinya keputusan-Mu
Kau Maha tahu segalanya

Besarnya kurnia-Mu
Syukur akan hidayah-Mu
Tak terbilang rezeki-Mu
Limpahan berkah-Mu


~MEMBURU CINTA HAQIQI~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...