14 August 2009

Perginya Seorang Lagi Pejuang Islam (Ust Asri)


Bismillahirrahmanirrahim...

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Harakah)

Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Harakahdaily ketika menghubungi salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid itu mengesahkan berita tersebut.

Badrulhisham Jamaluddin daripada bahagian pemasaran kumpulan Rabbani mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

"Saya tidak tahu apa puncanya,"katanya yang sedang dalam perjalanan ke Hospital Pantai ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Pahlawan Nasyid

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.

Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara 'emas' itu amat sukar dicari ganti.

"Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kami, sama seperti anggota kami yang telah meninggal dunia dahulu allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut,"ujarnya dalam sebak menahan kesedihan.

Beliau seterusnya memberitahu, Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Jelasnya, walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.

"Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya perbanyakkan kumpulan nasyid.

"Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini,"ujarnya.

Ulama' nasyid

Kali terakhir bertemu dengan allahyarham dua malam lalu untuk berbincang tentang program nasyid yang bakal diadakan bersama selepas ini.

Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam,40, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama yang masyhur dalam nasyid.

"Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam,"ujarnya.

Jelas Isman lagi, beliau amat terkejut dengan berita yang baru diterima apabila salah seorang anggota Kumpulan Rabbani 'Azadan' menghubunginya memberitahu Asri sudah meninggal dunia.

"Kami macam adik beradik walaupun berlainan kumpulan sebab kumpulan nasyid mana-mana pun menuju ke arah yang sama iaitu membawa manusia ke jalan yang benar serta sentiasa mengaggungkan Allah,"ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.

"Kami juga berharap semua peminat seni nasyid tanah air supaya bersabar menerima berita yang begitu menyentuh jiwa ini,"ujarnya yang tidak dapat menahan sebak.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu. http://harakahdaily.net




Buat renungan bersama, sesungguhnya setiap daripada kita telah Allah janjikan dengan kematian. Tidak akan diawalkannya dan tidak pula akan ditangguhkannya walau sesaat. Oleh itu, marilah kita sama-sama muhasabah kembali diri kita. Sejauh manakah kita telah mengabdikan diri kita kepada Yang Maha Pencipta, sejauh manakah kita memartabatkan Islam di dalam diri kita dan masyarakat, sejauh manakah kita berjasa kepada ibubapa kita dan sejauh manakah kita menghargai sahabat-sahabat kita...???

Justeru, marilah kita sama-sama persiapkan diri kita dengan bekalan amalan yang cukup, bagi menempuh saat yang kita tidak pasti bilakah ia akan tiba...

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

(ali-Imran, 3:185)

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan."

(al-A'raf, 7:34)

P/s: Sedekahkanlah sekuntum al-Fatihah dan bait-bait doa buat Allahyarham Ustaz Asri dan sahabat-sahabat lain serta seluruh kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi buat selama-lamany dari dunia yang fana' ini..

(Teringat pulak yang orang kata muka ayah saya mirip rupa ust.Asri...)


~MEMBURU CINTA HAQIQI~

12 August 2009

Bala H1N1


Assalamualaikum wbt..

Be careful with H1N1. Virus tu very STRONG… Pesakit yang kena memang SUFFER nak RECOVER… NO VAKSIN.. Cuma ada Anti-Viral & Psylogi Mental pesakit itu sendiri untuk MELAWAN.

Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat.

Second Stage

Susah bernafas, simptom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena… Masa ni kena kuarantin at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. Hospital tak cukup katil & bilik kuarantin.

Critical Stage

Lung infection. Bila X-Ray, we can see the virus covered the lung. Very scary bila tengok x ray Pesakit H1N1. At this stage, pesakit need oksigen with highest level, Strongest Anti-Viral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, immune badan pesakit.

Very H1N1 ni genius virus.. Can HIDE in our body…difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is RM1k above. Unable detected in blood as well.. When they start action…Can kill the person if the body immune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better WEAR MASK when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec 2009. So far, hanya lelaki dewasa can fight the virus…. woman might be 70%, children most probably payah nak lawan virus ni.Take care You & Your Family.

[Note : forwardkanlah PERINGATAN ini untuk semua kawan-kawan kita yang lain. Sesunggunya, H1N1 ini merupakan satu bala dari Allah untuk mengingatkan kita kembali kepadaNYA].

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

10 August 2009

Just 4 Fun..!


Assalamualaikum
buat semua pembaca..

Untuk entri kali ini, saya hanya ingin memaparkan gambar blog saya dengan jumlah bilangan pengunjung yang agak menarik bagi saya..(4444)


Syukur pada-Mu ya Allah kerana masih memberi ruang dan peluang kepadaku untuk terus mengaplikasikan blogku ini untuk menyebarluas lagi ajaran Islam yang syumul..


~MEMBURU CINTA HAQIQI~

08 August 2009

Detik Indah dalam Hidupku

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi
nikmat hidup dan kesihatan kepadaku, dan yang paling utama nikmat Iman dan Islam, insyaAllah..

Malam semalam merupakan satu lagi detik berharga dalam hidupku. Kami sekeluarga telah mengadakan Jamuan Sambutan Hari Lahir anak saudara-anak saudaraku, Nur Syifa' Izzati (230708) dan Iffah Mardhiyyah (170808), sempena genap umur mereka 1 tahun. Happy Birthday, my cute nieces..!

Tidak lupa jugak buat ayah tercinta, selamat menyamb
ut ulangtahun pertama blog ayah..! Tanggal 8 Ogos 2008 (080808) merupakan tarikh ayah mula-mula mengorak langkah, meluaskan medah dakwah ke dunia bloggers.


Segunung kesyukuran juga aku rafa'kan kepada-Mu, ya Allah, kerana telah menganugerahkan kepadaku sebuah keluarga bahagia yang sentiasa memberikan ketenangan buat diriku.

Detik-detik indah ini aku rakamkan buat kenangan abadi, penuh memori...


Nur Syifa' Izzati

Iffah Mardhiyyah

Kek Happy Birthday buat Syifa' dan Iffah

Birthday girls

Makan berjamaah bersama keluarga sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah

Syifa' yang comel

Iffah yang pintar

Syifa' meragam

Toki menyampaikan hadiah buat Syifa' tersayang

Iffah gembira terima hadiah daripada Toki

Skaf Love istimewa buat Syifa', ikhlas daripada Achik Solehah

Skaf Love istimewa buat Iffah, ikhlas daripada Achik Solehah

Emak dan ayah merupakan anugerah paling istimewa buat diri ini..
Love U very much, Mum and Dad..!


Akhir kalam, marilah sama-sama kita menghayati bait-bait lagu di bawah. Moga kita semua dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya...

Fenomena Keluarga Bahagia
Album : Untukmu
Munsyid : All For Ummah

Semaikanlah rasa kasih sayang kita
Suburkanlah cinta sesama keluarga
Agar terjalin kehidupan yang bahagia
Itulah fenomena fitrah manusia

Ibu dan ayah adalah tunjang utama
Dalam memupuk kasih sesama keluarga
Apatah lagi kalangan sanak saudara
Rakan taulan dan juga jiran tetangga

Biasanya masalah datang bertandang
Walaupun ia tidak diundang
Dengan Allah kepada insan
Anggaplah itu satu ujian

Selesaikanlah dengan bijaksana
Jangan terlalu emosi saja
Buatlah sesuatu dengan berhikmah
Kuatkanlah hubungan dengan Allah

Bermesra itu jadikan amalan
Serikan juga dengan gurauan
Hilangkan rasa benci dan dendam
Moga kekallah rasa kekeluargaan

Alangkah indah ini terjadi
Di dalam keluarga setiap hari
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi
Wujudlah ukhuwwah aman harmoni

Terima kasih, ya Allah, atas segala anugerah bermakna yang telah Kau kurniakan buat diri ini. Syukran jazilan lillah...

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

03 August 2009

Love Others, Then You'll be Loved by Allah...=)


Bismillah wal hamdulillah...

Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian tentang sebuah kisah yang menceritakan seorang sahabat yang ikhlas mengasihi sahabatnya yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah S
AW telah bersabda: Seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di dalam sebuah kampung. Allah SWT memerintahkan malaikat supaya menunggunya di jalanan. Apabila lelaki itu sampai kepada malaikat itu, dia ditanya,

"Kamu hendak ke mana?"

Lelaki itu menjawab, "Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini."

Malaikat bertanya lagi, "Adakah antara kamu dengannya berupa nikmat yang mengeratkan perhubungan kamu?"

Dia menjawab, "Tidak! Aku hanya kasihkan dia kerana Allah semata-semata."

Malaikat itu berkata lagi, "Sesungguhnya aku adalah utusan Allah SWT kepada kamu, untuk memberitahu kamu bahawa Allah SWT sangat kasihkan kamu sebagaimana kamu kasihkan saudaramu."


Subhanallah..


Setelah membaca kisah ini, aku terkesima, betul-betul menusuk ke dalam kalbu.. Betapa besarnya ganjaran yang Allah kurniakan kepada mereka yang mengasihi dan mencintai saudara serta sahabatnya yang lain, semata-mata kerana Allah.



Bayangkanlah seandainya Allah menghantar malaikat kepada setiap daripada kita, mengatakan bahawa Dia amat mengasihi dan mencintai kita.. Ya Allah, betapa b
ahagianya saat itu.. Pasti tiada lagi sengketa sesama manusia dan umat Islam. Sebab apa? Kerana setiap daripada kita sudah tahu nilai kasih akan seorang saudara..kerana setiap daripada kita sudah tahu nilai cinta akan seorang sahabat. Cinta yang hanya semata-mata kerana Allah..



Ingatlah sahabat-sahabat semua...

Doa seorang sahabat yang ikhlas kerana Allah pasti mendatangkan ganjaran pahala yang besar. Persahabatan yang diikat atas dasar kebendaan mahupun keduniaan tidak akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah. Persahabatan sebegini lazimnya tidak akan kekal dan bertahan lama. Sesungguhnya, dunia atau benda akan binasa
juga akhirnya. Maka, apabila benda yang menjadi tali untuk mengikat dua orang yang bersahabat itu hilang, persahabatan yang terjalin akan hilang ataupun terputus begitu sahaja. Justeru, Allah SWT menghendaki setiap hamba-Nya supaya mengikat tali persahabatan dengan tali Allah. Hasilnya, persahabatan itu akan kekal walaupun sesudah mati sebagaimana kekalnya Allah SWT.



Buat sahabat-sahabat dan teman-teman yang mengenali diri ini, ketahuilah sesungguhnya diri ini amat mengasihimu kerana Allah SWT.. Uhibbukum fillah, insyaAllah...



Kasihilah sahabatmu, nescaya Allah akan mengasihimu
Cintailah saudaramu, nescaya Allah akan mencintaimu
Sayangilah ibubapamu, nescaya Allah akan menyayangimu
Burulah cinta haqiqi, cinta yang kekal abadi

^^ Ukhuwwah Fillah, Ukhuwwah Fil Jannah ^^


~MEMBURU CINTA HAQIQI~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...