14 June 2009

I've Been Tagged (1st)


Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, masih diberi nikmaat hidup oleh Allah untuk terus berkhidmat untuk-Nya..

Ni tag pertama yang saya terima. Tak tau lah 'tag' ni apa sebenarnya, hentam saja lah.. Dah lama dah ditag ni sebenarnya, baru nak buat.. Sorry, mynn..!

1)Bekas kekasih saya adalah..
- Setakat ni takde lagi yg dah jadi 'bekas'.. Sume kekasih saya masih still jadi kekasih saya.. Guess who..?

2)Saya sedang mendengar..
- Adik Ansor jerit dari dapur kat adik Sobirah yg ada di ruang tamu: "Sobirah, basuh pinggan.."
- Dia jerit lagi : "Sobirah, susah sangat ke?"
- Sobirah jawab: "Tengah gosok baju.."
(pastu diorang tak jerit2 dah..huhu..)

3)Mungkin saya patut..
...siapkan jugak tag ni, sian kat mynn.. (Sorry again, mynn..)

4)Saya suka..
...berukhuwwah..

5)Sahabat-sahabat saya...
...sume sayang kat saya..! (jo lo ko?)

6)Saya tak paham..
..tag2 ni apa sebenarnya...?

7)Saya kehilangan..
...idea nak jawab camne soklan ni..

8)Ramai yang berkata..
...kata.

10)Cinta itu adalah..
...cahaya sanubari, kurniaan Tuhan, fitrah insani... (ada sejarah hitam di sebalik lagu ni..huhu.. mynn takkan tak tau?)

11)Di suatu tempat, seseorang sedang..
...berhempas pulas menyiapkan tag dari sahabatnya (sape lah ni ye?)

12)Saya akan cuba..
...jugak siapkan tag ni..

13)Ayat SELAMANYA membawa maksud..
...everlasting (teringat plak kat pasaraya Everlasting kat KKB..huhu)

14)Telefon bimbit saya..
...jenama Nokia 6300

15)Bile saya terjaga..
...saya sokmo lupa baca doa bangun tidur.

16)Saya paling meluat..
...dengan org bercouple sebelum kawin.. (iiee..memang takleh terima..! Na'uzubillahi min zalik..)

17)Pesta/parti adalah..

....party in english.

18)Haiwan yang paling comel penah saya temui..
...adalah anak kambing (buang tebiat ke truelovehunter ni..)

19)Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah..
...6 tahun ke bawah.. (best, sokmo ikut ayah g surau..mse baca doa, duk ats riba ayah, syoknya!)

20)Hari ini..
...hari ahad.

21)Malam ini saya akan..
...tido (percayalah!)

22)Esok pula saya akan..
...tido lagi (bila tiba larut malam lah ye..)

23)Saya betul2 inginkan..

...hadiah bantal yg comel tu dari sesiapa yg sudi bagi kat saya. (ala, bantal bentuk love, yg lembut tu)

24)Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
...muka ngantuk sangat...tdo kul 4.30pagi. (tapi kuatkan diri jugak untuk masak sarapan pagi)

25)Pusat membeli belah atau arked permainan..
...pilihan saya adalah Mydin!

26)Makanan barat atau jepun..
...ni suruh choose or sambung ayat? (disebabkan mengelirukan, so abaikan..huhu)

27)Bilik yang terang atau gelap..
...juga mengelirukan, abaikan..

28)Makanan segera adalah..
...cekedis. (bhsa kampung)

29)Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang..

... pondok-pondok..! (tengah tengok rancangan pondok2 ni..huhu)

30)Siapa yang anda ingin tag..

-none

Sekadar renungan dan aplikasi bersama:
Sesungguhnya menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka, Allah akan menunaikan hajatnya…"
(Riwayat Muslim)


~MEMBURU CINTA HAQIQI~

Coretan Anak Emak...


Assalamualaikum wbt..
Bismillah walhamdulillah..


Syukur yang tak terhingga kupanjatkan kepada-Mu ya Allah. Akhirnya, berjaya juga aku melawan nafsu malasku, menguatkan diri untuk mencoret te
ntang emak tercinta..

Alhamdulillah, kini
aku sudah pun 3 minggu berada di rumah setelah tamat semester pendek.. Keberadaanku di rumah bersama emak dan ahli keluarga lain lebih menguatkan aku untuk tulis tentang emak..

Sekali-sekala, teralun di mindaku melodi indah, nasyid berjudul 'Buatmu Ibu' dendangan kumpulan cilik Ae-man.

Ibu...bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu

Kudusnya kasih yan
g engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian



Di saat ini, terbayang wajah emak yang tulus sekali. Tergambar segunung kasih-sayang di sebalik sekuntum senyuman di wajahnya. Segunung? Erm..mungkin perkataan ini masih belum cukup untuk menggambarkan betapa luasnya kasih-sayang yang telah emak curahkan buat aku, tak tergambar dengan kata-kata.

Antara yang aku boleh bagi contoh dan aku amat
-amat hargai adalah setiap kali aku ingin pulang ke kampus, setelah pulang bercuti di rumah.. Biasanya tiket aku pukul 11pagi.. Pasti emak akan menyediakan makanan tengahari lebih awal daripada biasa supaya aku dapat bawa bekal ke kampus.. Dan emak juga pasti akan lipat baju-baju kami sekeluarga yang masih belum berlipat setelah diangkat dari ampaian pada hari sebelumnya.. Tujuannya (walaupun emak tak cakap), tapi aku tahu sebab mak nak mudahkan aku cari baju-baju aku untuk dibawa pulang ke kampus.. Terharunya, sayang mak!

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tida
k pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hing
ga dewasa

Jasa emak terhadap aku dan adik-beradik lain amat besar. Emak lah yang mendidik kami adik-beradik sejak kecil.. Kami tidak dimasukkan ke mana-mana tadika mahupun PASTI, sebaliknya emak lah yang sabar mengajar kami mengenal 'ABC' dan 'ا ب ت ', emaklah yang mengajar kami mengaji, emaklah yang mengajar kami menunaikan rukun Islam yang ke-2 dan emak juga lah yang mendidik kami dengan nilai-nilai akhlaq Islamiyah sejak kecil lagi, bergandingan dengan ayah.


Aku masih ingat lagi sewaktu berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Aku ingin bermain di beranda rumah tanpa memakai tudung. Emak yang melihat kelibat aku lantas mencapai mancis api yang diletakkan di bendul atas pintu lalu menyalakannya dan mengacah untuk membakar rambutku. Emak memang sengaja meletakkan sekotak mancis di bendul atas pintu untuk tujuan mengajar kami seandainya keluar rumah tanpa bertudung. Sejak dari itu, aku sudah tidak berani keluar rumah tanpa bertudung. Takut... bukan sahaja taku mak bakar rambut, malah takut dibakar oleh api neraka nanti...

Seronok jugak bila dah pandai mengaji sejak dari rumah lagi.. Masa aku masuk darjah 1, kami start belajar daripada Iqra' 1 balik, sedangkan aku dah start baca Quran dah kat rumah.. So, lancar jelah aku baca Iqra' dalam kelas..cepat je habis sampai Iqra' 6..huhu.. Apa lagi, ustazah pun tanyalah belajar kat mana. Aku dengan bangganya jawab mak ajar kat rumah.. Thanks, mum!


Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban

Tak dapat ku balasi akan semua ini
Semoga
Tuhan membekati kehidupanmu ibu

Lagu nasyid 'Buatmu Ibu' terus beralun di mindaku.. Lantas aku teringat akan pengorbanan-pengorbanan emak terhadapku. Satu per satu menerjah di in
gatanku.

Pertama sekali, aku masih ingat lagi, emak pernah ceritakan tentang saat-saat beliau sakit ingin melahirkan aku di daerah Pekan, Pahang. Ketika itu, ayah tiada di rumah. Emak dah sakit nak bersalin, dah turun tanda dah (emak cakap macam ni, tak paham pun).. Lantas, emak menggagahkan diri memandu kereta dalam keadaan sakit ke rumah pak din dan mak mi (pengasuh kakak-kakak dan abang) sambil menahan sakit. Emak meminta tolong pak din untuk hantarkan emak ke hospital. Kalau pak din tak dapat, mak akan pergi dulu, then minta tolong pak din bawa balik kereta. Alhamdulillah, pak din dapat hantar mak ke hospital. Di hospital, mak selamat melahirkan aku tanpa kehadiran ayah di sisi (ayah ada exam masa tu, kalau tak silap).

Kemudian, mak ceritakan bahawa ada seorang lelaki berjubah putih azankan aku, tapi mak tak tau siapa. Moga-moga lelaki itu merupakan ha
mba soleh utusan Allah SWT. Aku masih ingat kata-kata mak ketika bercerita kepadaku. "Emak ni berkorban betul-betul lah untuk anak-anak.. Tapi antiorang?" Berkaca-kaca mataku mendengar luahan hati seorang insan mulia bergelar IBU ini..

Keluarga pak din dan mak mi memang rapat dengan mak dan ayah. Mak mi lah yang jaga kakak sulong, abang dan kakak atasku di kala mak da
n ayah keluar berkerja. Namun, setelah aku lahir, mak mi menyatakan bahawa dia sudah tidak mampu untuk menjaga kami berempat (pertambahan aku). Jadi, setelah berbincang dengan ayah, emak terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pensyarah di IKM. Ya Allah, besar sungguh pengorbanan emak terhadap aku.


Sebagaimana yang dicoretkan dalam post 'Coretan Anak Ayah', di awal perkahwinan mereka dulu, mereka hidup susah, terutamanya dari segi kewangan. Disebabkan kekurangan duit, emak sampaikan pernah mengumpul duit-duit yang terselit di celah bawah tikar. Emak tegaskan kat aku yang mak tak pernah sekali pun pertikaikan dan merungut soal duit dengan ayah. Emak sentiasa redha. Sebahagian daripada gaji mak akan diberikan kepada moyang yang membesarkan mak dan juga tok belah ayah. Ada juga yang digunakan untuk bantu bayar sebahagian kos pembelajaran ayah yang sedang mengambil Diploma Pendidikan di UIA ketika itu. Selebihnya digunakan untuk perbelanjaan lain dan untuk simpanan.

Ibu...kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Jika difikirkan, banyak sekali perbuatan, kata-kata ku yang telah mengguris, menghiris dan melukakan hati mak.. Maafkan kita mak..!

Ada pernah sekali tu, masa kecik-kecik dulu, sek
itar umur aku 4, 5 tahun... Emak terasa hati dengan kitaorang, tak ingat dah sebab apa.. Emak merajuk, terus masuk dalam bilik. Mak kunci pintu.. Punyalah nakal kitaorang, kitaorang pun masuk melalui bilik air yang bersambung dengan bilik mak. Kitaorang intai tengok mak tengah merajuk.. Lucu jugak bila fikir balik..huhu.. Maafkan kami mak..!

Erm..teringat pulak masa kecik-kecik dulu, sebelum masuk darjah satu.. Setiap kali aku buat salah kat mak , aku tak berani mintak maaf terus, malu pun ada.. Biasanya, aku akan tunggu malam.. Bila mak dah tidur, aku akan kejut mak dan mintak maaf.. Masa tu mak tengah mamai, mudah sikit nak mintak maaf..huhu.. Bijak2..


Tabahnya kau melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan


Mak memang seorang yang sangat tabah didik kitaorang 11 adik-beradik. Bayangkan, 11orang, bukan jumlah yang sikit. Kita, bila sorang adik buat salah pun dah rasa geram sangat, bayangkan pulak seorang ibu yang kena sabar dengan macam-macam kerenah 11orang anak-anak. Diuji pulak oleh Allah dengan keguguran kandungan sebanyak 3 kali.. Anak pertama lahir guna forcep, anak terakhir melalui pembedahan caesarean. Semoga aku dapat jadi setabah emak..

Ketabahan mak menjalani jerih-perih kehidupan memang telah terserlah sejak kecil lagi. Emak telah kehilangan ibu tercinta sejak emak masih sangat kecil lagi, ketika berusia 58 hari. Kemudian, emak dibesarkan oleh atuk dan neneknya (moyang aku). Emak banyak berdikari. Kesedaran mak tentang agama amat tinggi sejak kecil lagi, walaupun kurang ditekan oleh nyang (panggilan untuk moyang). Masa sekolah rendah kalau tak silap aku, mak sendiri yang mintak nyang jahitkan/belikan telekong untuk mak. Masa sekolah menengah, mak dah pandai jahit baju sendiri. Emak ke sekolah berkayuh naik basikal.

Selain itu, mak telah memilih untuk pakai tudung bulat atas kesedaran sendiri, tapi aku tak pasti bila mak start pakai tudung bulat. Dan yang menariknya, penampilan mak yang menutup aurat ni lah yang memikat hati ayah untuk merisik mak. Sebab (berdasarkan cerita mak), ayah kata, kalau ada student UITM yang pakai tutup aurat macam mak di kalangan majoriti warga UITM yang berpakaian kurang menutup aurat, maknanya memang itu inisiatif dan kesedaran student tu sendirilah, bukan atas sebab peraturan dan paksaan (sebagaimana yang berlaku di universiti-universiti Islam, pakai tudung sebab ianya termasuk dalam dress code). Betul jugak kan? Pandai ayah pilih pendamping hidup..!=)

Dalam soal perjuangan pulak, emak aktif dengan kerja-kerja Islam sejak di kampus lagi. Emak merupakan lulusan UITM dengan ijazah perakaunan. Emak aktif berdakwah sampai sekarang. Setelah tamat belajar, emak jadi pensyarah di IKM. Di sepanjang penglibatan mak dengan kerja-kerja Islam, pelbagai rintangan dan ujian telah dihadapi oleh mak. Emak pernah ke Iran ketika Revolusi Iran (pemindahan pemerintahan kuffar kepada pemerintahan Islam) dengan tawaran tiket free oleh kerajaan Iran ketika itu untuk sama-sama menyambut kemenangan Islam di sana. Emak pernah beberapa kali disoal siasat polis. Namun, semua tu tak pernah menggetarkan mak untuk terus besama-sama dengan perjuangan Islam. Berani kerana benar. Aku betul-betul kagum dengan mak. Banyak pengalaman yang mak kongsi dengan aku dan menjadi sumber inspirasiku..

Macam ayah, mak jugak seorang yang jaga ibadah. Selain ibadah wajib, mak juga istiqamah dengan ibadah sunat. Solat sunat rawatib, hajat dan qiamullail sering menjadi amalan mak.

Ada satu lagi yang aku betul-betul kagum dengan mak. Masa ayah merisik mak melalui kawan, jawapan mak adalah: "Saya terima dia asalkan dia tak halang perjuangan saya." Fuh, hebat! TAHNIAH ayah, dapat isteri sehebat mak..! TAHNIAH juga buat mak, dapat suami sehebat ayah..! Moga anak-anaknya pun hebat mengikut jejak ayah dan emak..amien..


Kasih sayangmu sungguh bernilai

Itulah harta yang kau berikan


Bait-bait lagu 'Buatmu Ibu' dendangan kumpulan Ae-man masih lagi bermain di mindaku.. Erm..mak memang garang berbanding ayah, tapi mak baik sangat..! Kasih-sayang yang mak dah curahkan kat aku melimpah-ruah, tak tergambar dengan kata-kata.. Saaayang, mak!

Kasihanilah, Tuhan..
Ibu yang telah melahirkan diriku

Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku

Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana


Buat emak tersayang, kita mintak maaf atas segala salah dan silap kita. Maaf andai sering melukakan dan mengguris hati mak. Terima kasih atas segala jasa, didikan dan tarbiyah yang telah emak berikan kepada kita. Tak mampu kita balas semuanya. Semoga kebahagiaan dan ketenangan jiwa menjadi augerah Allah buat mak di dunia dan akhirat. Doakan kita moga terus istiqamah dengan perjuangan Islam. Uhibbuki ya ummi, hubban jamma..!

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

(al-Isra', 17:23)

"Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu,
atas anugerah yang amat berharga buat ku,
anugerah seorang ibu yang hebat,
anugerah seorang ibu yang mulia,
anugerah seorang ibu yang berjiwa pejuang ..
Maka, Kau anugerahkanlah pula kepadanya,
anak-anak yang soleh dah solehah,
yang bakal mendampinginya di syurga kelak..
Amien ya Rabbal 'alamin.."


I love my mum very much..! (^_^)

"My Mother, My Inspiration"

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

14 May 2009

Siaran Blog Tergendala Buat Seketika..


Bismillah walhamdulillah..


Erm...nota-nota subjek UNGS kelihatan seolah-olah menjeling manja ke arahku meminta untuk dibelek-belek. Walaupun berat di hati untuk meninggalkannya terbentang di atas meja sendirian, kugagahkan diri membiarkannya buat seketika demi menulis entri ini..(macam pasangan bercinta lah pulak)

Sebenarnya, tujuan entri ini ditulis adalah bagi memohon maaf daripada pembaca sekalian kerana tidak dapat mengupdate blog ni dalam masa yang terdekat ni.. Sekarang ni masih lagi dalam fatrah final examination.. InsyaAllah, post seterusnya akan menyusul setelah tamat final examination...

Diharapkan agar ayah, emak, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, sahabat-sahabat serta para pembaca semua dapat doakan yang terbaik buat saya dalam menempuh peperiksaan dunia ini.. Kalau nak bagi kata-kata motivasi dan semangat pun ok jugak..

Sekadar ini sahaja.. All Da Best buat semua..!

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

30 April 2009

Coretan Anak Ayah...


Ketika berjauhan masih kurasa hangat kasihmu ayah
Betapa kurindukan redup wajahmu hadir menemaniku
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamirkan
Bagaikan tiada keresahan

Sedang asyik aku membaca buku, bacaanku terhenti seketika.. Lagu nasyid berjudul "Ayah" dendangan kumpulan Ae-man berkumandang dari corong speaker handset ku.. Fikiranku melayang, teringatkan ayah yang kini berada di rumah. Sejuk hati ini mengenangkan redup wajah ayah yang tenang sekali bersama senyuman yang terukir di bibir.

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Sayu di jiwaku bercampur terharu mengenangkan segala jasa dan pengorbanan ayah dalam membesarkan, menyara, mendidik dan mentarbiyah
kami adik-beradik. Aku masih ingat lagi, emak pernah menceritakan kisah kesusahan hidup yang mereka lalui di awal alam rumahtangga mereka. Ketika itu, emak menjadi pensyarah di IKM dan ayah telah pun mendapat ijazah Usuluddin di UKM dan sedang mengambil diploma pendidikan di UIAM. Demi menyara kami adik-beradik dan menanggung perbelanjaan pendidikan ayah, ayah terpaksa menjual barang dari rumah ke rumah di kawasan perumahan yang mereka diami. Aku tahu bukan senang nak beranikan diri, menghilang rasa malu untuk mengetuk pintu rumah jiran, menjaja dari rumah ke rumah kerana aku pernah merasai perasaan ini.

Teringat ketika ayah datang ke sekolah untuk ambil kepu
tusan peperiksaan akhir ketika aku di tingkatan 3 (kalau tak silap). Ketika ini ayah sudah meletakkan jawatan sebagai guru demi perjuangan Islam. Ayah datang menaiki van dengan bungkusan keropok yang penuh di belakang. Gembira sungguh di hati menyambut kedatangan ayah di sekolah. Dari tingkat atas, kelihatan ayah membuka bonet van supaya orang ramai (ibubapa) boleh membeli keropok jualan ayahku. Setelah selesai mengambil keputusanku, ayah berkata kepadaku: "Solehah, tolong jaga jap kopok ni, kalau orang nak beli amik bayaran..ayah nak g amik keputusan adik pulak ni.." "Okey, ayah!" Dalam hatiku, sebenarnya aku berasa malu kerana terpaksa menjual di sekolah sendiri. Namun, jauh di sudut hatiku, aku gembira kerana dapat menolong ayah dan barulah aku sedar betapa besarnya pengorbanan ayah, bersusah payah untuk menyara kami adik-beradik. Aku bangga mempunyai ayah seorang pejuang! Terima kasih, ayah!

Emak juga ada menceritakan, di awal perkahwinan mereka (masa ada 2, 3 orang anak), mereka terpaksa kerat ayam untuk dimasak kepada potongan-potongan kecil untuk berjimat. Emak menyambung lagi: "Kenapa kami buat macam ni? Semuanya untuk anak-anak.." Aku sudah tidak dapat menahan lagi, air mataku gugur bercucuran ke pipi.. Besar sungguh pengorbanan mereka... "Ya Allah, Engkau balaslah pengorbanan mereka ini dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat. amien.."

Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku erti kekuatan

Aku merupakan seorang yang mudah terasa hati. Teringat masa ayah dan mak balik dari menunaikan haji. Aku dan abang pergi jemput mak da
n ayah di KLIA. Kami sampai di rumah dalam jam 4pagi. Pagi tu, lama aku tunggu ayah bangun dari tidur untuk bukak ramai-ramai dengan ahli keluarga lain barang-barang yang mereka bawa dari Makkah. Tunggu punya tunggu, disebabkan mengantuk sangat sebab tidur sikit je malam tu, aku surrender.. Jam sudah menunjukkan pukul 11pagi dan aku mengambil keputusan untuk lelapkan mata sekejap sementara tunggu ayah bangun dari tidur.

Bila aku bangun sahaja dari tidur, jam sudah menun
jukkan pukul 2.30 petang. Aku keluar dari bilik dan amat-amat terkejut bila aku tengok semua barang-barang dan hadiah yang dibawa dari Makkah telah pun dibuka oleh mereka ramai-ramai semasa aku tidur tadi. Hatiku tak dapat lagi menahan hiba di hati, lantas aku menangis dan berkurung dalam bilik je sepanjang hari, tanpa makan dan minum.betul-betul terasa dengan ayah..

Ramai yang datang pujuk aku, tapi aku still menangis dan tak dapat menahan kesedihan di hati.. Petang tu, ayah datang pujuk aku untuk makan semua.. Baru lah aku berhenti menangis dan makan petang sama-sama dengan ayah.. (Malu jugak m
ata bengkak, sebab abg long pun ada sekali kat meja makan..) (^_^)

Hmm..ada s
ekali tu, ayah datang menjemputku di terminal bas, ketika pulang untuk melawat Kak Mut yang baru sahaja melahirkan anak pertamanya di Kuantan. Aku gembira sekali melihat wajah ayah bersama senyumannya yang menampakkan dua baris giginya sambil merangkul tangannya di bahuku.. Terasa kasih-sayang seorang ayah yang mengalir ke dalam diriku.


Ayahku merupakan salah seorang tokoh besar dalam hidupku. Beliau merupakan sumber rujukanku tatkala aku berhadapan dengan masalah-masalah dan persoalan-persoalan agama terutamanya. Beliau juga merupakan sumber inspirasiku dalam menelusuri bahtera kehidupan sebagai seorang pejuang agama Allah.. Aku begitu kagum sekali dengan personaliti dan pengorbanan ayah sebagai seorang ahli gerakan Islam atau ahli Jemaah Islam. Tokoh pilihan ayah pula ialah as-Syahid Imam Hasan al-Banna.

Ayah telah bergerak aktif dalam kerja-kerja Islam sejak di k
ampus lagi ketika belajar di UKM dalam bidang Usuluddin. Kemudian, ayah melanjutkan pelajaran di UIAM untuk mengambil Diploma Pendidikan. Ayah telah memulakan kerjayanya sebagai seorang pendidik apabila menjadi pensyarah sementara di salah sebuah universiti tempatan. Setelah mendapat Diploma Pendidikan, ayah telah diterima menjadi guru di beberapa buah sekolah menengah untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Islam. Setakat yang aku ingat, ayah pernah mengajar di SMK Ahmad di Pekan, SMK Ampuan Afzan di Alor Akar, SMK Tanah Putih di Kuantan dan terakhir di SMK Kota Marudu di Sabah. Beliau merupakan seorang guru yang komited dengan tugasnya dan pernah mendapat anugerah 'Guru Paling Popular' di sekolah. Ayah juga sering ditugaskan untuk menjadi guru disiplin di sekolah. Walaupun bekerja dengan kerajaan, ayah tetap tidak gentar untuk terus aktif berjuang bagi mencapai matlamat menubuhkan kerajaan Islam di Malaysia khususnya.

Pelbagai dugaan dan ancaman telah diterima oleh ayah sepanjang beliau melayari bahtera perjuangan menegakkan Islam ini. Beliau pernah dikejar oleh anggota polis dan bahkan beliau pernah ditukarkan kerja ke kawasan yang boleh dikatakan jauh dari bandar di Kota Marudu, Sabah pada tahun 2002. Beliau ditugaskan untuk berkhidmat sebagai guru di SMK Kota Marudu. Semua ini merupakan muslihat jahat kerajaan bagi memastikan ayah lemah dan berhenti terus dari gerak kerja Islam.


Aku masih ingat sewaktu menghantar ayah di Lapangan Terbang di Kuantan. Begitu ramai sekali sahabat-sahabat seperjuangan yang datang untuk menghantar ayah, seolah-olah ada demonstrasi pula di situ. Kami adik-beradik dan mak semua sudah berlinangan air mata. Sebelum ayah berangkat menaiki kapal terbang, kami beramai-ramai membaca doa wehdah dan doa selamat diketuai oleh seorang pemuda. Kemudian mereka bersalam-salaman dan akhirnya tibalah masa kami adik-baradik dan mak bersalam-salaman dengan ayah. Tak dapat digambarkan betapa sedihnya perasaan aku ketika itu, aku hanya mampu tunduk menangisi perpisahan dengan ayah. Tiba masanya, ayah terus berjalan menuju ke tempat ruangan menunggu bagi penumpang. Belum sempat ayah check in, ayah terus berpatah balik menuju ke arah adikku yang bongsu ketika itu lalu mendukungnya sambil mengalirkan air mata hiba..lagi menambahkan kesedihanku. Aku hanya mampu berdoa semoga ayah diberikan kekuatan oleh Allah menghadapi ujian yang pedih ini.

Namun, semua itu tidak mematahkan semangat ayah untuk terus berjuang.. Pemindahannya ke Sabah, walau diliha
t sebagai 'menjatuhkan' oleh pihak musuh dan orang luar, telah diambil oleh ayah sebagai peluang untuk terus mengembangkan lagi sayap perjuangannya di Sabah, persis yang berlaku dalam perjanjian Hudaibiyah. Ayah aktif memberi ceramah di surau-surau dan sekolah-sekolah di sana.

Pada tahun 200
4, ayah telah mendapat arahan daripada pimpinan atasan organisasi untuk bertanding dalam pilihanraya dan ini sekaligus bermakna ayah perlu meletakkan jawatan sebagai seorang guru. Satu keputusan dan pertimbangan yang amat besar yang perlu dibuat oleh ayah, saya kira. Sekiranya ayah bersetuju, dari mana ayah nak dapatkan duit bagi menyara kami adik-beradik seramai 11orang dan emak? Pasti pelbagai persoalan bermain di fikiran ayah ketika itu. Namun, soal rezeki, ayah lebih banyak berserah kepada Allah dan yakin dengan pertolongan-Nya, kerana sudah terbukti murahnya rezeki orang yang memperjuangkan Islam, sebagaimana firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

(Muhammad, 7)

Pada akhirnya, ayah bersetuju dan bertanding dalam PRU-11. Aku sungguh kagum dengan ayah kerana berani menanggung risiko membuat satu keputusan yang besar dalam hidupnya. Semuanya pasti demi Islam didorong rasa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Subhanallah.


Benarlah firman Allah di dalam al-Quran, maksudnya:

"Sekiranya (apa yang engkau serukan kepada mereka wahai Muhammad) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan satu perjalanan yang tidak berapa jauh, nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka..."

(
at-Taubah: 42)

Sehingga kini, ayah sering berkunjung ke Sabah secara berkala bagi menjayakan misi dakwahnya dalam memastikan Islam kembali tertegak di bumi Allah ini, terutamanya di Malaysia.

Aku kagum sekali dengan personaliti ayah yang merupakan seorang yang begitu berdisiplin dan menepati masa. Ayah merupakan seorang yang sangat sibuk dengan kerja-kerja Islam termasuk berdakwah ke seluruh Malaysia. Biasanya, jadualnya untuk sebulan akan datang sudah penuh dengan jemputan ceramah, program, mesyuarat dan sebagainya.

Namun, di samping kesibukannya dengan kerja-kerja Islam, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Kami tidak pernah merasa kekurangan kasih-sayang. Pasti ada masa yang diperuntukkan untuk bersama keluarga: solat bersama, makan bersama, berkelah di pantai, melawat saudara di kampung. Kami juga akan berkumpul sekali-sekala untuk sesi jamuan dan muhasabah bersama keluarga. Semuanya indah sekali.

Ayah juga amat menitiberatkan tentang soal tarbiyah. Ayah merupakan seorang yang tegas. Sejak kecil, kami semua dididik sendiri oleh emak di rumah tanpa memasuki pasti ataupun tadika. Kemudian, di peringkat rendah, ayah akan menghantar kami ke sekolah agama swasta yang berdekatan dengan rumah bagi memastikan kami mendapat asas agama terlebih dahulu walaupun cuma untuk setahun. Kemudian, kami akan dipindahkan ke sekolah rendah biasa kerana yuran persekolahan yang mahal di sekolah swasta. Di peringkat menengah, ayah juga akan menghantar kami ke sekolah agama daripada tingkatan satu sehinggalah tingkatan 5. Walaupun kami mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, ayah tidak akan membenarkan kami ke sana dan perlu meneruskan belajar di sekolah menengah agama. Kemudian, barulah kami diberi kebebasan untuk memilih untuk sambung belajar di universiti dan dalam bidang apa pun yang menjadi pilihan kami, asalkan tidak bercanggah dengan syariat.


Di rumah, ayah amat-amat menggalakkan kami solat berjemaah. Bagi adik-beradik lelaki, mereka wajib solat berjemaah di surau. Kalau tidak, ada lah habuannya nanti..=) Setakat pemerhatian aku, ayah tidak pernah meninggalkan solat fardu secara berjemaah. Sekiranya ayah tak sempat solat berjemaah di surau kerana masih berada dalam perjalanan, ayah akan telefon ke rumah meminta kami tunggu untuk solat berjemaah bersama ayah.

Selain itu, ayah amat menjaga ibadah sunatnya. Ayah sentiasa istiqamah bangun qiamullail, solat sunat tahajjud, solat sunat dhuha as well as solat sunat rawatib. Ayah juga amat-amat menggalakkan dan sentiasa mengingatkan kami supaya setiasa mempraktikkan sadaqah sebagaimana yang ayah praktikkan dan amalan ini amat-amat disukai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Inilah antara kunci untuk murah rezeki. Cakap pasal rezeki ni, teringat pulak yang ayah juga amat-amat pantang terhadap pembaziran terutamanya dari segi makanan. Kalau ada sahaja makanan yang bersisa, siaplah tuan punya makanan tu..haha..

In addition, ayah juga merupakan seorang yang sangat menjaga dan menepati masa. Sekiranya beliau dijemput untuk bagi ceramah pada pukul 9 malam, pasti beliau akan bertolak lebih awal, dan kadang-kadang, sekiranya ada lebihan masa sebelum ceramah, beliau akan berhenti sekejap di tepi jalan untuk membaca al-Quran. Sekiranya ke bandar dengan ayah, jadual perjalanan mestilah disusun dengan rapi.. Tempat yang ingin disinggah mestilah mengikut urutan jalan yang kami lalui dan tak boleh singgah lama-lama.. Sebab tu lah, kami adik-beradik lebih suka keluar ke bandar dengan abang..huhu..

Terpancar kebanggaan dalam senyummu melihatku berjaya
Bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Sebagai seorang anak, antara cara terbaik untuk kita balas budi mak ayah adalah dengan belajar bersungguh-sungguh dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT...gembira rasanya di hati tatkala melihat kegembiraan dan senyuman yang terpancar di wajah ayah dan emak ketika melihat kejayaanku dalam akademik. Ketika aku mengalami kemerosotan akademik, mak dan ayah tidak marah, sebaliknya memberi semangat kepadaku untuk terus maju ke hadapan. "Kami lebih mengharapkan anak-anak agar bersifat dengan sifat yang mulia, walaupun tak cemerlang dalam akademik." Inilah ungkapan sering keluar dari mulut mereka.

Aku masih ingat ketika di sekolah menengah. Apabila tiba musim peperiksaan, aku biasanya akan tidur lambat sehingga mencecah pukul 5pagi. Ayah biasanya akan bangun Qiamullail. Sekiranya ayah melihat ak
u masih lagi studi, ayah akan pergi menjenguk-jenguk aku untuk beri semangat dan kadang-kadang mengambil air untukku. Thanks, ayah! Terharu kita..(^_^)

Jika difikirkan, sebenarnya terlalu banyak kenangat manis dan pahit bersama ayah untuk dicoretkan dalam laman maya ini..kisah suka dan duka hidupku sebagai anak ayah.. Namun, biarlah ianya kekal tersemat di hati ini..

Buat ayah, kita mintak maaf banyak-banyak andai sering menyakitkan hati ayah.. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan ayah terhadap kita.. Terima kasih juga atas tarbiyah Islam yang telah ayah berikan kepada kita.. Doakan semoga kita kekal istiqamah di atas jalan-Nya.. Uhibbuka ya abi, hubban jamma..! {]=)

Tak dapatku bayangkan hidupku ayah tanpa engkau di sisi
Semua kasih-sayang yang kau curahkan tersemat di hati

"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya terlalu besar jasa dan pengorbanan ayahku terhadapku. Tidak mampu diri ini untuk membalasnya. Maka Kau bahagiakanlah dia di dunia dan di Akhirat. Ringankan bebanan tanggungannya. Berilah ketenangan jiwa kepadanya selama-lamanya bersama cinta-Mu ya Rabbi.."

I love my father very much!(^_^)

"My Father, My Inspiration"

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

21 April 2009

Aku Menagih Cinta-Mu Ya Allah


Bisikan Malam

Bila ku didatangi malam

Gelora perasaan mencengkam dijiwa
Masihkah ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani airmata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa-noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupku
Dengan cahaya kasih Mu

Pimpinlah daku
Dengan hidayah Mu

Tuhanku...

Di ma
lam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujud ku mendambakan keredhaan Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat Mu

Tuhanku...
Usah Kau biarkan diri ku
Hanyut terleka, di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada Mu
Hidup matiku hanyalah untuk Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwa ku dengan keimanan
Hanya pada Mu Oh Tuhan
Ku sandarkan harapan


Alhamdulillah..setelah meneliti dan menghayati beberapa lagu nasyid beserta liriknya, akhirnya lagu nasyid yang berjudul Bisikan Malam dendangan kumpulan UNIC ini menjadi pilihan hati untuk dijadikan nasyid latar untuk blog ini..
Sayu dan insaf rasanya hati ini mengh
ayati serta meneliti senikatanya...sungguh menyentuh hati..

Sesungguhnya kita hanya insan lemah yang sentiasa alpa dan leka dengan kenikmatan dunia yang sementara.. Hanya ALLAH sahajalah yang menjadi sum
ber kekuatan buat kita..


Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa-Mu
Diriku ini penuh dengan dosa dan noda

Jangan Kau biarku melayari bahtera perjuangan ini sendirian

Kerana aku tidak mampu tanpa kekuatan daripada-Mu
Maka, ampunilah segala dosaku ya Allah
Terangi jalan hidupku dengan cahaya kasih-Mu
Suburkanlah jiwaku dengan keimanan
Pimpi
nlah daku dengan hidayah-Mu
Hanya pada-Mu Tuhan

Ku sandarkan harapan....

"Alangkah bahagia hidup ini, dengan cinta haqiqi,
daripada Rabbul 'Izzati, Allah yang Maha Mengasihi"

Subhanallah Walhamdulillah Wa lailahaillallah Wallahuakbar...

~MEMBURU CINTA HAQIQI~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...