16 April 2009

Analogi Peraturan Jalan Raya

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Hmm..sudah seminggu jari-jemari ini tidak menari-nari di keyboard laptop untuk mempublishkan post baru.. Ideanya sudah tersimpan lama, namun nafsu malas memujuk-mujuk supaya tidak menterjemahkannya ke bentuk tulisan di ruangan maya ini..

Alhamdulillah.. Pada pagi yang penuh barakah ini, imanku berjaya melawan nafsu malas bagi berkongsi sedikit peringatan dan ilmu dengan sahabat-sahabat pembaca sekalian.. Harapan penulis, moga sedikit perkongsian ini dapat sama-sama kita manfaatkannya..insyaAllah..

Pada minggu lepas, penulis telah menghadiri kursus K
urikulum Pendidikan Pemandu (KPP) selama 5 jam dan ujian undang-undang berkomputer. 5 jam...tempoh yang agak panjang dan meletihkan minda pada hemat penulis. Semua ini merupakan prosedur awal untuk mendapatkan lesen memandu.


Pada hari-hari berikutnya, sebagai persediaan untuk menduduki ujian undang-undang, penulis membelek-belek buku Panduan Pembelajaran KPP dan buku latiahan dari muka ke muka. Fuhh...buku setebal 157 dan 112 muka itu cuba penulis baca dan hadamkan sampai habis bagi memastikan lulus dalam ujian.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah terdapat begitu banyak sekali peraturan-peraturan jalanraya yang perlu dipatuhi. Begitu banyak sekali tanda-tanda isyarat lalulintas yang perlu dihafal dan difahami. Ditambah pula dengan konsep pemanduan berhe
mat serta kesalahan-kesalahan memandu yang perlu diingat.

Sidang pembaca yang dikasihi fillah sekalian,

Sesungguhnya, begitulah analogi yang boleh dibuat terhadap peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah Allah gariskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Semuanya adalah sebagai panduan dan rujukan buat diimplimentasikan oleh kita dalam kehidupan seharian.

Sewaktu memandu di jalan raya, terdapat pelbagai tanda lalulintas yang perlu dipatuhi dan diikuti. Antaranya, lampu isyarat, kadar kelajuan, peraturan jarak, peraturan melintas dsb.. Kadang-kadang perlu lajukan kenderaan, kadang-kadang perlu perlahankan kenderaan, kadang-kadang perlu berhenti dan kadang-kadang perlu brek emergency.. Mengapakah semua peraturan-peraturan ini perlu? Ya, tak lain dan tak bukan, ianya bukanlah untuk menyekat dan merumitkan perjalanan kita, akan tetapi untuk melancarkan lagi perjalanan kita menuju ke destinasi yang dihajati.

Hakikatnya, begitulah juga dalam kehidupan kita..

To make it clear, suka untuk penulis menghuraikan satu contoh..


Sebagai contohnya, berkenaan larangan bercouple atau bercinta sebelum berkahwin. Larangan mempunyai boyfriend dan girlfriend, pakwe dan makwe atau dalam bahasa lembutnya, 'buayafriend' dan 'gilafriend' tanpa ikatan perkahwinan yang sah... Sudah terang lagi bersuluh, Allah telah menyatakan di dalam surah al-Isra', ayat 32:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Tidakkah bercouple itu membawa dan menjurus kepa
da zina? Ya, sudah pasti ia membawa kepada zina! Mula-mula senyum, kemudian bertegur sapa, kemudian salam-salam, kemudian berjumpa, kemudian berpegangan tangan dan bersentuh-sentuhan, kemudian..????????????


Ya, mungkin ada di kalangan kita yang menyatakan bahawa perhubungan mereka masih lagi under control tanpa melanggar batas-batas syarak. Sejauh mana anda pasti bahawasanya hubungan percintaaan yang anda jalinkan sekarang ni masih lagi allign dengan syariat...? Sudah pasti apabila seseorang itu bercinta, mindanya sering teringat kepada pasangannya, bermessage-message menjadi rutin harian, tidak cukup dengan message, berhubung melalui telefon, yahoo! messenger dsb..yang mana semua ini membawa kepada penyakit-penyakit hati yang menyebabkan kita tidak khusyuk dalam melakukan ibadat kepada Allah SWT.

Kalaupun masih ada hubungan percintaan (sebelum kahwin) yang dikatakan masih allign dengan syariat, sejauh mana anda mampu bertahan melawan pujuk rayu syaitan dan godaan hawa nafsu yang sering mengajak kepada kemaksiatan..? Sedangkan Nabi Allah Adam AS pun tewas dengan pujuk rayu syaitan, inikan pula kita, hamba biasa yang sering lemah tak tidak berdaya tanpa kekuatan daripada Allah Rabbul 'Alamin..

Tidak dinafikan, sememangnya rasa ingin menyintai dan dicintai ini merupakan fitrah yang Allah anugerahkan kepada setiap hamba-Nya. Namun, tidak seharusnya kita lupa bahawa Allah juga mengurniakan kita dengan nikmat aqal yang mana fungsinya ialah untuk mengawal nafsu dan fitrah kita tadi. Allah juga ada menyediakan jalan untuk kita menikmati fitrah ingin menyintai dan dicintai ini, iaitu melalui ikatan perkahwinan yang sah.

Yakinlah dengan janji Allah, dalam surah an-Nuur, ayat 26:


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."



Maka, ingin saya tekankan di sini bahawa larangan Allah SWT terhadap perbuatan bercouple ini, bukanlah untuk menyekat fitrah kita, menyekat keinginan kita, bahkan untuk memberikan kita kehidupan yang lebih lancar dan bermakna, agar sentiasa tenang dalam cinta-Nya. Subhanallah...indah sungguh penyusunan Allah..

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian..
Begitu jugalah dengan suruhan-suruhan dan peraturan-peraturan Allah yang lain yang menyuruh kita menutup aurat, mejaga pandangan, menghormati ibubapa, menjalankan dakwah, meninggalkan rasuah, melaksanakan undang-unda
ng Islam dan sebagainya. Suka untuk saya highlightkan di sini bahawa semua peraturan-peraturan yang telah Allah gariskan ini bukanlah untuk menyusahkan dan mengongkong kita bahkan bagi memudahkan lagi kita melayari bahtera kehidupan yang penuh pancaroba di dunia ini bagi memperoleh kebahagiaan yang kekal abadi di Akhirat kelak..amien..

Akhir kata, Rebutlah Cinta Ilahi sebelum Merebut Cinta Manusiawi...

Wallahua'lam

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

06 April 2009

Mabuk CINTA


"Tidak ada yang lebih sengsara di dunia ini dari PEMABUK CINTA. Meskipun ia merasakan manisnya cinta, ia selalu menangis setiap saat ia takut berpisah, selalu rindu dan takut kehilangan kekasihnya. Jangan biarkan CINTA BUTA berkobar di dalam dada. MABUK CINTA lebih dahsyat dari penyakit gila. Waktu tidak akan membuat sedar orang yang mabuk cinta. Tetapi, waktu dapat menyadarkan orang yang sakit gila. Cinta tanpa bimbingan cahaya Ilahi hanya akan menjadi virus keimanan dan sumber kesyirikan. MABUK CINTA akan membawa pelakunya menjadikan kekasihnya di atas segala-galanya."

...CINTA BUTA karya Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd...

Fikir dan Zikir..

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

05 April 2009

Ada Apa Dengan MASA


Bismillahirrahmanirrahim..

Hamdan wa syukran lillah..
Alhamdulillah, bisa lagi aku menghirup udara segar, menikmati kurniaan Allah SWT.. Ngomong2 soal nikmat, teringat pula sama lagu 'Ingatlah Allah' dendangan Sakha dalam sinetron 'Mutiara Hati'.. Banyak bangat pengajaran yang bisa kita ambil daripada senikatanya..


Di waktu kaya ingatlah pada Allah

Di waktu miskin ingatlah pada Allah

Di waktu sehat ingatlah pada Allah

Di waktu sakit ingatlah pada Allah

Kerjakan per
intahNya jauhi laranganNya
Itulah orang yang ingat Allah

Ingatlah wahai manusia

Semua kan kembali pada Allah

Ingatlah wahai manusia
Hidup matimu di tangan Allah


Astaghfirullah..
Dalam sedar mahupun tidak, sudah banyak nikmat Allah yang telah kita sia-siakan.. Antaranya ialah nikmat lapang sebelum sempit (sebagaimana yang terdapat dalam hadis Rasulullah SAW).. Ya, nikmat yang perlu kita rebut sebelum ia hilang yang pada akhirnya akan meninggalkan 1001 penyesalan dalam diri..


Lalu, apakah tindakan yang perlu dibuat? Tepat sekali! Masa lapang tersebut haruslah diisi dengan apa sahaja yang PERLU diisi di dalamnya. Apakah yang PERLU diisi di dalamnya? Persoalan ini hanya boleh dijawab oleh individu masing-masing...


Caranya, mudah sahaja..! Anda hanya perlu dapatkan sehelai kertas kecil dan sebatang pen, kemudian catatkan segala perkara-perkara or kerja-kerja yang perlu anda selesaikan..dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.. Pastikan mengikut aulawiyat.. Then, tampalkan di tempat yang anda sering lihat (cth: softboard meja study)..


Seterusnya, apa lagi, anda hanya perlu men'transform'kan perkara-perkara tersebut daripada tulisan menjadi realiti.. Setelah itu, potong perkara-perkara yang telah dilaksanakan menggunakan pensel or pen.. Ahh..hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa nikmatnya melihat perkara-perkara dan kerja-kerja tersebut telah banyak yang dipotong.. Hal ini menandakan bebanan anda sudah berkurangan..dan anda bakal menjalani kehidupan seharian anda dengan lebih tenang dan lancar..(^_^)

Memetik firman Allah SWT, mafhumnya:

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
(al-'Asr, 1-3)

"...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."
(ar-Ra'd, 11)

Selamat mencuba!

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

02 April 2009

What's Wrong With April Fool's Day???



Bismillahirrahmanirrahim...
Salam ceria buat semua pembaca..=)

April Fool's? Macam biasa dengar je..
Yang tipu-tipu orang tu ye?
Main-mainkan orang tu?
Apa Sejarah Disebalik April Fool?

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, jom kita kongsi bersama...
Ikutilah kisah sedih di sebalik April Fool's Day, sebagai renungan dan pengajaran bersama..

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah daripada kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke Barat'. Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh
diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapu
n tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.



Lantas mereka telah merancang satu strategi. Penduduk-penduduk muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim da
n membunuh kesemuanya termasuk lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.



Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Lebih mendukacitakan apabila keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol malah juga di serata dunia.

Paling menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Sejauhmana kebenaran kisah ini, wallahua'lam..
Namun, ambillah pengajaran daripadanya dan jalan terbaik, jauhkanlah diri daripada menyambut dan meraikan
April Fool's Day ni.. Sebarkan kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan lain..

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat buat kita, hamba-hambaNya yang tidak pernah lekang dek dosa dan noda.

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

Hidup Bloggers untuk Islam..{]=)

Bismillahirrahmanirrahim...

Hmm...malam yang panjang aku habiskan menghadap laptop..
Menjengah ke blog-blog adik-beradik dan sahabat-sahabat seperjuangan..
Ternyata majoriti daripada mereka sudah mempunyai blog sendiri..
TAHNIAH!

Ayuh kita perluaskan lagi medan dakwah maya..
Istiqamah menyatakan yang haq..
Menentang kebatilan..
Menyahut seruan jihad Islam..
Menyambung dakwah Rasulullah..
Memburu cinta haqiqi..
Menuju syurga abadi..{]=)

~MEMBURU CINTA HAQIQI~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...