03 March 2009

Dah habis final exam???


Assalamualaikum wbt…


Alhamdulillah, dengan rahmat dan ‘inayahnya, dapat lagi kita bersua di laman maya ini..

Selawat dan salam ke atas qudwah hasanah, junjungan besar, Nabi Muhammad swt…


Syukur ke hadrat Ilahi, lega rasanya, musim final exam telah berlalu meninggalkan diriku tertanya2 bagaimana keadaan result ku nanti… Mumtaz? Jayyid jiddan? Jayyid? Atau sekadar maqbul? Na’uzubillahi min zalik…


Target asal pointer aku untuk sem ni 4.0.. Namun, melihat kepada prestasiku dalam menjawab

paper2 yang aku ambik untuk sem ni, probability untuk aku capai target tu agak tipis…mungkin kerana sample space terlalu besar.. atau probability untuk aku capai target 2 kecil…(aplikasi math 2, huhu…)


Apa2 pun, setelah berusaha sedaya aku, berdoa semampu aku…aku bertawakkal sepenuh hati kepada Allah, meletakkan pergantungan kepada-Nya dengan harapan agar impianku tercapai… Sesungguhnya Dialah Yang Maha Berkuasa ke atas segala2 nya…amien..


Namun begitu, berakhirnya musim exam, tak bermakna berakhirnya kesibukanku.. Aku disibukkan pula sekarang ni dengan keje2 amal Islami yang menjadi tuntutan kepada setiap yang bergelar ‘abdullah, juga khalifatullah.. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih lagi dipilih oleh-Nya untuk berada dalam golongan tersebut yang sering mengimpikan untuk melihat Islam kembali tertegak, gemilang di muka bumi ini umumnya dan di Malaysia khususnya, insyaAllah..


~ MEMBURU CINTA HAKIKI ~

25 February 2009

Menyingkap Motivasi di Sebalik Ujian daripada Yang Maha Penyayang (Part 1)

Salam..

Hmm... Fatrah final exam masih belum berakhir, Biology lab reports masih bertimbun di atas meja menanti untuk diulang kaji, surat kutipan sumbangan untuk sahabat masih belum disahkan lagi, master plan untuk Kem Remaja Dinamik masih belum disiapkan, kalkulator dan lembaran rumus2 math seakan-akan melambai ke arah ku...Ya Allah, beratnya ujian-Mu..


Inilah dilema yg dihadapi oleh saya buat masa ini dan barangkali sering dihadapi oleh sahabat2 seperjuangan yg lain..


Namun, pernahkah kita terfikir, apakah hikmah atau dalam bahasa kampung saya, significance di sebalik semua ujian yang Allah timpakan ke atas kita? Apakah motivasi Qurani yang boleh dijadikan sebagai booster untuk memulihkan kembali semangat seorang jundi dalam diri kita?


InsyaALLAH, tulisan2 saya di bawah bakal merungkap persoalan-persoalan di atas…


Firstly, what are the significances of Allah’s tests upon human beings????


As mentioned in His Holy Quran, a book of guidance:


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


(al-Baqarah, 214)



Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.


(al-‘Ankabut, 2-3)



Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian Yang ada padaku". (tidaklah benar apa Yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat Yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).


(az-Zumar, 49)



Based on the above Quranic verses, it is clear now that the tests from Allah s.w.t. are:

  • A condition to enter paradise
  • To evaluate our level of faith (iman)
  • To test whether we are grateful to His bounties or not
  • To clarify whether we are the true mu’min or not


Therefore, we have to be grateful to Allah for His test because it proved that, Allah loves us.. He want to build us as a true mu’min who will eventually enter paradise (jannah), insyaAllah… Ya Allah, besar sungguh nikmat-Mu ke atas hamba2-Mu yang hina ini… ALhamdulillah..


Ermm… Untuk persoalan kedua, insyaAllah, saya akan post di kesempatan akan datang.. Biology lab reports dah memanggil2 dah tu… =)


To be contihued…….


~ MEMBURU CINTA HAKIKI ~

23 January 2009

Let's Boycott ISRAEL and AMERICA!!!!!


Syeikh al-Azhar, Mufti Mesir, Mufti Pakistan, Mufti Arab Saudi, Persatuan Ulama Pakistan, Dr Yusof al-Qaradhawi, dan majoriti ulama’ dari seluruh dunia memfatwakan wajib bagi seluruh umat Islam memboikot barangan Israel, menjalinkan hubungan dagang dengan mereka, dan juga memberikan apa-apa bekalan kepada mereka. Fatwa ini dikeluarkan setelah mengambil kira kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap umat Islam. Para ulama’ ini juga telah menyeru agar kita semua memboikot barangan Amerika yang merupakan sekutu utama yang sering menyalurkan bantuan kepada Israel terutamanya dalam aspek persenjataan.

Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan, “Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika adalah bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”

~ MEMBURU CINTA HAKIKI ~

MAHASISWA mengecam kebiadaban ISRAEL terhadap PALESTIN

Assalamulaikum, salam perjuangan buat semua.

Alhamdulillah, kite masih lagi diplih oleh ALLAH SWT untuk terus istiqamah berada dlm jalan perjuangan ISLAM...


Sedikit perkongsian pengalaman demo or perhimpunan aman anjuran FSCC n MRC di asasi UIAM PJ pd 9 Januari yg lalu. Demo ini diadakan di perkarangan depan klinik.
Baju tema: HITAM. Alhamdulillah, sume nya berjalan dgn lancar dengan kelulusan drp STAD. Boleh dikatakan ramai jugaklah students CFS berserta beberapa org staff yg turun ke demo tersebut atas dasar membela nasib saudara seISLAM kita di Palestin, dgn menyuarakan rasa tidak puas hati masing2...

Namun, agak mendukacitakan ble bgn disiplin UIA Gombak tak benarkan jemput press krn bimbang sekiranya timbul adegan2 kontroversi.. Tp, takpelah..sekurang2nya, dgn adanya demo ni, dapat bg pendedahan kpd students CFS ttg Intifadah Palestin ke3 serta bangkitkan semangat u praktikkan n perjuangkan ISLAM sebenar.


Berikut saya sertakan gambar2 yg sempat diambil sekitar perhimpunan tersebut...

Suasana di foyer zc, sebelum bergerak ke tempat demo...bru beberapa org yg turun...

Bilangan yg turun sudah bertambah ramai..

Foyer zc dah penuh...bersedia u bergerak..

Perhimpunan sudah bermula...

Kelihatan seorang wakil bro sedang berucap...

Ternyata, masih ramai students CFS y ada kesedaran mahu perjuangkan ISLAM...


Laungan JIHAD! TAKBIR! bergema, membangkitkan semangat...

Sisters juga tidak ketinggalan u sme2 menzahirkan rasa tidak puas hati ke atas pencerobohan ISRAEL ke atas PALESTIN...

"Ya ALLAH ya Tuhanku, sesungguhnya ENGKAU lah yg MAHA BERKUASA ke atas segala2nya... Maka, turunkanlah bala tentera-MU membantu perjuangan mujahidin2 di PALESTIN, bagi menumpaskan golongan kuffar, yahudi laknatullah...amien.."

Erm..teringat satu ceramah yg pernah saya dengar sebelum ni drp seorang Ustaz... Saya yakin kita biasa dengar dengan sebuah hadis yg berbunyi "Man ra'a minkum munkaran, falyughoyyiruhu biyadih, fain lam yastati' fabilisanih, fain lam yastati' fabiqolbih wa zalika ad'aful iman."

Apa yg saya nak highligth kan kat sini ialah 'biqolbih'...mksudnya kita kene membenci apabila melihat kemungkaran.. Dan DEMO juga termasuk dlm kategori 'biqolbih' kerana melalui DEMO, kita me
lahirkan rasa benci n tak puas hati terhadap sst kemungkaran.

"Ya ALLAH, semoga usaha kami yg sedikit ni, akan sedikit sebanyak dapat menjadi saham bagi kami di Akhirat kelak, amien.."

~ MEMBURU CINTA HAKIKI ~

19 January 2009

Syukur Alhamdulillah


Assalamualaikum wbt..


Setelah sekian lama aku meninggalkan blog ku sunyi tanpa sebarang new post, alhamdulillah pada hari ni, ALLAH mengurniakan aku kekuatan dan kelapangan masa untuk update blog ku ini…


Setinggi kesyukuran kupanjatkan kpd ALLAH, pemilik segala sst…

Alhamdulillah, tanggal 28 Disember 2008, secara rasminya aku telah memiliki laptop ku sendiri.. Time kasih buat ayah tercinta yg telah menguruskan urusan pembelian laptop..


Faktor asal yg mendesak pembelian laptop ni adalah untuk menyiapkan projek EAP (English for Academic Purpose), 1 drp subjek yg perlu aku amik di tmpt pengajian ku..kene buat research n amat2 memerlukan penggunaan laptop..


InsyaALLAH, akan ku manfaatkan laptop ini sebaik mungkin…

Moga dapat menyumbang untuk keje2 ISLAM..


~ MEMBURU CINTA HAKIKI ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...